CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26787|Reply: 0

[Tempatan] Cemerlang sembilan subjek, ibu terpaksa bayar anak RM450

[Copy link]
Post time 16-1-2025 09:30 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Seorang kanak-kanak berjaya mendapat ganjaran RM450 daripada ibunya selepas memperoleh Anugerah Pencapaian Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) terbaik bagi sembilan subjek.

Menerusi perkongsian oleh Hangry Capybara di aplikasi X, isterinya pada awalnya telah berjanji dengan anaknya untuk memberikan ganjaran RM50 bagi setiap subjek yang cemerlang.



“Ini dalam majlis hari kecemerlangan, baru tahu rupanya dia ‘sapu’ sembilan (subjek) sekali gus.

“Subjek yang berjaya termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Muzik, Bahasa Arab dan Pendidikan Islam,” tulisnya di hantaran tersebut.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengguna memuji pencapaian kanak-kanak tersebut sambil terhibur dengan ganjaran ‘lumayan’ yang diterima.

“Lucu, tetapi tahniah kepada anak kerana berjaya mendapatkan ganjaran secara sah,” tulis Senah Debab.

“Comel. Tahniah anak pintar. Rezeki ibu bapa, rezeki anak juga dapat ganjaran,” kata Pika.

“Adik saya sebelum ini memperoleh kedudukan kedua terakhir dalam peperiksaan. Kami mencabarnya untuk masuk ke lima kedudukan teratas dan menjanjikan apa sahaja yang dia mahukan.

“Akhirnya, minggu lepas dia pulang dengan senyuman, berjaya mendapat tempat ketiga. Kami semua tergamam, tidak sangka daripada kedua terakhir terus ke tempat ketiga,” ujar Lutadiharsh.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-1-2025 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.075881 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list