CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6397|Reply: 42

[Jenayah] Baru Tahun 6, Buat Majlis Perpisahan Dekat Hotel! Bertemakan Arabian Dan Bollywood!

[Copy link]
Post time 14-1-2025 01:31 PM | Show all posts |Read mode


Lazimnya, jamuan perpisahan yang dibuat akan diadakan di sekolah dan murid atau guru akan membawa makanan mereka sendiri.

Namun, lain pula dengan sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor ini yang meraikan perpisahan pelajar tahun enam sekolah di sebuah hotel.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @skseksyen7sa, kelihatan pelajar tahun enam sekolah berkenaan diraikan di Hotel De Palma, Shah Alam pada Ahad (12 Januari) lalu.

Apa yang menjadi perhatian adalah pelajar tersebut diraikan dengan cara yang berbeza dari kebiasaan dengan kebanyakan daripada mereka menggayakan pakaian mengikut tema yang ditetapkan iaitu Arabian dan Bollywood.

Malah, guru-guru sekolah berkenaan juga dilihat menggenakan pakaian seperti orang Arab dan Bollywood mengikut tema yang sama.
Turut Berlangsung Penyampaian Anugerah & Persembahan Dari Pelajar

Melalui perkongsian tersebut, turut berlangsungnya penyampaian anugerah kepada murid terpilih antaranya seperti Anugerah Guru Besar atau Prom Princess.

Malah, kesemua pelajar sekolah berkenaan turut mendapat cenderamata ketika menghadiri jamuan berkenaan.

Tidak hanya itu, mereka juga disajikan dengan persembahan daripada rakan mereka sendiri.

“Jamuan perpisahan tahun 6, 2024/2025, all the best you,” tulis pengendali akaun berkenaan di ruang kapsyen.

Bayaran Hanya RM100 Seorang Namun Kurang Berkemampuan Ditaja

Menerusi ruangan komen, pihak sekolah menjelaskan pelajar yang terlibat hanya perlu membuat bayaran sebanyak RM100 dan bayaran pula boleh dilakukan secara ansuran.

Lebih menarik, buat pelajar yang kurang berkemampuan, mereka menyertai jamuan itu secara percuma memandangkan ada pihak yang baik hati menaja serta guru-guru juga turut berganding bahu mencari tajaan bagi menampung perbelanjaan.

Video yang telah mendapat lebih 138,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri apabila melihat situasi berkenaan.

Ramai yang teruja apabila mengetahui jamuan akhir tahun tersebut diadakan di hotel dan bukanlah di sekolah seperti yang selalu dibuat.

Namun, ada juga yang mempersoalkan lokasi jamuan tersebut yang sudah semestinya melibatkan kos yang tinggi.

Ini kerana netizen berpendapat majlis yang diadakan di hotel itu boleh membebankan pelajar yang kurang berkemampuan.

Pun begitu, ada yang menegaskan sekali lagi bahawa pelajar yang kurang berkemampuan telah ditaja oleh pihak ketiga.

Berikut antara komen pengguna media sosial:


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2025 08:29 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-1-2025 02:30 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Justin tersenyum sinis je dek.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk sponsor la tu. Sekolah pun tgah bandar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 02:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau laki aku jadi pengerusi kelab guru, bukan saja majlis anugerah buat kat sekolah, hi tea, jamuan akhir tahun guru2 pun dia nak buat kat dewan sekolah je, order katering,jemput seluruh ahli keluarga guru2 buat macam kenduri kawen.Koserr nak buat kat hotel.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-1-2025 02:46 PM | Show all posts
Ken main eh bdk2 skrg...
Tak padan dgn xde UPSR... Iols dulu jamuan kelas je..dapat mkn KFC pun dah grand sgt la tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi tulah cikgu2 sekolah dia xberani nak undi dia. Hahahaha. Membazir buat kt hotel. Bayar hotel tu boleh beli hadiah lucky draw berbaloi dan makan sedap2 dan meriah. Ni cikgu2 pmpuan dah tua pun ikut tema pengantin, Bollywood. Geli sgt.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2025 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagusnya ada yg sudi menaja anak2 kurang kemampuan.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 02:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada big sponsorship sekolah ini mampu gah begini. Jealous ku ibu bapa sponsor tak berkira. Hulur shj. Anak dah last di SK.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
"B40 DENGKI letew"-Acik T20.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada set2 parents mulut shj kerja kecam tak mampu. Post status show itu ini. Baju raya sedondon. Dahlah BAP turun ini. Agak2 ada tak sengal post top up emas buat Raya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 02:53 PM | Show all posts
Merengek komen kata sambut kat skolah. Kalo org mintak bayar rm100 jenjangan meraung pastu!
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 03:33 PM | Show all posts
Lebih menarik, buat pelajar yang kurang berkemampuan, mereka menyertai jamuan itu secara percuma memandangkan ada pihak yang baik hati menaja

takde alasan dah acik2 kepam nak bitter. obviously ini bukan sekolah bifoti lantak dia lah. Ko belum tengok lagi sekolah cina macam mana.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 03:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Tipikal gomen meresap di kalangan murid bertanding baju mak datin, bertanding gelang emas bertanding kereta mahal bertukar hadiah bersanding2 sukaneka nyanyi2 joget2 kenduri2 berkelah2 pot luck
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 03:44 PM | Show all posts
tadika kemas pun wat kt hotel...ni kan dak2 skolah ank2 org kaya la kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2025 03:49 PM | Show all posts
tak yah la nak bitter sgt pun netizen ni, anak iols pun bayar sikit lebih kurang aje rega tu utk jamuan akhir tahun 6, tapi buat kat sekolah aje, sbb bukan dok kawasan elit kot, takde yg nak sponser mmg lama dah cikgu kasi tau, boleh bayar secara ansuran

ikut hati mmg la nak anak celebrate kat hotel tapi cikgu2 kata kementerian tak kasi. so cikgu pun beriya la buat food stall order mcm2 makanan, photobooth, camera 360.  kesian jugak dgn cikgu2 ni, mcm2 nak fikir utk meriahkan majlis dengan bajet tak seberapa untuk kenangan anak2 kita
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok la tu.. bagi budak2 seronok.
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2025 09:33 PM | Show all posts
tak elok le buat menatang ni
biasa sekolah set2 pprt meleis je smbut kt hotel

klu sekolah kaya cm SJKC dorg buat kt sekolah je, dpt jimat, duit tu guna utk perbelanjaan perkembangan anak murid, lagila utama,


https://sjkctampoi2.wordpress.co ... perpisahan-tahun-6/

tgk berapa sekolah SJKC dpt peruntukan

nihttps://therocket.com.my/cn/wp-c ... -SJKC-SKj-Johor.pdf
apa dorg buat keje bodoh membazir cmni ke?#

cikgu2 melayu kt sekolah tak belajar psl wasatiah ka?, pehal sekolah kaya plak buat majlis kt sekolah, biasa2 je..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2025 08:37 AM | Show all posts
Ada parents yg berada boleh sponsor.
Lagipun budak2 bwh 12 tahun shj bayank mana nak makan. Lain la kalau dah 17 tahun
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:43 PM GMT+8 , Processed in 0.059716 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list