CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32298|Reply: 0

[Sarawak] Bekas CEO syarikat media, pengarah urusan syarikat pembekal ditahan reman bantu siasatan kes pengubahan wang haram

[Copy link]
Post time 16-1-2025 04:57 PM | Show all posts |Read mode


Suspek lelaki diiringi polis di Kompleks Mahkamah Kuching, hari ini. - Gambar Roystein Emmor

KUCHING: Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat media dan pengarah urusan syarikat pembekal ditahan reman hari ini kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.

Majistret Mason Jaro Lenya Barayan dan Ling Hui Chuan memerintahkan lelaki, 53, dan wanita, 62, itu ditahan reman selama dua hari sehingga esok.

Ia susulan permohonan tahanan reman oleh polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (Akta 613), Seksyen 409 Kanun Keseksaan, Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Seksyen 403 Kanun Keseksaan dan Seksyen 23 Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


Polis mengiringi pengarah urusan sambil diiringi Shankar (kanan). - Gambar Roystein Emmor

Bekas CEO itu diwakili peguam Roger Chin, manakala pengarah urusan diwakili Datuk Shankar Ram Asnani.

Difahamkan, kedua-dua suspek itu yang ditahan di bawah Ops Regada akan dibawa ke Kuala Lumpur, malam esok.

Pada 11 Januari, pegawai pengurusan tertinggi sebuah syarikat penyiaran tempatan dan seorang wanita turut ditahan reman oleh Mahkamah Kuching kerana disyaki terbabit dalam kes pengubahan wang haram.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:41 AM GMT+8 , Processed in 0.032243 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list