View: 28069|Reply: 15
|
"Ini adalah amaran dari Tuhan buat Amerika Syarikat,"-Uyaina Arshad
[Copy link]
|
|
Menzahirkan takziah terhadap mangsa kebakaran di Los Angeles, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad menyifatkan tragedi membabitkan enam wilayah di bandaraya terbesar California itu sebagai amaran Tuhan.
Kata Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 32, ini kerana kerajaan Amerika Syarikat (AS) menerusi negeri California menjadi penyumbang tertinggi kepada Israel untuk menjarah Palestin.
“Perasaan simpati saya kepada mangsa, tetapi mari kita lihat situasi ini dari sudut pandang yang berbeza. Ini adalah ‘amaran’ dari Tuhan. Ini adalah definisi terbaik Allah bayar ‘cash’.
Menurut Financial Times, anggaran kerugian kewangan yang AS hadapi sekarang adalah sekitar RM608 bilion sehingga RM676 bilion akibat kebakaran hutan ini dan menjadikan tragedi ini sebagai ‘The Cosliest Disaster in U.S History.’
“Jumlah wang diberikan kerajaan AS kepada Israel pula RM18.1 bilion setiap tahun malah lebih memeranjatkan negeri paling tinggi sumbangan kepada Israel adalah California iaitu sebanyak RM2.7 bilion.
“Dengan duit dan dana inilah mereka gunakan untuk menghancurkan bumi Palestin. Faham tak? Nampak tak? Kalau ini tidak jelas lagi, tak tahu lah,” katanya dalam hantaran Instagram.
Menurut Uyaina lagi, perbuatan dilakukan kerajaan AS terhadap Gaza serta rakyat Palestin sudah mendapat balasan.
Setiap perbuatan sama ada baik atau buruk akan dibalas Allah SWT sama ada di dunia atau akhirat berdasarkan apa yang dia lakukan.
“Jelas. Ini adalah amaran dari Tuhan buat Amerika Syarikat,” ujarnya.
Menerusi perkongsian sama, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menunjukkan perbezaan suasana ketika dia melawat Los Angeles dia tahun lalu dengan sekarang
“Gambar pertama itu saya ambil waktu saya di LA pada November 2023.
Sangat menakutkan apabila tengok gambar, video dan berita tentang kebakaran hutan yang melanda California sekarang ini.
“Api menjilat segala apa yang berada dihapadannya. Nauzubillah,” katanya.
Sejak 6 Januari lalu lebih 8,500 anggota bomba dan pasukan penyelamat berhempas-pulas mengawal api daripada terus merebak yang kini dikatakan berpotensi merebak ke bandar lain berikutan angin kencang.
Jumlah korban kekal pada 24 orang, sementara kiraan anggaran 12,000 struktur yang rosak atau musnah belum berubah, menunjukkan usaha pemulihan yang besar perlu dilaksanakan.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
iols tak suka dia ni. over dan seolah dia terpaling tahu semua benda.
perangai bongkak tu sama dgn kakasabon thread sebelah |
|
|
|
|
|
|
|
black_handbag replied at 16-1-2025 11:07 AM
iols tak suka dia ni. over dan seolah dia terpaling tahu semua benda.
perangai bongkak tu sama dgn ...
beria kan? sheols sekarang tengah galok pergi girls trip. Which tak salah pon.
tapi untuk somebody yang beria cakap balasan tuhan jadah semua, engkau terkinja dengan kawan2 yang sama naik dah jadi mak orang, bini orang pastu upload dekat ig tak takut balasan tuhan pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Bab selalu post n create awareness pasal gaza iols okay je ngan dia ni. Yg lain tu ntahhh |
|
|
|
|
|
|
|
black_handbag: iols tak suka dia ni. over dan ...
Yep terpaling tahu.. org pas komen ape pulak ekk.. aku suka baca komen org pas atau dr puak sskjp.. hahaha.. |
|
|
|
|
|
|
|
iols berminat nak tau siapa kakasabon haha
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku personally x suka yg over react to palestine ke hape ke. Contoh mcm dia ni lah, sorang lagi tu Naimah ke nama dia dan bbrp nama lagi. Sederhana saja lah kalau ye pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya yg rumah terbakar tu bukan rumah tentera israel. Ada je orang biasa2
Kalau rumah sedara mara kita terbakar teruk, xkan la nak cakap balasan tuhan sebab bla..bla..bla.
Beberapa tahun lepas wild fire kat Australia, sampai haiwan2 tersadai kehausan tepi jalan. Ko nak cakap benda tu pon balasan tuhan..
Paling tidak pon cakap je la ni ujian. |
|
|
|
|
|
|
|
yang terbakar tiap tiap malam kat baling tu balasan tuhan mana plak? |
|
|
|
|
|
|
|
Diamlah acik muka awam!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Aiyooooo sejak bila ko jd PA tuhan ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
heythere123 replied at 16-1-2025 11:27 AM
beria kan? sheols sekarang tengah galok pergi girls trip. Which tak salah pon.
tapi untuk somebo ...
Tulah nak jadi terpaling balasan Tuhan… Tapi pergi negara bukan Islam jugak yang kau show off. |
|
|
|
|
|
|
|
Zeelalala replied at 16-1-2025 04:59 PM
iols berminat nak tau siapa kakasabon haha
penjual sabun sulfur brand H. Sheols naik balik sejak dah jadi makjan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Oh dia retis ke?
mcm pernah nampak lalu di tt live dia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Zeelalala at 16-1-2025 01:41 PM
- double - |
|
|
|
|
|
|
|
Diamlahhhhhhh
Rumah takde cermin ke?
Ingat org pedulik ke post ko???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|