CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19565|Reply: 87

Dia Yang Ku Puja-Cerpen - [U] Tamat..

[Copy link]
Post time 25-4-2011 12:19 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by shimah81 at 13-5-2011 09:29

Bab 1


Udara sejuk menghembus dari arah laut seolah membelai wajahnya. Telah lama dia ingin bercuti di situ. tetapi kekangan masa dengan kerja-kerja yang semakin hari semakin banyak membuatkan dia tiada masa untuk bersantai. Untuk merehatkan diri. Setelah setahun tanpa rehat dia mengambil keputusan untuk memberikan tubuh badannya berehat. Lantas tanpa menyesal dia menolak beberapa tawaran kerja yang lumayan. Ahh duit boleh dicari. Tetapi kesihatan yang baik belum tentu dapat dimiliki andai terlalu memaksa diri bekerja tanpa henti.

Laman Desa Resort. Itulah nama resort yang didiami untuk 2 minggu ini. jauh dari hiruk pikuk bandar. Jauh lagi buruan para pemberita yang sentiasa dahagakan cerita hangat darinya. Sehinggakan dia sesak untuk bernafas. Tetapi itulah harga yang perlu dibayar apabila terlibat di dalam industri hiburan ini. bermula dari sebuah peranan kecil dalam iklan telekomunikasi dia terus melangkah jauh ke dalam dunia hiburan. Siapa yang tak kenal Alan Yeoh. Jejaka kacukan keturunan Baba Nyonya Melaka sebelah ibunya dan America sebelah ayah ini, dilahirkan dan dibesarkan di New York. Ketika berumur 16 tahun barulah keluarganya berpindah ke  Melaka semula.


Sejak itulah dia bergiat aktif di dalam dunia modeling dan pengiklanan. Dan baru-baru ini pula mula berjinak – jinak dengan dunia lakonan. SeluruhMalaysia menggilainya. Dengan pakej yang cukup sempurna dari segi fizikal dan kehidupan. Tentu sahaja sesiapa yang menjadi teman wanitanya seorang yang cukup bertuah. Amat beruntung memilikinya. Haaaa..hanya dia je yang tahu. Tak pun orang-orang yang mengenalinya. Hahaa..tentu sahaja seluruhMalaysia mengenalinya kan?


Suria pagi mula memunculkan dirinya di sebelah timur. Warna kuning keemasan membias lautan menjadikan pemandangan begitu indah sekali. Tanpa membuang masa Alan terus mengambil gambar. Begitu terujanya dia dengan keindahan alam semula jadi ini. siapa sangka di Malaysia pun ada pantai yang begitu cantik. Putih bersih. Sesekali angin pantai bertiup, sejuk menggigit kulitnya.


Alan asyik mengambil gambar sehingga pendengarannya menangkap hilaian tawa yang bertingkah. Terus dia mencari arah bunyi tersebut. Nun di hujung sana kelihatan kalibat orang yang sedang berlari dan berkejaran. Mak ai.. kuatnya dia ketawa. Tak padan dengan diri. Omel Alan sendirian. Tanpa dia sedar, tangannya laju sahaja snap mereka bertiga. Sesekali mereka berlarian di gigi ombak. Sesekali mereka berkejaran dan saling menyimbah air laut. Seorang gadis kecil yang sedang dibuli oleh dua orang kanak-kanak lelaki. Mungkin adiknya kot. Getus hatinya.


Tersenyum dia sendirian. Dan tanpa sedar kakinya melangkah menghampiri mereka bertiga. Spontan mereka berhenti berlari dan ketawa. Saling berpandang-pandangan. Sedikit cuak dengan kehadiran seorang lelaki asing di situ. Dari segi penampilannya pun dah tahu dia bukan orang sini. Mungkin penghuni di Laman Desa Resort kot.


“haiii…Morning…oppppss selamat pagi” tegur Alan.


“haiii.morning” sambut salah seorang budak lelaki itu. yang besar sedikit dari yang seorang lagi. Si gadis kecil itu hanya diam membisu. Kelihatan dahinya berkerut-kerut. Seola-olah memikirkan sesuatu.


“haaa adik dah ingat. Abang nikan yang dalam iklan 1 Malaysia tu kan?” teriak budak lelaki yang kecil sekali.
Terkejut Alan mendengarnya. Mana budak ni tahu. Sejak dia tiba 3 hari lepas tak ada sesiapa pun yang dapat mengecamnya. Jadi dia bebas bergerak kesana ke sini.


