CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19637|Reply: 2

Lelaki korporat jijik nak kongsi satu meja makan dengan budak intern

[Copy link]
Post time 18-1-2025 01:34 PM | Show all posts |Read mode
Dalam satu hantaran di laman sosial, seorang pelayar berkongsi kisah yang tidak dapat dilupakannya sewaktu mahu menjamu selera di sebuah restoran.

"Dulu masa intern (latihan industri) dekat Kuala Lumpur, saya nak pergi makan tengah hari. Waktu tu seorang je. Saya pergi ke restoran mamak depan KLCC dan tak jumpa meja kosong.

"Lepas tu ada seorang lelaki berpakaian korporat tengah duduk seorang dekat meja yang ada empat tempat duduk.



"Saya macam dah tak tahu nak ke mana, jadi saya tanya dia, boleh tak duduk satu meja dengannya," kongsinya dalam hantaran berkenaan.

Tambah pelayar tersebut, biarpun jawapan yang diberikan agak mengecewakan namun dia dapat menerimanya tanpa banyak soal.

Sebaliknya, apa yang membuatkan dia terkejut apabila lelaki berkenaan menunjukkan reaksi yang sama sekali tidak diduga.

"Dia menolak berserta dengan pandangan yang seolah-olah jijik pada wajahnya.

"Rasa menyesal tanya macam tu. Maksud saya, tiada siapa pun yang nak berkongsi meja dengan orang tak dikenali.

"Kenapalah aku terfikir nak duduk satu meja dengan dia," tulisnya lagi.

Sekadar berkongsi cerita di laman sosial, pelayar tersebut berkata dia hanya ingin mengetahui pandangan warga maya tentang tindakan yang perlu dilakukan jika sekali lagi berdepan situasi sama.

Menjengah ruangan komen, warga maya tampil dengan reaksi dan pandangan berbeza.

Segelintir netizen mengecam sikap lelaki berkenaan yang didakwa sombong tidak bertempat dan tidak bertimbang rasa.

"Apabila tempat tidak cukup, selalunya bertindaklah sopan untuk berkongsi meja. Sentiasa berbuat baik kepada orang di sekeliling anda.

"Pernah beberapa kali juga (hadapi situasi sama) sebab makan solo. Mungkin awak jumpa orang yang salah pada waktu yang salah.

"Saya kongsi meja dengan orang tak dikenali banyak kali. Terkejut ada ye yang tak bagi. Mungkin bukan Malaysian kot," komen netizen.

Namun dalam masa sama, ada netizen melontarkan pandangan sebaliknya dan beranggapan sesetengah individu mungkin kurang selesa atau mahu menikmati waktu makan mereka dengan tenang.

"Dia nak me time atau dia sejenis yang 'ini tempat aku'.

"Fikir positif saja dan anggap itu pengalaman berharga iaitu belajar untuk menghadapi penolakan, learn about rejection.

"Jangan risau juga untuk cakap no kalau orang request apa-apa daripada kita dan kita tak comfortable nak kata yes. Dan be okay juga untuk terima no tanpa overthinking," komen netizen.

Sumber: Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2025 12:44 PM | Show all posts
pernah share meja ngan total stranger. paling kelakar tengah2 makan tu dia letak lauk kat pinggan aku. "beb u rasa ni sedap" about 3 seconds kitorang bertukar tukar pandang. dengan muka dia semerah merahnya. mesti dia ni jenis makan dengan kawan/bestie tetiba tak ingat tengah share meja ngan stranger. i pun makan la lauk tu dengan segannya. dan gelak2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2025 10:41 AM | Show all posts
encikWawad replied at 21-1-2025 12:44 PM
pernah share meja ngan total stranger. paling kelakar tengah2 makan tu dia letak lauk kat pinggan ak ...

hahah, ni lawak
terlupa kali ingatkan teman tp mesra rupanya stranger
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 02:46 PM GMT+8 , Processed in 0.046917 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list