View: 4088|Reply: 27
|
Dituduh tak ‘move on’, Sherry Ibrahim nak saman
[Copy link]
|
|
Dituduh tak ‘move on’, Sherry Ibrahim nak saman
https://www.kosmo.com.my/2025/01 ... -ibrahim-nak-saman/
Oleh NUR EMIRA SAIZALI
8 Januari 2025, 11:54 am
Sherry tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menuduhnya belum 'move on' daripada cinta lama.
PETALING JAYA – Pelakon Sherry Ibrahim tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang masih meninggalkan komen negatif kepadanya dalam media sosial.
Sherry atau nama penuhnya Syarizad Ibrahim, 42, berkata, amaran tersebut adalah untuk individu yang masih menuduhnya masih belum move on dipercayai daripada hubungan cinta lalu.
“Perangai sebenar macam mana tu? Awak yang komen dalam TikTok saya, tulis yang bukan-bukan, awak yang mungkin tak move on.
“Sudah masuk tahun baharu tak ada benda yang perlu dikaitkan. Sekali lagi awak tulis, tunggu peguam saya.
“Jaga diri dan semoga hati awak sentiasa tenang dan dibuang perasaan benci,” katanya dalam sebuah video.
Dihantui dengan dakwaan tidak move on dalam beberapa hantaran media sosial, Sherry meminta individu tersebut berhenti mengganggu dan menyebar fitnah mengenainya.
“Move on pasal apa ya? Awak ada masalah bahagian mana, boleh terangkan tak?
“Tiada siapa yang nak menghentam dan awak sahaja yang rasa begitu. Nak tulis supaya orang membenci, serta semua itu adalah fitnah.
“Jadi, kalau awak tak kenal saya dan tiada bukti, jangan suka hati nak komen macam itu. Hentikan kebencian! Ke awak yang tak move on?” ujarnya membalas komen individu tersebut.
Sherry berkongsi komen individu berkenaan yang dilihat masih tidak berpuas hati dengannya.
“Orang luar boleh nampak perangai sebenar Sherry Ibrahim ni. Orang baru gertak sikit sudah meroyan,” dakwa individu itu. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
jgnlah buli sheols. rasa kesian plak. |
|
|
|
|
|
|
|
makin lonjong muka dia ni..ke efek filter |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian tengok Sherry Ibrahim. I feel you girl. Setelah dibuang oleh Ahsraf Muslim, kemudian oleh Fattah Amin pulak. I do feel you girl. Adushhhh.... |
|
|
|
|
|
|
|
Uish. Ni betul² frust ni. Sb tu once dah putus, jgn patah balik dgn bekas. Enjoy je single life, bila dah sampai jodoh sampai la. |
|
|
|
|
|
|
|
Punca sangat. Tu la pasal ko dah kenapa sibuk mula2 ritu komen konon nak bg semangat kat si Patah 1000. Kan elok kalau diam2 je or bg semangat balik tabir je. Ni nak juga mengkomen di public. |
|
|
|
|
|
|
|
Acik Keledek - 1
Ceri - 0 |
|
|
|
|
|
|
|
nak gak pmpuan ni menyelit, gigih sgt nak stay in limelight sama ngan duda hot malaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
masalahnya dia kunun2 ugut2 tunggu surat peguam tu, dia nak saman atas dasar apa ya? ni la bila retis malaysia zaman skrg ye, sikit2 ugut tunggu surat peguam, harap sgt retis mcm ni sekali bertemu ngan ruas dan kes berbalas surat peguam, biar habis duit dia dan yg paling best kalauuu laaa kes di bawa ke mahkamah nanti kena marah pula kena hakim sbb pembaziran masa mahkamah |
|
|
|
|
|
|
|
punca ko nak sakit kan hati org lain tapi terkena balik pada diri..
bakat seni tak seberapa, kontroversi ja lebih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Antara pelakon yg takda drama / movie yg org boleh ingat. Kalau muncul pun mesti sbb ex bf, jual produk sampah or tolong promote.
Layak ke nak panggil artis. Apa je ada dlm CV kau tu |
|
|
|
|
|
|
|
seiras bethol sheols dgn kakvie yachh |
|
|
|
|
|
|
|
Mohon jgn move on acik ceri. Walaupon acik da 40 tapi acik ceri lagi cun drpd acik keledeks, acik baju itam tarik tangan, acik tudung stylist & acik ameera osmang. Selagi bamtah duda, try je. Kalo dah nikoh pon ada lagi quota. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde bukti yg cakap tu adalah dari penyokong fattah, it cld be anybody, yg pro fattah pun tahu itu adalah sejarah n fattah has obviously moves on from his past. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dia diam2 je tak la jadi mcm tu. Nampak terhegeh2 pun ada. |
|
|
|
|
|
|
|
Jadi perumpuan...biar jantan yg kejar, yg make the move, yg melamar.
Terlajak motorbot boleh gostan. Terlajak kata ini padah nya.
Nak hantar msg pada Attah...hantar lah privately. Ini pegi broadcast.
Another #lotsofdotbutnotconnected
|
|
|
|
|
|
|
| |
|