View: 11201|Reply: 3
|
Zila Bakarin Kongsi Detik Hijrah, Kepala Seperti Disiram Air Sejuk Lepas Pakai Selendang - "Mungkin Petanda Saya Nak Bogel Sangatkan?"
[Copy link]
|
|
Pelakon Zila Bakarin baru-baru ini berkongsikan kisah penghijrahannya menerusi satu podcast selepas nekad berhijab sejak Februari 2020.
Menerusi perkongsian itu, Zila berkata dia membuat keputusan itu selepas berdepan kejadian pelik ketika mahu menjemput anaknya pulang dari sekolah.
Menurut pelakon berusia 49 tahun itu, dia merasakan tubuhnya seolah-olah sedang telanjang sehingga membuatkan dirinya mengigil ketakutan.
“Pagi saya hantar anak pergi sekolah, saya pakai baju tidur dengan berseluar pendek seperti biasa. Tengah hari saya nak ambil mereka, saya buka almari selalunya akan capai seluar pendek tetapi hari itu saya capai seluar jeans panjang dan sweater tebal.
“Walaupun panas tetapi saya rasa sejuk semacam dan saya terbayangkan diri seperti sedang berbogel. Muka saya terasa kembang. Ia buatkan saya jadi sangat takut sampai terfikir mungkin saya nak mati,” katanya.
Kata Zila lagi, dia turut mendengar bisikan suara yang menyuruhnya memakai selendang pada bahagian kepala dan kejadian itu bukan sahaja menginsafkan diri, malah yakin ia adalah petanda hidayah Allah.
“Saya pergi bilik dan saya nampak ada sehelai selendang. Terasa ada bisikan suruh saya ambil dan pakai selendang itu. Bila saya pakai saja rasa seperti kepala saya disiram air sejuk. Kemudian saya rasal normal balik.
“Saya tertanya apa yang Allah cuba tunjukkan dekat saya sebenarnya. Mungkin petanda saya nak bogel sangatkan? Allah bagi saya rasa bogel itu,” katanya.
Sumber – Rotikaya
|
|
|
|
|
|
|
|
Cerita dongeng cmni pun blh layan ek..bkn tutup aurat betul pun
Pki tutup kepala je
Tu pun dada masih terdedah..apa yang hijrah sgt tu? |
|
|
|
|
|
|
|
L.U.S.M replied at 2-1-2025 08:35 AM
Cerita dongeng cmni pun blh layan ek..bkn tutup aurat betul pun
Pki tutup kepala je
Tu pun dada mas ...
Macam cerita dongeng pak gad manak lah.
Dia dengar bisikan suara halus...acik2 porem mintak di maki. Suara halus anak buah nya yg 3 taun
#bisikansuarahalusneelopah
Psst...manakkkkk
|
|
|
|
|
|
|
|
sheols ada meniaga (lupa meniaga apa) kat Lorong (macam boot sale) kat Cyberjaya tu selalu...masih cantik dan emmm...sexy je pun walaupun bertutup, mungkin sebab besharrr kot... and anak dara sheols cantikkkkkk gilaaa.. hehehehehehe.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|