View: 8668|Reply: 15
|
Pasangan suami isteri tular curi tabung derma kedai runcit didakwa
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU – Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencuri tabung derma di sebuah kedai runcit di Pengkalan Chepa di sini pada minggu lalu.
Tertuduh, Muhammad Saiful Ismail, 28, yang bekerja sebagai buruh mengaku bersalah manakala isterinya, Nor Fatin Afiqah Shaari, 19, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut di hadapan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mencuri tabung derma berisi wang dari kedai runcit milik Akbar Ali Alimudin, 27, di Beris Panchor, Pengkalan Chepa di sini kira-kira pukul 12.44 tengah hari pada 3 Januari lalu.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM1,500 kepada Muhammad Saiful dan menetapkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin kepada isterinya.
Mahkamah turut menetapkan 23 Februari depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokuman. Pasangan suami isteri itu membayar denda dan jaminan yang ditetapkan mahkamah.
Terdahulu, tular video berdurasi 51 saat di media sosial pada 4 Januari lalu yang memaparkan pasangan suami isteri menaiki sebuah motosikal masuk ke dalam kedai runcit sebelum membawa lari tabung yang berada berdekatan kaunter wang di kedai runcit
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Jahat.. muka xde nur. Ko susah, pergi la baitulmal. Xpon merayu je la online. Orang malaysia ni baik2. Ore kelate kan terpaling sskjp, xkan la x boleh nak tolong |
|
|
|
|
|
|
|
azimodin replied at 10-1-2025 11:56 AM
Jahat.. muka xde nur. Ko susah, pergi la baitulmal. Xpon merayu je la online. Orang malaysia ni baik ...
Muka tanda nur macam neelopa |
|
|
|
|
|
|
|
cukup sifat, badan sihat
tp memilih cari rezeki tak berkat
yihhh |
|
|
|
|
|
|
|
iolls nak komen tapi simpan jer laaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
air muka tu menampakkan... |
|
|
|
|
|
|
|
org mcm ni yang tak patut kahwin
tak payah ada anak
ntah ape fikir pun tak tau |
|
|
|
|
|
|
|
Kot ye pun terdesak, cuba la ikhtiar cara lain..harapnye xde anak la. Kesian kat anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak mencuri pun nape heret bini skali (iols tak sokong depa) dah dua2 kene tgkap anak kat umah caner??? kalau takde anak lg sepatutnya lakibini p la kerja retail nun kat mydin ke tesco berlambak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Pasangan suami isteri itu membayar denda dan jaminan yang ditetapkan mahkamah.
banyak juga collection ya mampu bayar denda dan jaminan. Biasa orang susah nak cari seribu pun seksa.
|
|
|
|
|
|
|
|
comey la polis-polis pengiring ni. aum |
|
|
|
|
|
|
|
syamzana replied at 10-1-2025 04:40 PM
nak mencuri pun nape heret bini skali (iols tak sokong depa) dah dua2 kene tgkap anak kat umah caner ...
Kalau berdasarkan video yg viral tu, laki bini ni nampak saling bantu membantu, bekerjasama menjayakan misi |
|
|
|
|
|
|
| |
|