CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7079|Reply: 0

Gencatan senjata Gaza semakin dekat

[Copy link]
Post time 15-1-2025 04:43 PM | Show all posts |Read mode

KESAN kemusnahan di Gaza. FOTO AFP

Doha: Perantara utama Qatar, semalam, memaklumkan rundingan untuk gencatan senjata Gaza dan perjanjian pembebasan tebusan berada di peringkat akhir dan berharap persetujuan dapat dicapai segera.

Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan usaha untuk menjadi perantara gencatan senjata bagi membolehkan pembebasan tebusan yang ditahan di Gaza sejak serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 ke atas Israel.

Pada 13 Januari lalu, Presiden AS Joe Biden berkata, perjanjian itu di ambang untuk dimuktamadkan, hanya beberapa hari sebelum pelantikan penggantinya, Donald Trump.

Semalam, jurucakap Kementerian Luar Qatar, Majed al-Ansari berkata, rundingan itu berada di peringkat akhir.

"Kami percaya bahawa kami berada di peringkat akhir. Sudah tentu, kami berharap ini akan membawa kepada persetujuan tidak lama lagi.

"Sehingga ada pengumuman... kita tidak sepatutnya terlalu teruja dengan apa yang berlaku sekarang.

"Kami mencapai tahap di mana isu utama yang menghalang perjanjian daripada berlaku sudah ditangani," katanya pada sidang media.

Serangan Hamas pada 7 Oktober 2023, mengakibatkan kematian 1,210 orang, kebanyakannya orang awam, menurut rekod AFP.

Pada hari berkenaan, Hamas turut menjadikan 251 orang sebagai tebusan, 94 daripadanya masih ditahan di Gaza, termasuk 34 yang dikatakan tentera Israel sudah meninggal dunia

Kempen balas dendam Israel di Gaza membunuh 46,645 orang, majoriti daripada mereka adalah orang awam, menurut Kementerian Kesihatan di wilayah kendalian Hamas

Sumber yang diberi taklimat mengenai rundingan Doha sebelum ini berkata, ketua agensi perisikan Israel, utusan Timur Tengah untuk pentadbiran AS, dan Perdana Menteri Qatar sudah tiba di Doha bagi rundingan berkenaan.


Disiarkan pada: Januari 15, 2025











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 01:58 PM GMT+8 , Processed in 0.057076 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list