CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 30974|Reply: 0

[Kedah] Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar ke makmal

[Copy link]
Post time 16-1-2025 05:48 PM | Show all posts |Read mode
Sampel bukti kebakaran di Baling dihantar ke makmal

Zuliaty Zulkiffli[email protected]




AWANG Hidzel (dua dari kanan) ketika melakukan pemeriksaan anggota serta barangan kelengkapan operasi di BBP Sungai Petani. FOTO Zuliaty Zulkiffli.





Sungai Petani: Beberapa sampel bahan bukti yang ditemui di lokasi lapan kebakaran yang berlaku di Baling sudah dihantar ke makmal penyiasatan kebakaran, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang untuk dianalisa.

Pengarah JBPM Kedah, Awang Hidzel Awang Bujang berkata, setakat ini siasatan menyeluruh sudah pun dilakukan di lokasi terbabit untuk mencari punca kejadian itu berlaku.

Beliau berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan polis untuk membantu siasatan berhubung kebakaran itu yang berlaku berturut-turut sejak 24 Disember tahun lalu sehingga 12 Januari lalu.

"Hasil penyiasatan pihak bomba, beberapa penemuan sudah pun diperoleh dan setiap laporan yang lengkap akan dikemukakan kepada pihak polis, untuk tindakan selanjutnya.


"Setakat ini JBPM Kedah hanya menerima lapan laporan berkaitan kebakaran itu dan mungkin kejadian itu lebih daripada itu tetapi membabitkan kebakaran kecil sahaja.

"Lapan kebakaran itu menyebabkan sebuah rumah kedai, tujuh rumah kediaman, 11 motosikal dan dua buah kereta musnah," katanya ketika ditemui sewaktu melakukan pemeriksaan ke anggota di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani, hari ini.

Dalam pada itu, Awang Hidzel berkata, kebakaran yang berlaku di negeri ini masih terkawal dan pihaknya menasihatkan orang ramai terutama penduduk di daerah Baling supaya tidak menyebarkan perkara tidak benar di media sosial berkaitan kebakaran yang berlaku.

Katanya, dapatkan maklumat sebenar melalui pihak bomba atau polis dan bukannya menyebar berita yang boleh menimbulkan kegusaran kepada orang ramai.

Media sebelum ini melaporkan penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kupang, di sini, runsing memikirkan misteri kebakaran yang didakwa berlaku secara berturut-turut di enam lokasi sejak hujung bulan lalu.

Kebanyakan kebakaran membabitkan motosikal yang diletakkan di hadapan rumah mangsa selain terdapat juga kejadian merebak sehingga menyebabkan kereta dan rumah turut terbakar.

Bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Azmi Mokhtar berkata, polis membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu kerana mempunyai unsur khianat.



Disiarkan pada: Januari 16, 2025 @ 3:25pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/01/1177324/sampel-bukti-kebakaran-di-baling-dihantar-ke-makmal




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.078161 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list