CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15597|Reply: 0

Larangan rentas sempadan: Jeti haram dibina di Rantau Panjang `lumpuh'

[Copy link]
Post time 24-1-2025 09:06 AM | Show all posts |Read mode





PASIR MAS: Tindakan tegas pihak berkuasa menutup laluan haram di sempadan Malaysia-Thailand di Rantau Panjang di sini, memaksa pemilik jeti haram di kawasan itu memindahkan operasi mereka ke sebelah negara jiran sejak tiga hari lalu.


Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara, Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata langkah itu, mencerminkan masyarakat setempat khususnya di kawasan sempadan, semakin akur dengan arahan larangan menyeberangi sempadan secara tidak sah yang dikuatkuasakan sejak 1 Disember tahun lepas.


"Tinjauan PGA mendapati enam pangkalan haram di sekitar Rantau Panjang, termasuk dua di tengah-tengah pekan, kini lengang selepas penguatkuasaan larangan itu," katanya.


Bagaimanapun, Nik Ros Azhan memaklumkan masih terdapat individu tertentu terutamanya daripada negara jiran, yang cuba menyusup masuk ke Malaysia melalui laluan tidak sah.


"Hasil tinjauan PGA semalam kami telah menahan seorang lelaki warga Thailand berusia 67 tahun pada 12 tengah hari, selepas dia menyeberangi sempadan menggunakan pangkalan haram.


"Lelaki itu memberi alasan bahawa namanya telah disenarai hitam oleh pihak berkuasa Malaysia," katanya selepas meninjau kawasan sempadan Malaysia-Thailand di sini, semalam.


Sementara itu, tinjauan Bernama mendapati aktiviti ekonomi di kawasan pangkalan haram turut terjejas akibat penutupan laluan haram.


Beberapa gerai kecil yang sebelum ini aktif beroperasi berhampiran pangkalan haram, kini tidak lagi beroperasi, manakala kawasan itu kelihatan lebih sunyi.


Antara pangkalan haram yang sering menjadi tumpuan untuk menyeberangi sempadan secara tidak sah ialah pangkalan haram pound dan MCA, yang sebelum ini kerap digunakan oleh penduduk.




Sumber : - Berita Harian
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.077522 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list