“betulkan” desak budak itu lagi setelah dia mendiamkan diri.


“no. not me” sangkal Alan. Cuba untuk menyembunyikan identiti yang sebenarnya.


“betullah. Betulkan along?” sokong yang seorang lagi.


“dia cakap bukan. Bukan dialah angah. Merepek je. Takkan mamat tu ada kat sini” balas budak perempuan itu yang dipanggil along.


Dua lagi budak lelaki itu tidak berpuas hati. Lalu terus menghampiri Alan dan memandangnya dari atas ke bawah. Ouish….ada-ada jer budak ni. Lagak macam penyiasat pula. Gelak Alan di dalam hati.


“alaa tipulaa long. Kau tak yah nak cover. Memang abang ni yang dalam iklan tuh. Pujaan kaukan. Abang nak tahu tak..dalam bilik al…..”terus gadis kecil itu menekup mulut adiknya yang dipanggil angah. Terus diberi amaran supaya dia. Wajahnya merah mungkin disebabkan malu ataupun marah.


“dalam bilik along, terpampang besar gambar abang. Along cakap itulah pak we dia” sambung yang paling kecil sekali.
“adikkkkk”terus si gadis kecil menjerit kuat. Tergapai-gapai mahu menangkap adiknya itu. tetapi dia lebih pantas mengelakkan diri dari di tangkap oleh si kakak. Alan telah ketawa berdekah-dekah melihat gadis kecil itu kelam kabut cuba menangkap adiknya itu. cuba untuk menutup mulut mereka dari membocorkan rahsianya. Pantas sahaja Alan men-snap lagi gambar mereka bertiga yang sedang berkejaran. Manisnya wajah gadis kecil itu yang memarah mungkin kerana malu.


Lama mereka berkejaran sehingga ketiga-tiganya keletihan. Lalu mereka terduduk di atas pasir yang putih itu. kedua-dua budak lelaki itu selamba sahaja berbaring di situ. tetapi kelihatan si gadis kecil itu malu-malu untuk merebahkan dirinya di situ. mungkin kerana kehadiran dirinya.


Alan turut sama duduk di situ. tersenyum dia melihat gelagat mereka.


“betullah kan. Abang yang berlakon iklan tuh. Dan banyak lagi iklan lain kan?”tak habis lagi si bongsu bertanya. Tak puas hati kot dengan jawapan tadi.


“Auww..sakit laa long. Tak pasal-pasal cubit orang” adu si bongsu.


“padan muka, dah mulut tu tak reti nak dok diam. Itulah akibatnya. Dah abang tu kata bukan, bukanlah .dok asyik ulang tanya buat apa” ucap si gadis kecil itu geram. Dijeling adiknya lagi.


“actually, betullah abang kat dalam iklan tu” jawab Alan. Fasih berbahasa melayu. Terangkat wajah gadis kecil itu memandang wajahnya. Sebuah senyuman dia hulurkan. Tetapi terus sahaja gadis kecil tunduk memandang pasir di hujung kakinya. Mukanya merah lagi.


“fuuuyoooo, akhirnya along jumpa boyfriend dia,” jerit angah kuat. Terkejut alan di buatnya. Pantas sahaja tangan si gadis kecil memaut kepala adiknya itu dan terus menutup mulut kecilnya.


“diamlah. Kau ni buat malu along je” bisik gadis kecil itu sambil mencubit mulut angah.


“sakit-sakit long, janji tak cakap apa-apa lagi” janji angah. Terus sahaja gadis kecil itu melepaskan tangannya.


“tulaa long, kau asyik sebut nak jumpa boyfriend kau, sekali Allah makbulkan. Kenapa lak kau malu?” kata angah lagi dan terus berlari meninggalkan mereka di situ. bersungguh-sungguh dia berlari takut dengan penangan gadis kecil itu.


Alan tidak dapat menyembunyikan tawanya lagi. Dia ketawa lepas. kelakar dan terhibur dengan gelagat mereka. Lagilah merah muka gadis kecil itu.


“maaflah mereka tu memang nakal sikit. Jangan percaya sangat apa yang diorang cakapkan. Auta je lebih tu” sangkal gadis kecil itu.


“tapi kalau betul apa salahnya” cepat sahaja Alan membalasnya. Jelas gadis itu terkejut mendengar kata-katanya.


“hmmmm saya balik dulu erk” gadis kecil itu terus bangun dan berlalu dari situ menuju ke arah adiknya berlari tadi. Tanpa sempat ditahan oleh Alan. Dia Cuma mampu memandang dari belakang sahaja.


Seketika senyuman terhias dibibirnya. Kenakalan mereka mencuit hatinya. Di dalam hati dia berharap akan bertemu lagi dengan mereka bertiga. Gadis kecil it telah berjaya menarik perhatiannya. Alahai hati takkanlah kau terjatuh hati dengan gadis kecil itu kot. Budak lagi tu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2011 12:54 PM | Show all posts
Ada cite baru nih...shima cite dah best...tapi tulisan kecik sangat la...boleh tak besarkan tulisan tuh...juling mata akak baca...
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 02:32 PM | Show all posts
Reply 1# shimah81


    salam shimah81, boleh tahu ni cerpen ke novel? dan rate apa? U or sx/pg/pl?
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 02:52 PM | Show all posts
perenggan ya! senang sikit nak baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2011 03:24 PM | Show all posts
ok2... 1st time post kat sini.. x brp pandai lagi... ni cerita pendek je... nnt adjust yee....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2011 03:51 PM | Show all posts
Bab 2.
Aina terus meluku-luku kepala si angah dan adik. Geram hatinya tak terkata. Memalukan betul.

“apa along ni. Sakitlah ngok”

“oooo tahu sakit. Habis tu korang memalukan along. Along tak sakitlah yer” kata Aina geram. Geram dengan kenakalan adiknya itu. memalukan betul. Turun sahamnya.

“nak malukan apa pulak. Abang 1 Malaysia tu nampak ok je. Suka lagi adalah. Along tuh yang perasan malu.” Bidas Angah atau nama penuhnya Aizat Alfi.

“betul cakap angah tu long, adik tengok, abang 1 Malaysia tuh selamba je. Tak de lak dia marah-marah ke” sokong Adik atau nama Aizat Arief.

“memanglah dia selambanya. Tapi dalam hati mesti dok kutuk-kutuk along. Cakap along ni perasan, tak malu dok cakap dia boyfriend along. Macamlah along ni padan dengan dia” kata Aina lagi.

“ehhh….along dengan dia sepadan apa. Along lawa dan cute. Dia pulak hensem dan macho dengan wajah coolnya. Along yang kalut, dia yang cool. Sepadan pe long” puji Angah lagi.

“along tak de duit nak bagi upah kau puji along ni. Nak duit mitak kat mak tok, tak pun tok ayah” usul Aina sambil mencebik bibirnya. Tersengih-sengih angah mendengarnya.

“orang cakap yang betullah. Along marah, orang cakap tak betul pun along marah. Habis tuh apa yang boleh angah cakap kat along?” tanya angah nakal.

“tak yah cakap apa-apa. Malu along ni masih lagi tebal tau. Muka along masih lagi terasa kebas tau. Ntah kat mana along nak letak muka ni kalau terjumpa dengan abang 1 Malaysia tuh lagi” keluh Aina.

“nak letak mana lagi, letak kat mukalah. Dah elok pun letak kat situ. dah cantik dah Allah ciptakan wajah along tuh” balas Angah nakal.

“eh..angah ni betul-betul nak kena dengan along yer. Siap kau” Aina bercekak pinggang. Tak leh buat baik skit. Ada je nak kenakannya.

Angah menjelirkan lidahnya sambil berlari keluar menuju ke arah tok ayah yang baru pulang dari pasar. Baik pula dia menolong tok ayah dengan membawa barang-barang yang dibeli ke dapur. Aina mencebik bibirnya. Aduh mak. Malunya dia. Kalau terjumpa lagi macam mana? Mana nak sorokkan muka ni. Balik rumah papa nanti, aku nak tanggalkan semua poster Alan yeoh tu. Huhuhu memalukan betul. Patutlah mama asyik dok membebel je,suruh dia tanggalkan poster-poster tersebut. Macam budak-budak. Padahal dia telah pun berumur 18 tahun. Tapi perangai macam budak-budak umur 10 tahun. Taksub sangat dengan lelaki itu.

Lalu dengan langkah longlai Aina melangkah ke dapur. Mencari mak toknya. Untuk menolong apa yang patut. Itulah padahnya mengelat dari menyediakan sarapan pagi. Nak ikut sangat angah dan adik melihat matahari naik. Padahnya dia memang dikenakan cukup-cukup oleh angah dan adik. Kalau sahamnya turut naik tak apalah jugak. Tapi ni, menurunkan saham dirinya je. Tapi siapa suruh terlalu minat sangat dengan lelaki itu kan?
Tapi dah memang dia hensem. Pertama kali melihat dia di dalam iklan shampoo dulu. Terus dia jatuh cinta. Teruja dia mencari-cari maklumat tentang lelaki tersebut. Setiap majalah hiburan yang terpampang gambarnya, semuanya dia ada. Fanatic betul dengan lelaki itu. sampai mama membebel – bebel. Tak baik terlalu meminati lelaki itu. bukannya ada apa-apa kebaikan pun. bukannya dapat menyumbangkan apa-apa pun. membuang masa adalah. Asyik dok berangan kat lelaki itu je. Kalau minat macam tu pada tok guru Nik Aziz tak apalah jugak. Tentunya dok asyik mendengar tazkirah dan ceramah agamanya. Dapat juga pahala pada diri sendiri. tapi minat pada lelaki itu membuang masa adalah.

“aisyyyy…..isyyyy..budak ni sempat lagi berangan. Tadi dok bergaduh dengan adik. Masuk dapur berangan pulak” tegur mak tok.

“eh..mana ada along berangan mak tok. Tengok mak tok ralit dok siang ikanlah” cover Aina.

“macam laa mak tok tak nampak kamu tengah berangan” sindir mak tok. Tersengih-sengih Aina. Tertangkap oleh mak tok pulak. Aduh malang dirinya hari ini. semuanya menebalkan kulit mukanya.

“dari kamu tercengat kat situ, amik ikan ni, bubuh garam kunyit. Lepas tu siang sayur kangkung ni. Kemudia kupas bawang merah dan bawang putih. Tumbuk cili kering. Hari ini mak tok nak ajar buat kangkung goreng belacan dan masak lemak cili api.” Suruh mak tok.

“alamak, banyaknya orang kena buat mak tok. Susahlah” adu Aina, meminta simpati.
“banyak apa? Kalau mak tok buat, tak sampai setengah jam semuanya boleh siap.”ujar Mak tok.

“tapi kupas bawang ni nanti mata along menangis lak” adu Aina lagi.

“dah namanya bawangkan. Tu laa..dulu tak mahu masuk dapur. Kalau biasa masuk dapur, kupas bawang dua, tiga biji takkan menangis lah” sindir mak tok lagi.

“tapi mak tok, along tak pandailah” dalih Aina lagi. Cuba meminta simpati. Lecehlah buat kerja memasak ni. Sebab itulah dia tak berapa suka memasak. Makan sukalah.

“sebab itulah kena belajar. Mula-mula susah, lepas tuh senanglah. Mama kamu hantar ke sini sebab nak kamu belajar memasak dengan mak tok. Kalau tak sampai nak kahwin tak pandai memasak. Orang perempuan ni, belajar tinggi mana pun mesti pandai memasak, menjahit dan mengemas rumah. Itu perkara asas yang perlu anak dara macam kamu ni tahu.” Ceramah mak tok.

‘dah mula dah…silap aku gak. Ingatkan boleh tawar menawar dengan mak tok ni. Rupanya mak tok lebih tegas dari mama. Dengan mama bolehlah dia main-main lagi. Tapi dengan mak tok, tengok muka serious tu, kecut perut Aina.

“ok..ok..nanti Along buat”ucapnya perlahan sambil menundukkan kepalanya. Mengalah. Kalah dengan pandangan tajam mak tok.

“haa… lagi satu tukar seluar tu dengan kain batik sarong. Mak tok tak berkenan kamu asyik dok pakai seluar je. Bila masa pakai kain batik sarong. Tak pun pakai baju kurung.” Tegur mak tok lagi.

Aina hanya mampu mengangguk sahaja. Sebenarnya sejak dulu lagi mak tok menegur dia supaya jangan pakai seluar ketika kat kampung. Tapi dia je yang degil. Dulu sesekali balik tak sampai seminggu. Jadi tak kisah sangatlah. Tapi sekarang ni, mama hantar dia ke kampung untuk selama 3 bulan. Sementara menanti keputusan SPM keluar. Angah dan adik minggu depan nak balik dah. sebab sekolah akan dibuka minggu depan. Maka tinggallah dia seorang.

Walau macam mana dia memprotes pun mama dan papa tak peduli. Alasannya kat kampung dia akan dididik oleh mak tok supaya menjadi seorang gadis yang serba tahu dalam hal menguruskan rumah tangga. Berbakul-bakul jugaklah dia protes di dalam hati. Yerlaa dari seorang yang senang lenang tinggal di bandar yang gala macam ada. Dihumbankan ke kampung yang tak ada apa-apa. Tak ada yang menarik melainkan suara ombak yang menghempas pantai. Pemandangan laut yang seakan membuatkan dirinya terpaku dengan keindahan alam semula jadinya.

Namun dia tetap akur. Kata-kata mama sedikit sebanyak meresap di dalam hatinya. Dia cucu perempuan tunggal di dalam keluarga sebelah mamanya. Menurut mama, dah lama mak tok ingin dia tinggal bersama dengan mereka. Mak tok ingin mencurahkan ilmu – ilmu rumah tangga untuk satu-satu cucu perempuannya yang ada. Walaupun tak tahu bila Aina akan berumahtangga, sekurang-kurangnya dia tahu berpuas hati dapat mengajar satu-satunya cucu perempuan ilmu yang dia ada.

Oleh itu Aina akur. Memang dia akui, dia langsung tak pandai memasak, tak pandai menjahit dan memang dia tak minat langsung. Mama pula sibuk dengan kerja. Begitu juga papa. Hanya hujung minggu sahaja mama memasak untuk mereka sekeluarga. Apatah lagi nak mengajar dia. Jadi ada baiknya juga dia tinggal dengan mak tok dan tok ayah untuk sementara menunggu peluang melanjutkan pelajaran nanti. Tak adalah dia terkial-kial hendak memasak bila nak kahwin nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2011 04:38 PM | Show all posts
Best Shimah81, kalau ada masa n3 lagi ya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2011 04:57 PM | Show all posts
nie citer sendiri ke?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2011 08:28 AM | Show all posts
hehehe..sendiri laa... rekaan semata-mata.. tiada kaitan dgn sesiapa ek... hehehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2011 08:32 AM | Show all posts
Bab 3
Menjadi rutinnya sejak tiba di situ. setiap pagi dan petang dia akan berjalan di persisiran pantai laut china selatan itu. petang ini angin agak kuat bertiup. Namun ia tidak mengganggunya yang berjalan menyusuri pantai itu. di kejauhan kelihatan tiga beradik yang ditemui pagi tadi sedang bermain layanng-layang. Kelihatan gadis kecil itu sedang menghayunkan layang-layang sambil di tarik oleh adiknya yang dipanggil angah itu. si gadis kecil itu menjerit menyuruh si angah lari untuk menaikkan layang-layang tersebut. Kemudian dia bertepuk tangan apabila melihat layang-layang itu mula terbang tinggi.
Dalam tak sedar dia telah menghampiri tempat mereka bermain. dan tanpa disedari oleh gadis kecil itu, dia menghampirinya.

“pandai awak main layang-layang” sapanya.

“mak kau” latah gadis kecil itu. terkejut.

Alan ketawa perlahan. Gelihati dengan latah spontan gadis itu. wajah gadis kecil itu mula memerah. Malu mungkin. Lagi lebar senyumannya.

“sorry, tak tahu pula, awak terkejut.”

“mana tak terkejut kalau senyap-senyap datang, pastu tegur orang macam tuh” kata gadis kecil sedikit keras.

“I’m Alan, awak?”ramah dia memperkenalkan diri.

“Aina” jawab Aina ringkas.

“Aina..aina”guman Alan perlahan.

“huruf A jugak pangkal dia yer. More like lovers kan” usik Alan. Merah lagi wajah gadis itu.

“huh..dengarlah sangat cakap budak dua ekor tuh. Bukan boleh pakai pun” beritahu Aina. Cuba menutup malunya.

“laa apa salahnya. I like it. