CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9995|Reply: 0

[Johor] Pembinaan lorong tambahan Lebuhraya Plus Kulai-Sedenak dihentikan 12 hari

[Copy link]
Post time 16-1-2025 02:55 PM | Show all posts |Read mode

KERJA pembinaan lorong tambahan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Kulai-Sedenak akan dihentikan selama 12 hari bermula 23 Januari ini sehingga 3 Februari depan. FOTO Ihsan LLM.

Kulai: Kerja pembinaan lorong tambahan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) laluan Kulai-Sedenak yang sedang giat dijalankan akan dihentikan 12 hari bermula 23 Januari ini sehingga 3 Februari depan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, berkata arahan pemberhentian kerja sementara itu dikeluarkan bagi mengelakkan kesesakan di laluan itu susulan musim cuti persekolahan dan cuti Tahun Baru Cina.

"Menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina, semua kerja-kerja yang dijalankan di lokasi terbabit tidak akan membabitkan sebarang penutupan lorong di kedua-dua arah lebuh raya dan tidak akan mengganggu aliran trafik sedia ada.

"Saya sudah mengarahkan supaya Plus memastikan kelancaran trafik di lokasi semasa melaksanakan semua kerja di tapak pembinaan pada musim perayaan nanti.

"Arahan itu dikeluarkan supaya kelancaran laluan berkenaan tidak terganggu berikutan jangkaan pertambahan kenderaan nanti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas meninjau Projek Pembinaan Lorong Tambahan Lebuhraya Plus Fasa 1 Senai Utara-Sedenak, Pakej A: Kulai-Sedenak di Persimpangan Bertingkat Sedenak, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Datuk Seri Hasni Mohamad, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya (KKR), Datuk Mohd Sakeri Abdul Kadir, Ketua Pengarah LLM, Datuk Sazali Harun dan Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Datuk Nik Airina Nik Jaffar.

Fasa 1 projek pembinaan lorong tambahan Lebuhraya Plus terdiri daripada dua pakej iaitu Pakej A (Sedenak-Kulai) dan Pakej B (Kulai-Senai Utara) merangkumi jarak 22 kilometer dengan peruntukan RM525 juta dijangka siap pada Januari 2028.

Projek berkenaan adalah sebahagian daripada projek pembinaan lorong tambahan dari Yong Peng Utara hingga Senai Utara, adalah inisiatif kerajaan untuk menangani kesesakan di Lebuhraya Plus Wilayah Selatan yang sering berlaku ketika waktu puncak, terutamanya semasa cuti umum atau musim perayaan.

Dalam pada itu, Nanta Linggi berkata, peratus kemajuan projek pembinaan lorong tambahan Plus laluan Kulai-Sedenak adalah sebanyak 5.02 peratus, setakat 31 Disember lalu.

Katanya, kerja pembinaan yang bermula sejak Julai tahun lalu juga didapati berjalan lancar mengikut jadual.

Beliau berkata, kerja yang sedang giat dijalankan di lokasi termasuk kerja tanah, pemotongan dan tambakan cerun, struktur perparitan, pengalihan utiliti dan pelan pengurusan trafik.

"Selepas kerja-kerja tanah di laluan Sedena -Kulai arah Selatan ini selesai, kerja pembinaan lorong tambahan di lokasi berkenaan akan dimulakan secara berperingkat.

"Keseluruhan kerja pembinaan lorong tambahan ini dijangka siap sepenuhnya pada suku kedua tahun 2027.

"Kos keseluruhan Fasa 1 ini adalah sebanyak RM515 juta di mana kos bagi jajaran ini (Sedenak-Kulai) ialah RM249 juta," katanya.

Beliau berkata, projek pembinaan lorong tambahan yang akan dilebarkan dari dua lorong kepada tiga lorong itu dijalankan secara berfasa dari Fasa 1 ke Fasa 3 iaitu dari Senai Utara ke Machap.

Katanya, projek berkenaan adalah inisiatif yang dibiayai sepenuhnya oleh Kerajaan bagi menangani kesesakan di Lebuhraya Plus yang sering berlaku pada waktu puncak, semasa cuti umum dan musim perayaan, terutama di laluan Selatan yang sebelum ini hanya mempunyai dua lorong sehala.


Disiarkan pada: Januari 16, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.252599 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list