|
Haruan makan anak! Istilah ini digunakan bagi menggambarkan perbuatan keji seorang bapa yang tergamak merogol anaknya sendiri.
Kes sumbang mahram ini adalah gambaran kepada kepincangan institusi kekeluargaan yang wujud pada masa kini.
Di TikTok, seorang gadis menceritakan pengalamannya dirogol bapa kandung dan apa yang mengejutkan, ramai yang tampil mengakui pernah berdepan kes sama.
Bukan sekadar menjadi pemuas nafsu bapa, mereka turut bekongsi kisah ‘diratah’ oleh abang kandung, datuk dan bapa saudara, juga ahli keluarga lelaki lain.
Lebih parah, seorang pengguna TikTok lelaki memberitahu dirinya pernah ‘disentuh’ oleh neneknya yang berusia 48 tahun ketika kejadian.
Menerusi ruangan kapsyen pada beberapa posting video, gadis ini bertanya sama ada dia perlu memberitahu ibu tentang apa yang berlaku terhadap dirinya.
“Guys, patut ke saya beritahu ibu tentang ayah saya yang dah sentuh saya? Bila fikir balik sanggup ye makan darah daging sendiri.
“Saya kena (sentuh) dari saya kecil lagi kira-kira empat tahun hingga tingkatan tiga,” luah mangsa sumbang mahram selama lebih kurang 15 tahun ini.
Dalam satu lagi posting, gadis ini berkata dia tidak sanggup lagi menggadai tubuh untuk seorang lelaki yang merupakan darah dagingnya sendiri.
Susulan tragedi hitam ini, dia merasakan bahawa masa depannya sudah hancur
Menurut gadis ini lagi, dia tidak membuat laporan kerana tidak mempunyai sesiapa untuk bercerita atau mendapatkan pandangan.
Berdasarkan lebih 4,000 komen yang ditinggalkan netizen, ternyata gejala sumbang mahram kini boleh diibaratkan sebagai kudis bernanah atau barah dalam masyarakat.
Ramai juga mangsa yang mendedahkan bahawa mereka cuba mengadu kepada orang terdekat malangnya ditolak oleh ibu dan ahli keluarga sendiri.
“Bukan ayah, tapi abang.
“Saya berada dalam situasi sama, apabila beritahu ibu dia langsung tidak percaya. Keluarga besar saya minta saya mengalah dan minta maaf pada ayah.
“Mak saya pula salahkan saya sebab keluarga belah ayah tuduh saya buat benda tu dengan BF. Sedangkan saya tak ada BF, benda ni dah jadi sejak umur saya empat tahun sampai 13 tahun, itu pun sebab diaorang cerai.
“Sama, ibu saya cakap saya tuduh bapa tiri sebab tak suka dia. Saya kecewa. Bila tahu hal sebenar menangis minta maaf pada saya tapi hati saya sudah hancur.
“Saya yang lelaki pun kena dengan nenek sendiri masa tingkatan dua. Sampai sekarang takut bila jumpa dengan dia. Nak sangat beritahu pada ibu tetapi saya tahu dia tak akan percaya.
“Kalau saya, datuk saya yang macam tu. Dah beritahu dekat mama dan dia percaya sebab saya tak berhenti menangis.
“Bukan ayah, tapi datuk sendiri. Sampai sekarang nak beritahu pun takut.
“Biarpun sudah tujuh tahun berlalu, trauma tu masih ada.
“Saya kena dengan adik ipar saya. Apabila beritahu adik dan mak, semua salahkan saya. Sampai sekarang saya tak balik. Dah tiga tahun tak jejak rumah,” demikian antara komen netizen.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|