View: 9847|Reply: 14
|
Angin amat kritikal, Los Angeles belum selamat. Angka korban meningkat kepada 24 orang, puluhan masih hilang
[Copy link]
|
|
SACRAMENTO, CALIFORNIA – Lebih 92,000 penduduk Los Angeles diarah berpindah ketika kebakaran hutan terus ‘mengganas’ di selatan California dengan amaran angin kencang dinaikkan pada tahap ‘amat kritikal’, lapor agensi berita United Press International kelmarin.
Angka korban kebakaran hutan yang tercetus pada minggu lalu itu terus meningkat kepada 24 orang, manakala puluhan mangsa masih hilang.
Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass berkata, kira-kira 15,000 anggota bomba dari pelbagai negeri dan negara termasuk Kanada serta Mexico turut serta dalam usaha memadamkan api yang berterusan.
“Keutamaan saya dan orang ramai adalah melakukan segala yang kami mampu untuk menyelamatkan nyawa,” kata Bass semasa sidang akhbar kelmarin.
Bass dikritik sejak beberapa hari lalu berhubung tindakan pihak berkuasa dalam menangani kebakaran hutan dan apa yang menyebabkan malapetaka itu tercetus.
Setakat ini, kebakaran hutan di Palisades, Eaton dan Hurst memusnahkan kawasan seluas 15,782 hektar.
Menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan, cuaca berangin yang dijangka berterusan untuk beberapa hari lagi di barat Los Angeles dan kebanyakan daerah Ventura, akan mengancam usaha memadamkan kebakaran hutan itu yang disifatkan paling buruk dalam sejarah.
Bagaimanapun, kebanyakan sekolah di bawah Sekolah Bersepadu Los Angeles ditetapkan untuk dibuka semula bermula kelmarin, demikian menurut pihak berkuasa pendidikan tempatan, Ahad lalu.
Pengumuman itu dibuat pada hari Gabenor California, Gavin Newsom menandatangani perintah eksekutif ‘mengarahkan tindakan pantas bagi membersihkan serpihan di seluruh kawasan California Selatan dan bersedia menghadapi risiko banjir lumpur di kawasan yang terjejas’.
Januari merupakan bulan kedua paling lembap di California Selatan, namun hujan masih belum turun pada tahun ini.
Amaran bendera merah akan berkuat kuasa hingga hari ini berikutan gabungan angin kencang dan kelembapan lebih rendah dengan bebera pegawai meteorologi berkata, keadaan diramal bertambah buruk.
Sementara itu, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden berkata, beliau ‘sentiasa diberikan maklumat terkini tentang bencana kebakaran hutan California’, sambil mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.
“Atas arahan saya, beratus-ratus kakitangan persekutuan serta sokongan udara dan darat persekutuan dikerahkan ke California untuk membantu usaha memadam kebakaran dan menyokong komuniti yang memerlukan,” kata Biden.
Pengumuman Biden itu dibuat beberapa hari sebelum majlis angkat sumpah Donald Trump dan ketika ketidakpastian timbul bahawa Trump mungkin tidak bersedia membantu negeri California yang cenderung liberal.
Pada Sabtu lalu, Newsom melancarkan laman web www.californiafirefacts.com untuk menangani apa yang disebutnya sebagai ‘maklumat yang salah’ yang disebarkan oleh Trump dan penasihat bilionairnya, Elon Musk di laman X.
Biden bagaimanapun berkata, pentadbirannya kekal ‘fokus untuk membantu mangsa yang terselamat dan kami akan terus menggunakan setiap peralatan yang ada bagi menyokong usaha memerangi kebakaran apabila angin kencang dijangka meningkat’.
Pegawai-pegawai tempatan berkata, kebakaran Eaton dan Palisades berkemungkinan merupakan kebakaran kedua dan keempat mengakibatkan kemusnahan paling besar dalam sejarah California.
Kebakaran Eaton hanya dapat dikawal sebanyak 33 peratus dan setakat kelmarin telah memusnahkan kira-kira 5,712.94 hektar kawasan.
Kebakaran Palisades pula telah memusnahkan kira-kira 9596.31 hektar kawasan dan hanya 14 peratus dapat dikawal. – AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu kat negara2 Arab pun hujan lama tak turun tapi takde pokok2 so takde lah kejadian kebakaran camni. Tapi kat California hujan tak turun tapi banyak pulak hutan-hutan dan kawasan2 penuh pokok sihat tumbuh. |
|
|
|
|
|
|
|
ohh lom habis lagi ekk
siapa guna 1000 banduan jadi fire fighters |
|
|
|
|
|
|
|
pernah tgk kat tik tok, dulu kawasan tu ada tasik besar sgt, tapi lama2 dah hilang, tak ingat sebab apa, kena tambak ke apa ntah. pokok hidup subur sebab ada sumber air bawah tanah katanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg terkesan adalah kaiwan dan pokok pokok.. |
|
|
|
|
|
|
|
Lari banduan tuu pas tuu duk rumah retis holliwood.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kata dah usd 275 billion loss and counting....
Wahhh convert ke RM dah dekat nak sama hutang kerajaan malaysia trillion RM |
|
|
|
|
|
|
|
Kata dah usd 275 billion loss and counting....
Wahhh convert ke RM dah dekat nak sama hutang kerajaan malaysia trillion RM |
|
|
|
|
|
|
|
Rogue98 replied at 15-1-2025 04:19 PM
Dulu kat negara2 Arab pun hujan lama tak turun tapi takde pokok2 so takde lah kejadian kebakaran cam ...
Haiii kak rok... ketemu kita di CI...
I malas nak jenguk kebun keledek lately |
|
|
|
|
|
|
|
green~tea replied at 15-1-2025 08:57 PM
Haiii kak rok... ketemu kita di CI...
I malas nak jenguk kebun keledek lately
Tu lah nak bagi rehat jap...lagipun Duda tengah happy tu...hehe |
|
|
|
|
|
|
|
smurfetz replied at 15-1-2025 05:11 PM
pernah tgk kat tik tok, dulu kawasan tu ada tasik besar sgt, tapi lama2 dah hilang, tak ingat seba ...
Biasanye kat tempat2 baru nak develop orang buat tempat tadahan hujan yang jadi tasik...byk kat Malaysia....tapi California mungkin tak kerap hujan agaknye lama2 diaorang kambus balik...aku agak jer |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah, lepas habis L.A. semua terbakar turun hujan jadi banjir lumpur pulak.. AAmin |
|
|
|
|
|
|
|
Api masih menjalar lagi ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
dubuk: Api masih menjalar lagi ke..
Masih doooo... Harap binatang yg mati tuu tak rasa sakit laa.. sian binatang |
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 16-1-2025 08:58 AM
Alhamdulillah, lepas habis L.A. semua terbakar turun hujan jadi banjir lumpur pulak.. AAmin
Jahatnya bersyukur ke atas orang lain yg kena musibah. Lainlah kalau tentera2 israel yg kejam tu. |
|
|
|
|
|
|
| |
|