CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30951|Reply: 0

Nahas Jeju Air: Kotak hitam dihantar ke AS untuk dianalisis

[Copy link]
Post time 1-1-2025 09:40 PM | Show all posts |Read mode

REBEN dengan ucapan takziah dilihat diikat pada pagar di tapak pesawat Jeju Air Boeing 737-800, terhempas dan terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan. FOTO Yonhap / AFP

Seoul: Kementerian pengangkutan Korea Selatan pada Rabu berkata, ia akan menghantar perakam data penerbangan pesawat yang terhempas pada Ahad minggu lalu, ke Amerika Syarikat (AS) untuk dianalisis.

Kesemua 175 penumpang dan empat daripada enam anak kapal terbunuh pada Ahad apabila jet Jeju Air mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan di barat daya negara dan merempuh benteng pasir dan konkrit di hujung landasan, di mana ia terbakar.

Dua anak kapal, yang terletak berhampiran ekor jet Boeing 737-800 itu, terselamat dalam nahas berkenaan.

Terdahulu, Kementerian pengangkutan berkata, penyiasat sudah mengekstrak data daripada perakam suara kokpit pesawat dan akan menukarnya menjadi fail audio, yang menjadi maklumat penting untuk cuba menjelaskan keadaan beberapa minit yang membawa kepada nahas.

Pasukan penyiasat masih berusaha untuk mengeluarkan kandungan perakam data penerbangan, kata kementerian itu.

Kerajaan mengisytiharkan tempoh berkabung nasional sehingga 4 Januari ini.

Kementerian pengangkutan berkata, dua lagi pegawai AS, tiba lewat pada hari Selasa untuk menyertai pasukan dengan kira-kira 24 penyiasat termasuk dari Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB), Pentadbiran Penerbangan Persekutuan dan pembuat pesawat Boeing.

"Mereka juga merancang untuk memulakan siasatan visual ke atas serpihan itu," timbalan menteri penerbangan awam Joo Jong-wan memberitahu taklimat.

Pegawai berkata, penyiasat dijangka memeriksa sama ada serangan burung, kegagalan gear pendaratan untuk jatuh atau jika masalah dengan mana-mana sistem kawalan lain memainkan peranan dalam bencana itu.

Mereka juga akan menyiasat kemungkinan juruterbang itu tergesa-gesa untuk cuba mendarat sejurus selepas dia mengisytiharkan kecemasan, kata pegawai.

Pakar keselamatan udara juga mempersoalkan sama ada benteng lapangan terbang yang direka untuk menempatkan peralatan navigasi dibina terlalu hampir dengan penghujung landasan.


Disiarkan pada: Januari 1, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.040206 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list