View: 10225|Reply: 20
|
[Tempatan]
Badan bayi 8 bulan penuh kesan gigitan, pengasuh dan pemilik taska ditahan
[Copy link]
|
|
Seorang bayi berusia lapan bulan cedera dan mengalami lebam di anggota badan selepas dipercayai digigit kanak-kanak lain di sebuah taska dekat Kuching, Sarawak pada Selasa lalu.
Melalui satu hantaran Facebook, Kevin Chang mendakwa, bayi tersebut merupakan anak kepada rakannya.
Dakwanya, bayi perempuan berkenaan mengalami lebam dan terdapat kesan gigitan daripada kanak-kanak lain.
Tambah Kevin lagi, mangsa dipercayai digigit oleh kanak-kanak lain yang berusia dua tahun, namun pihak taska hanya memaklumkan perkara tersebut kepada ibu bayi berkenaan tetapi tiada tindakan dilakukan.
Dakwanya lagi, pemilik taska berkenaan memaklumkan pengasuh tidak menyedari kejadian tersebut kerana mangsa tidak menangis.
Susulan daripada kejadian, rata-rata warga maya mengecam tindakan pemilik dan pengasuh taska tersebut.
Malah ada yang mempertikaikan isu keselamatan di premis berkenaan memandangkan kecederaan yang dialami bayi tersebut agak serius.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz mengesahkan kejadian terbabit.
Katanya, tiga wanita, termasuk pemilik dan penjaga sebuah taska di Batu Kawa, Kuching ditahan untuk membantu siasatan berhubung kes seorang bayi yang cedera dipercayai digigit.
"Laporan polis berhubung kejadian itu dibuat oleh ibu bayi terbabit pada Selasa sekitar pukul 9.30 malam.
"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001," katanya memetik laporan Utusan Borneo.
"Ada tiga (wanita) tangkapan dibuat yang melibatkan pemilik dan penjaga taska pada pukul 7 petang Rabu.
"Siasatan lanjut berhubung kejadian masih dijalankan," katanya.
Sumber: Majoriti
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ajeeee gileee gigit bayi. Semoga ke dalam dihukum sebat sekali. |
|
|
|
|
|
|
|
Budak tak menangis??? Biar betul .. ke taska ni ada bg budak2 ubat batuk/mengantuk lalok.. sbb tu kena teruk mcm ni dikata budak tu tak nangis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada antu penanggal ke? Takkan budak 2 tahun gigit bertubi-tubi gitu? CCTV mana? |
|
|
|
|
|
|
|
Dahsyat tu
Mn mau nya tak perasan
Beberapa Minit jgk jd tu sbb bnyk gila
Dgn ada part terkoyak kulit jgk tu
|
|
|
|
|
|
|
|
KakRumiMenari replied at 9-1-2025 06:10 PM
Budak tak menangis??? Biar betul .. ke taska ni ada bg budak2 ubat batuk/mengantuk lalok.. sbb tu ke ...
Kalau ko tengok love bites pun ngeri tapi yang kena kata tak sakit pun.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku syak yg gigit baby ni baby lain yg ada kat situ.
Baby yg gatal gusi nk tumbuh geraham/gigi belakang/ mmg mudah nk gigit2 ni. Tambah pulak penjaga tak pantau lagi lah senang diorang gigit baby yg belum boleh merangkak lari tempat lain ect |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 9-1-2025 06:38 PM
Kalau ko tengok love bites pun ngeri tapi yang kena kata tak sakit pun.
Hahaha u niiiii... yg itu tak guna full set gigi chuols.. kan..
Yg ni badan baby dah mcm tapak penemuan fossil2..
|
|
|
|
|
|
|
|
anak sapa yg suka menggigit ni?
mak bapak tk ajar ke???
pengasuh pun sama siyal |
|
|
|
|
|
|
|
Teruk tu.. x logik baby x nangis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Nape mcm beso2 gigitannya.tak mcm gigitan kanak2? Lagi tak logic baby tak nangis langsung? Menipu je tu.
Anak I pernah kena gigit dgn kwn, budak tu umo 4thn, kecik je bentuk gigitan tu. Tu pun teacher taska tu tkt2 bagitau, tapi alhamdulillah tu jela 1x anak I kena gigit. |
|
|
|
|
|
|
|
Pengasuh lepas mandi / bagi makan budak dia sebok & leka tengok atau buat tiktok ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Gila punya byk kesan gigitan. Diarg jaga budak je ke ada bela benda lain juga. Kot le ada antu kokak yg diarg bela tu sekali dgn budak2 |
|
|
|
|
|
|
|
ya tuhan.. ni kalau anak, atau anak saudara iols balik camni..
sorry not sorry, semua staff haritu iols lempang, libas sampai berbirat badan, patah riuk badan
lepas tu nak buat kes polis ke, nak kes ape ke, belakang cerita
tu tanggungjawab, amanah, dan nyawa budak dalam tangan korang
kalau bos backup, dengan bos tu aku hayun guna kerusi meja |
|
|
|
|
|
|
|
takkan la cikgu2 tak perasan? masa tukar pampers?tukar baju or bagi mandi??
cctv rosak katanya.. dan dan masa tu jugak rosak yer |
|
|
|
|
|
|
|
tak macam gigitan budak je tu, byk gitu tak kan tak menangis budak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
aje gile berdas-das gigitan, budak tu x melalak..... |
|
|
|
|
|
|
|
besar permukaan gigitan tu, ke gigitan kanak2/baby blh jugak jd sebesar itu. kesiannya byk plak tu.
cuba la setiap kindy/taska amalkan check semasa sampai dan sebelum blk.
kindy anak iols buat mcm ni, masa dtg cikgu selak semua baju seluar+mak/ayah kene tggu time ni. kalau ada kesan pelik terus cikgu tnya.
masa ambil pun sama, sebelum keluar pintu cikgu akan selak semua skali. kalau ada kesan merah2 gigit semut pun cikgu inform.
salah satu cara nak protect anak2 di taska at the same time menjaga ketelusan taska&makayah jugak. kot2 apa2 jadi takde la saling menuding jari.
tapi mmg ambil masa la sbb nak check satu2 tu jenuh jugak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|