View: 10012|Reply: 22
|
[Jenayah]
Macam Budak Uni Pakai Baju Sekolah, Pelajar Kongsi Nak Masuk Uni Mana Lepas SPM! - "Tak Ada Ke Yang Nak Sambung UPNM?"
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan beberapa pelajar yang memaklumkan ke manakah institusi yang bakal dituju sebaik selesai mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Menerusi video yang dimuat naik oleh cikgu Izwan Palarae di TikTok, awalnya kedengaran dia bertanya kepada beberapa orang pelajar di Sekolah Seni Malaysia di Perak ke manakah arah institusi yang akan dipilih untuk menyambung pelajaran.
Pelajar wanita yang pertama memaklumkan dia memilih untuk menyambung pelajaran ke Institut Pendidikan Guru (IPG).
Jawapan sama juga diberikan oleh pelajar kedua, ketiga dan kelima yang turut menyimpan hasrat untuk menyambung pelajaran ke IPG selepas mendapat keputusan SPM.
Ada juga yang pilih UiTM, UM, dan sebagainya
Manakala pelajar keempat pula memaklumkan dia ingin ke semua Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Pelajar keenam memberitahu dia ingin melanjutkan pelajaran ke Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).
Selain itu, ada juga dua daripada pelajar yang disoal mahu menyambung pelajaran ke Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia (UM) dan juga luar negara.
Tidak kurang juga ada yang sempat bergurau dengan mengatakan dia tidak mahu belajar sebaliknya mahu berkahwin.
Menteri Pendidikan ucap terima kasih pilih IPG
Perkongsian video itu turut menarik perhatian Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek yang berterima kasih kerana ramai pelajar memilih untuk melanjutkan pelajaran di IPG.
Tidak kurang juga ada yang menyatakan IPG merupakan institut yang best dan mengucapkan selamat maju jaya.
Ada juga yang memaklumkan kelayakan untuk memasuki IPG memerlukan keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 7A.
“Nak join IPG juga, doakan dapat 7A”
“Yang nak kahwin tu tolonglah dik, kau tarik balik kata-kata kau. Takut jadi macam aku, beria kata nak kahwin lepas SPM, sampai sekarang tak kawin lagi dik.”
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
yg suka membuli @ parent yg xsyg anak bolehla hantar UPNM |
|
|
|
|
|
|
|
Elok tnya soalan pada pelajar yg gagal nk kemana pasni?
Soalan cmni dh biasa sgt |
|
|
|
|
|
|
|
busuk sangat dulu kitorang dapat flyers Kolej SAL masa tengah SPM |
|
|
|
|
|
|
|
UPNM ni dah tercemar...ibarat dara hilang selaput |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 19-1-2025 02:27 PM
Ramainya nak pi ipg
Semua nak job security..di zmn yg akan dtg Dan lebih mencabar ..remaja skrg dah pandai memilih |
|
|
|
|
|
|
|
wirazam replied at 19-1-2025 04:04 PM
Semua nak job security..di zmn yg akan dtg Dan lebih mencabar ..remaja skrg dah pandai memilih
Patut la.. ingatkan mmg minat |
|
|
|
|
|
|
|
Dengar UPNM pun dah seram |
|
|
|
|
|
|
|
Eh bukan kerja jadi cikgu berat ke sebagaimana royanan para guru sekalian alam? |
|
|
|
|
|
|
|
Anak jiran aku haritu masuk upnm lepastu tak tahan la xleh balance study dgn life tentera. Plak tu dia ambik medic kan. Tapi tak sangka plak kena bayar denda rm10k sebab quite awal. |
|
|
|
|
|
|
|
naina replied at 19-1-2025 09:11 PM
Anak jiran aku haritu masuk upnm lepastu tak tahan la xleh balance study dgn life tentera. Plak tu d ...
Kesiannya.. byk gak tu 10k.
Btw moga adik2 gnerasi spm skg smua brjaya. Xkira cemerlang exam ke x. Yg ptg plih jln hdup yg baik2. Jgn ikut yg bruk |
|
|
|
|
|
|
|
bergantung pada tempat,
ada yg kerja sekadar mengajar je, ada yg kena jd macam2.
|
|
|
|
|
|
|
|
okey la ni
jarang dh nk jumpa video positif psl dak2 spm few years back selain result A yg semakin ramai
sedih plk rs yg psl 10k yg xdtg exam spm2024 ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Yang nak pergi UM tu korek hidung dek. Ingat UM, ingat korak hidung sissy. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan setakat job security.... income security pun ada...tiap2 bulan dapat elaun..uni lain mana ada sangat...nak kena berebut scholarship la...
|
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 19-1-2025 02:27 PM
Ramainya nak pi ipg
Cikgu cikgi boleh aman nak pencen awel. |
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 20-1-2025 09:16 PM
Cikgu cikgi boleh aman nak pencen awel.
Eh.. voley mcm tu ka? |
|
|
|
|
|
|
| |
|