CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21635|Reply: 0

OIC kecam peningkatan serangan srael di Tebing Barat

[Copy link]
Post time 23-1-2025 09:21 PM | Show all posts |Read mode

Foto fail AGENSI

JEDDAH: Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan jenayah yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di Tebing Barat, khususnya di Jenin dan kem pelariannya, lapor Saudi Press Agency (SPA).

OIC menyatakan tindakan Israel mengakibatkan 10 syahid, kecederaan kepada berpuluh-puluh orang awam dan kemusnahan jalan raya dan infrastruktur.

Ia juga mengecam penubuhan pusat pemeriksaan tentera dan pintu besi untuk mengasingkan bandar dan kampung Palestin, menganggap tindakan itu sebagai sebahagian daripada corak jenayah perang yang lebih luas terhadap rakyat Palestin.

OIC memberi amaran terhadap jenayah berterusan yang dilakukan oleh kumpulan peneroka ekstremis, yang beroperasi dengan perlindungan pasukan pendudukan Israel.

Serangan terbaru menyasarkan beberapa perkampungan Palestin, apabila harta benda, rumah, kenderaan dan tanah pertanian dibakar.

Ia menganggap pendudukan Israel bertanggungjawab secara langsung atas jenayah berat ini dan menekankan keperluan untuk akauntabiliti di bawah undang-undang jenayah antarabangsa.

OIC memperbaharui gesaannya agar masyarakat antarabangsa memenuhi tanggungjawabnya, menamatkan keganasan Israel yang berterusan di seluruh wilayah Palestin yang diduduki dan memberikan perlindungan kepada rakyat Palestin.

Disiarkan pada: Januari 23, 2025

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dah tak ada yang nak shopping di Nilai, sekarang jadi bandar hantu
RalineDah tak ada yang nak shopping di Nilai,
Views : 37528 Replies : 45
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 201626 Replies : 7502
Mental Intan Najuwa tak kuat, respect ibu yang jaga anak tak ada pembantu
RalineMental Intan Najuwa tak kuat, respect ib
Views : 10770 Replies : 9
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Report to ICE (USA IMMI) on post #3566
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Cara Repor
Views : 119311 Replies : 5115
A Moment Like This, Ning
JoyahMengayahA Moment Like This, Ning
Views : 2992 Replies : 1
Suami padam gambar, rumah tangga Zehra Zambri bergolak?
RalineSuami padam gambar, rumah tangga Zehra Z
Views : 20016 Replies : 14
Ada yang menangis dan menyumpah seranah doktor-doktor sebab menzalimi orang nak tunaikan haji...ramai bakal jemaah 'Sangkut' Masa Check Up - "Automatik Gagal & Tak Layak Tunai Haji"
YgBenarAda yang menangis dan menyumpah seranah
Views : 7950 Replies : 159
Footballer Kertu Tanggal Seluar Dalam Demi Iklan
beggFootballer Kertu Tanggal Seluar Dalam De
Views : 34426 Replies : 72
madu2 gula Tok Matahari
aaanf14madu2 gula Tok Matahari
Views : 144539 Replies : 1537
Anwar kenang Erdogan hulur bantuan di saat sukar
RalineAnwar kenang Erdogan hulur bantuan di sa
Views : 10567 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.047547 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list