View: 9170|Reply: 24
|
‘Ingat dia datang nak bersalam’ – Pereka fesyen dihempuk jurukamera
[Copy link]
|
|
Pasangan pereka fesyen dikenali sebagai Razman Razmi tidak menyangka urusan jual beli kereta pada 2019 berakhir dengan episod berdarah apabila diserang seorang jurufoto dalam sebuah acara yang berlangsung malam tadi.
Menurut Razman, individu tersebut pernah membeli sebuah Suzuki Swift daripada Razmi dengan harga RM20,000, namun selepas hampir dua minggu individu tersebut mengadu terdapat kerosakan dan meninggalkan kereta tersebut di tepi jalan.
“Kami mengenali dia yang kami anggap seperti adik sudah bertahun-tahun. Sebab itu kami jual kereta tersebut dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran. Kami juga hantar kereta tersebut ke pusat servis dan cat baharu untuknya.
“Tetapi bila dia mula pakai kereta tersebut, saya lihat dia ‘henyak’ kereta tersebut naik bukit dan sebagainya. Kereta itu bukan Lamborghini. Kereta itu sudah berusia tujuh tahun.
“Dia telefon dan beritahu kereta tersebut rosak. Dia hanya meninggal kereta tersebut dengan meletakkan kunci di atas tayar. Kemudian saya yang uruskan proses ‘towing’ dan sebagainya. Apabila saya hidupkan enjin, rupanya kereta tersebut masih berfungsi.
“Selepas itu dia minta kami pulangkan semula RM20,000 secara tunai sedangkan dia juga membayar kereta tersebut secara ansuran kepada kami,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online.
Selepas kejadian, negara melalui Perintah Kawalan Pergerakan namun Razman ada membayar sebanyak RM3000 terlebih dahulu kepada individu tersebut.
“Disebabkan pandemik, bisnes kami juga terkesan. Jadi ambil masa untuk bayar penuh. Tetapi saya ada bayar sedikit demi sedikit sehingga mencecah RM6000.
“Kali terakhir saya jumpa dia pada Disember lalu di sebuah acara dan memberinya RM300. Saya kesihankan dia yang sedang dalam kesulitan dan cuba langsaikan baki bermula Januari hingga Jun tahun ini.
“Tetapi tak sangka semalam bila kami bertemu dia tiba-tiba menyerang saya dan Razmi sehingga cedera di bahagian muka. Ingatkan dia datang nak bersalam. Saya sampai pitam dan rebah. Luka di muka saya sepatutnya dijahit, tetapi doktor hanya meletakkan gam,” jelasnya.
‘Wajah dia lain macam’
Mengakui individu tersebut merupakan seorang yang baik, Razman akui bagaikan ada sesuatu yang tidak kena dengan individu tersebut malam tadi seolah-olah berada di bawah pengaruh bahan terlarang.
“Saya lihat wajahnya sangat lain. Mula-mula saya lihat dia tersenyum. Tiba-tiba bila datang dekat matanya terbeliak.
“Saya kalau boleh tidak mahu ambil tindakan, tetapi saya dinasihatkan untuk mengambil tindakan kerana acara tersebut melibatkan Permaisuri Selangor.
“Pertuduhan yang dikenakan juga agak berat iaitu cubaan membunuh. Saya juga dinasihatkan untuk mengambil tindakan saman malu, kecacatan kekal dan saman teladan sebagai pengajaran agar perkara sebegini tidak berlaku lagi di masa hadapan,” ujarnya.
Akui masih berada dalam keadaan trauma, kata Razman selepas ini dia akan lebih berhati-hati apabila berada di luar dan akan tunggu tindakan selanjutnya daripada pihak polis.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian pukul 11 malam tadi.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa wajah mereka seperti pondan? |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa wajah mereka seperti pondan? |
|
|
|
|
|
|
|
memekak je tovida dalam vdeo tu.rengsa aku dgr.mute terus |
|
|
|
|
|
|
|
idayusoff: memekak je tovida dalam vdeo tu.rengsa aku dgr.mute terus
Ye lor.. asyik2 'Bakponyo..bakponyo'.. mcm gum punk... ekekeke
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jihah_kudat at 10-1-2025 01:21 AM
dieorg ni banyak tiru rizman ruzaini kan sampai logo pun nak dekat sama..tapi tetap la sendurina buat banyak baju dekat retis indon macam judika cakra takkan 20 k tak mampu bayar kot..sedih hidup ko nyah..lagi berlagak bagi rm300 harusla kena hentak..kaki hutang macam
ni layak kena pijak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah hutang kena lah konsisten bayar nokkk. Niatkan dlm hati nak membayar..bukan on and off. Org yg bagi hutang tu pun ada komitmen. Selayaknyalah dihempok. |
|
|
|
|
|
|
|
geli tgk bibir dia..eiuwww |
|
|
|
|
|
|
|
Muka makeup + filter dgn xde, lain benau.. knp statement dia kt atas tu mcm berlebih2..tunggu la polis siasat dulu ada x amek bhn terlarang.. nk komen lelebih pun bkn kita tau detail tp klu mulut tu xde insurans..hati sape xpanas kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
mula2 ingat tok vida yg kne hempuk sbb heshe yg kuat melalak bagai |
|
|
|
|
|
|
|
terus dapat instant filler gittew, btw aqo imran tu dulu selalu tengok dia buat video gurau2 dengan tokti ngan tok k
deserve la pondan muka bersegi ni kena pukul yer, hutang tak mau bayar |
|
|
|
|
|
|
|
pantang betul la aku org dah beli kereta, dah henyak pastu bila rosak, komplen.. weh..itu la risk beli 2nd hand car. dlm kes ni dah 2 minggu pakai.. kalau aku jual kereta aku bg warranty 2 hari je.. |
|
|
|
|
|
|
|
kau jual kereta tak tukar nama tak buat agreement ke?
apa bodoh sangat... |
|
|
|
|
|
|
|
dedua kena hempuk ke lahhh... |
|
|
|
|
|
|
|
tak skrg ni nama pereka pesn perlu ke nak RR bagai
semua ada RR
eeuuuuuwwwwww |
|
|
|
|
|
|
|
Beli keta baru pon blom tentu keta tak rosak. Mengada2. Dah beli keta lama nak condition tiptop |
|
|
|
|
|
|
|
pi cucuk mulot skali dgn tokbida ka camna??sama pesen plak |
|
|
|
|
|
|
|
Kurang percaya kaum niii... plot twist please.. |
|
|
|
|
|
|
|
kucingitam replied at 10-1-2025 10:03 AM
pantang betul la aku org dah beli kereta, dah henyak pastu bila rosak, komplen.. weh..itu la risk be ...
Yes. Satu dari pantang yg kena ingat.. jangan jual kereta / motor kat kawan-kawan.
Elok la kawan kita tu beli dengan Ah Long 2nd hand-car. Kereta kluar kedai, semua urusan selesai. Nak rosak ker, nak kete banjir ker, memang selesai... Usah nak pulang-pulang ni. Pandai-pandai sendiri la..
Suzuki Swift 2013, siap service siap cat, boleh bayar ansur-ansur pada harga rm20k, sangat-sangat murah..
_________________
Dibawah nasihat / CnP ChatGPT
Menjual kereta kepada kawan mungkin nampak mudah dan mesra, tetapi ia juga boleh membawa beberapa risiko, antaranya:
1. Perselisihan atau Ketegangan Hubungan
Jika terdapat masalah dengan kereta selepas pembelian, kawan mungkin menyalahkan anda, walaupun masalah itu bukan salah anda. Ini boleh merosakkan hubungan persahabatan.
2. Masalah Pembayaran
Jika kawan memohon untuk membayar secara ansuran dan gagal memenuhi komitmen, ini boleh menimbulkan rasa tidak selesa untuk menuntut bayaran atau mengingatkan mereka.
3. Harapan Tidak Realistik
Kawan mungkin mengharapkan harga istimewa atau diskaun lebih besar kerana hubungan persahabatan, walaupun nilai kereta sebenarnya lebih tinggi.
4. Tuntutan Selepas Jualan
Walaupun kereta dijual "as is" tanpa jaminan, kawan mungkin mengharapkan anda membantu membaiki atau menanggung kos kerosakan yang berlaku selepas pembelian.
5. Kekeliruan dalam Dokumentasi
Jika dokumen tidak diselesaikan dengan betul (seperti tukar nama), anda mungkin menghadapi masalah jika kawan tidak membayar cukai jalan, insurans, atau terlibat dalam kemalangan.
6. Konflik Kepercayaan
Jika mereka merasa anda tidak jujur mengenai keadaan kereta (walaupun tidak disengajakan), ia boleh menjejaskan kepercayaan dalam hubungan.
Untuk mengelakkan risiko ini, pertimbangkan:
Jelaskan keadaan kereta dengan jujur.
Gunakan dokumen rasmi (seperti perjanjian jual beli).
Pastikan proses tukar nama dan dokumen lain dilakukan dengan lengkap.
Jual dengan harga pasaran yang adil tanpa emosi.
Jika risiko ini terlalu besar, lebih baik jual kepada pembeli yang bukan kawan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Bibir tu bengkak sebab kena belasah atau injek ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|