View: 13606|Reply: 46
|
Aslam Kena Setepek, Pertama Kali Je Nampak Hensem Tapi Bila Lama-Lama Baru Nampak Tak Hensem Pun Rupanya!
[Copy link]
|
|
Menerusi satu hantaran di TikTok, safespacemuslimah telah memuat naik satu tangkap layar siaran langsung Umisya dan Aslam yang sedang mempromosikan lipstick.
Umisya perli Aslam, tak hensem macam dulu
Pada siaran langsung itu, Umisya telah menerima komen di siaran langsung itu yang mendakwa dia memilih untuk tetap bersama Aslam walaupun suaminya itu pernah berlaku curang kerana wajahnya yang kacak.
Bagaimanapun, Umisya menafikan perkara itu dengan perlian dan berkata Aslam hanya kacak ketika kali pertama mereka bertemu dan kini dia tidak lagi merasakan perkara yang sama.
“Masa pertama kali saya nampak Aslam, dia lagi hensem dari sekarang. Tapi bila lama-lama baru nampak tak hensem pun rupanya,” katanya tenang.
Tetap hormat suami, Umisya perli Aslam
Tidak cukup dengan itu, Umisya dengan tenang telah membaca satu lagi komen netizen lain yang berkata lelaki kacak akan setia kepada satu wanita sahaja.
Aslam terdiam sebentar mendengar komen-komen daripada isterinya serta komen yang dibaca oleh Umisya kemudian memalingkan wajahnya.
Namun begitu, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila Umisya tersasul memanggil dirinya sebagai isteri kedua ketika membalas komen warganet.
Susulan tersalah memanggil dirinya sebagai isteri kedua, Aslam dengan cepat membetulkan perkara itu hingga mengundang tawa dari Umisya.
“Saya hormat dia, walaupun dia macam tu dia tetap jaga isteri nombor dua. Eh, eh nombor satu. Salah cakap lah, nombor satu! Allahu Akbar, apooo,” katanya sambil ketawa.
Menjengah ke ruangan komen, ramai warga maya yang bersetuju bahawa selalunya di awal perkenalan, lelaki pilihan akan terlihat kacak namun perkara itu berubah selepas sudah lama bersama.
Sekadar info, pasangan ini telah berkahwin sekitar waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih berlangsung ketika kedua-duanya masih bergelar pelajar dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata.
Bagaimanapun, kontroversi melanda perkahwinan mereka selepas Aslam didakwa curang bersama anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania.
Tidak lama kemudian, Abby mengesahkan anak perempuannya itu telah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand sekitar Disember 2023.
Namun begitu, Umisya memilih untuk tidak berpisah dengan Aslam dan kini sedang bermadu dengan Marissa. |
|
|
|
|
|
|
|
retis mane ni oiiii. setakat kahwin anak retis tak pyh lah nak hype sgt. pastu konten mcm bodoh je. mcm dibuat buat kelakarnya. citerrr bermadu pun nak buat citer |
|
|
|
|
|
|
|
dua-dua bodoh tapi lagi bodoh bininya tu
aslam main sedap kot tu yg bertahan walau apa jadi |
|
|
|
|
|
|
|
nampak je mcm tak menunggang nama marissa, tapi sebenarnye menunggang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Without Marissa...xde sape pn kenal 2 ketul ni... |
|
|
|
|
|
|
|
hebat lelaki kawin 2 ni.... kita yg 1 dapur pun.... pening nak manage... |
|
|
|
|
|
|
|
Content memalukan suami. Kalau dah tak nak, pulangkan semula pada markisa |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai main perli2 pulak. Ko jugak yang hadap. Kosser aku |
|
|
|
|
|
|
|
keperluan bini-bini cukup & seimbang ke tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Halah2 mmg XHENSEM pun..korg je tgk hensem..pdhl nan hado... |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang dikejar ntah aku pun tak faham keperluan dua rumah cukup tak tu? Ke bini bini tukang support sama |
|
|
|
|
|
|
|
100%. buat content/live kemain mcm pemes nau rupanya org kenal sbb markisa jekkk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Soalan ini yg menghantui iolls. Kalau dlm rumahtangga tu, berantankan sbb laki problem, pukul sana sini, culas bagi nafkah, mmg ada isteri yg stay sbb "main sedap" ke? Isteri dalam pale otak pikir benda yg satu tu je ke??
|
|
|
|
|
|
|
|
kenapa bini jual lipstik, laki pun kena masuk frame sekali? tak faham kenapa lakinya kena ada dalam live juga? |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah sapelah yg kata hensem tu... |
|
|
|
|
|
|
|
tah tak mampu berkata apo apo... |
|
|
|
|
|
|
| |
|