CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15865|Reply: 5

Nurul Izzah Izzati rampas emas keirin Piala Presiden

[Copy link]
Post time 24-1-2025 09:17 AM | Show all posts |Read mode






NILAI: Pelumba berbasikal trek wanita negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri meneruskan rentak kecemerlangannya pada Siri Tiga Piala Presiden, selepas menyambar satu lagi emas dalam acara keirin elit wanita di Velodrom Nasional, di sini hari ini.


Ini sekali gus memadam luka atlet berusia 22 tahun itu, yang terlepas pingat emas pada Siri Dua kejohanan berkenaan selepas tewas kepada pelumba Korea Selatan Kim Haeun, dalam acara sama bagi Siri Dua kejohanan sama minggu lalu.


Pingat emas itu turut menjadi emas kelima pelumba kelahiran Sungai Petani, Kedah itu selepas meraih dua emas di Siri Satu, satu emas di Siri Dua dan dua emas di Siri Tiga.


Pada aksi final keirin hari ini Nurul Izzah yang diberi julukan sebagai The Pocket Rocket Women itu menamatkan saingan sebagai pelumba terpantas dengan catatan masa 11.200 saat (s) untuk pingat emas, meninggalkan Haeun yang meraih pingat perak.


Pingat gangsa menjadi milik seorang lagi pelumba Korea Selatan Hwang Hyeonseo manakala rakan senegara Nurul Alyssa Mohd Farid di kedudukan kelima.


Mengulas mengenai perlumbaan, Nurul Izzah berkata beliau berpuas hati dengan prestasinya dan pingat emas itu nyata mengubat lukanya selepas tewas kepada Haeun, minggu lalu.


"Saya sudah berehat, sudah belajar di mana kesilapan, tahu bagaimana teknik pihak lawan untuk saya atasi dan lebih yakin ketika berlumba.


"Tapi selepas ini di Kejohanan Lumba Basikal Asia 2025 (ACC 2025) pasti lagi ramai pelumba hebat-hebat yang Korea bawa, saya perlu bersedia," katanya kepada pemberita selepas perlumbaan itu hari ini.


Sebagai rekod, Nurul Izzah meraih emas pada Siri Satu namun sekadar meraih perak pada Siri Dua.


Beliau turut meraih emas pada Siri Satu, Siri Dua dan Siri Tiga Piala Presiden dalam acara pecut.




Sumber : - Berita Harian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2025 09:26 AM | Show all posts
Tahniah..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Wah ce selpie ngan anak sulong PMX..
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 01:57 PM | Show all posts
Tahniah dek!

Kelebihan sebagai athelete ni periuk nasi tak ditentu kan oleh validation atau approval dari netizen unlike jadi retis pujaan ramai. Sebagai ahli sukan ko perform, ko menyinar. Bak kata Jojo, yang lain boleh pergi mampus.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 04:48 PM | Show all posts
Nanti adalah kata

kenapa tak tutup aurat.
Reply

Use magic Report

Post time 2-2-2025 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Berita ini menguatkan lagi desakan netijen² bahawasanya peruntukan sepakbola mesia harus dipotong lebih banyak untuk memberi laluan kepada sukan² lain.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-2-2025 09:25 PM GMT+8 , Processed in 0.051291 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list