CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29794|Reply: 0

Perang gerila di Colombia ragut 100 nyawa

[Copy link]
Post time 21-1-2025 06:45 PM | Show all posts |Read mode

Anggota polis melakukan rondaan di jalan utama jalan susulan pertempuran baru-baru ini antara kumpulan gerila haluan kiri di Tibu, wilayah Norte de Santander, Colombia. - Foto AFP

TIBU: Colombia semalam berikrar untuk melancarkan 'perang' terhadap gerila berhaluan kiri, mengisytiharkan darurat dan menggerakkan ribuan tentera bagi menyekat gelombang keganasan yang telah meragut lebih 100 nyawa dan mengancam keamanan negara itu yang rapuh.

Dalam tempoh lima hari sahaja, pertumpahan darah dilaporkan di tiga jabatan Colombia, dari hutan Amazon yang terpencil di selatan hingga ke sempadan berbukit di timur laut ke Venezuela, di mana pertempuran memaksa 11,000 orang dipindahkan.

Penganalisis berkata, keganasan itu berpunca daripada persaingan perang wilayah antara tentera, yang melihat proses perdamaian goyah sebagai ancaman kepada perpaduan dan keuntungan mereka daripada perdagangan kokain yang lumayan.

Presiden Colombia, Gustavo Petro, yang sebelum ini bergantung terhadap strategi penurunan ketegangan dan dialog dalam politiknya, kini berpendirian bahawa krisis itu akan memerlukan perubahan pendekatan.

Semalam, Petro mengeluarkan amaran tegas kepada pemimpin Tentera Pembebasan Nasional (ELN), yang dikatakan mendalangi serangan di kawasan sempadan terhadap kumpulan saingannya, yang mengorbankan 100 nyawa.



Sekurang-kurangnya 20 pejuang Colombia dari kumpulan pemberontak saingan terbunuh dalam pertempuran hujung minggu berhubung perebutan kawasan strategik hutan untuk kegiatan pengedaran dadah, menurut sumber tentera.

Pertempuran itu melibatkan puak-puak saingan yang berasal daripada bekas anggota Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC), yang bertempur sesama sendiri di kawasan hutan Guaviare di tenggara negara itu.

"ELN telah memilih jalan perang, dan peranglah yang akan mereka hadapi," kata Petro, sebelum mengisytiharkan amaran 'pergolakan dalaman' dan 'darurat ekonomi'.

Seorang lelaki membawa bekalan untuk mangsa yang dipindahkan akibat pertempuran baru-baru ini antara kumpulan gerila haluan kiri, di Stadium General Santander, Cucuta, wilayah Norte de Santander, Colombia. - Foto AFP

Pengisytiharan itu, antara lain, memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan untuk mengehadkan pergerakan orang ramai.

Sekitar 5,000 tentera sudah dikerah ke kawasan sempadan, dengan harapan ia dapat membantu membendung sebahagian daripada keganasan terburuk yang pernah dialami negara itu dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini.

Wartawan AFP di bandar Tibu menyaksikan deretan tentera yang lengkap bersenjata berkumpul di kem dan menerima arahan daripada pegawai atasan.

Mereka masih belum terbabit dalam pertempuran langsung dengan pejuang gerila atau dikerah ke zon paling kritikal, di mana pegawai kanan mengatakan keganasan masih berterusan.

Colombia menikmati hampir sedekad kedamaian, namun beberapa kawasan di negara itu masih dikuasai oleh gerila haluan kiri, separa tentera berhaluan kanan, dan kartel dadah.

Pada hujung minggu lalu, penduduk yang ketakutan melarikan diri dengan membawa beg dan barangan mereka menaiki motorsikal, bot serta trak untuk melarikan diri dari kawasan sempadan.

Ratusan orang awam menyelamatkan diri di beberapa kawasan perlindungan di bandar Tibu, sementara yang lain melintasi sempadan ke Venezuela, negara yang pernah mereka tinggalkan suatu masa dahulu kerana pergolakan ekonomi dan politik.

Semalam, Kementerian Pertahanan Colombia melaporkan 20 orang terbunuh dalam pertempuran antara kumpulan sayap kiri yang bertelagah di wilayah Amazon Guaviare. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 12:45 PM GMT+8 , Processed in 0.043015 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list