CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11826|Reply: 0

Jepun sumbang AS$2 juta untuk bantuan kebakaran hutan di California

[Copy link]
Post time 15-1-2025 05:09 PM | Show all posts |Read mode

Kebakaran yang melanda beberapa kawasan pinggir bandar Los Angeles sejak 7 Januari lepas mengorbankan lebih 20 orang dan 30 lagi hilang setakat pagi Selasa. Foto AFP

TOKYO - Jepun pada Rabu mengumumkan sumbangan sebanyak AS$2 juta kepada California untuk menyokong usaha pemulihan selepas kebakaran besar yang meragut puluhan nyawa dan menyebabkan kerosakan besar.

Bantuan itu akan disalurkan melalui Palang Merah Amerika yang berpangkalan di Amerika Syarikat sebagai bantuan kepada mangsa bencana, lapor agensi berita Kyodo yang memetik Kementerian Luar Jepun.

Menurut seorang pegawai kementerian, dana tersebut akan digunakan untuk menubuhkan pusat pemindahan, menyediakan makanan, serta menawarkan sokongan psikologi kepada mereka yang terjejas akibat kebakaran di negeri pantai Pasifik Amerika Syarikat itu.

"Jepun akan terus memberikan bantuan aktif untuk meringankan beban mangsa dan memastikan pemulihan kawasan terjejas secepat mungkin,” kata pegawai itu.

Kebakaran yang melanda beberapa kawasan pinggir bandar Los Angeles sejak 7 Januari lepas mengorbankan lebih 20 orang dan 30 lagi hilang setakat pagi Selasa, menurut pihak berkuasa tempatan.

Cuaca kering dan angin kencang mempercepatkan kebakaran itu, yang masih tidak terkawal, sehingga memaksa kira-kira 88,000 penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Di kawasan seperti Pacific Palisades dan Altadena, lebih 12,000 bangunan rosak dan lebih 150 kilometer persegi tanah terbakar. - Bernama/Kyodo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.750652 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list