CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27299|Reply: 0

[Johor] Guru sekolah rendah didakwa laku amang seksual murid perempuan

[Copy link]
Post time 23-1-2025 09:41 PM | Show all posts |Read mode

FOTO HIASAN

Johor Bahru: Guru sekolah rendah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid perempuan berusia 10 tahun, awal bulan lalu.

Tertuduh, Aaron Wong Cheng Wen, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Siti Noraida Sulaiman.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan amang seksual ke atas murid perempuan berusia 10 tahun di dalam stor kelas reka bentuk dan teknologi, sebuah sekolah di Pasir Gudang pada 10.30 pagi, 1 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (A) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan dibaca bersama dengan Seksyen 16 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan maksimum 20 tahun dan sebat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Wahida Shahudin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pihak pendakwaan memohon mahkamah menawarkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin selain syarat tambahan tidak boleh menganggu mangsa serta saksi pendakwaan hingga selesai, melapor diri ke balai polis berhampiran dan menyerahkan pasport ke mahkamah.

Tertuduh yang berpendapatan RM6,000 sebulan kemudian memohon jaminan yang rendah kerana mempunyai tanggungan keluarga serta menanggung ibu bapa yang tidak bekerja.

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM12,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan, melapor diri ke balai polis berhampiran sekali sebulan dan menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Januari ini bagi lantikan peguam dan serahan dokumen.


Disiarkan pada: Januari 23, 2025



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.059177 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list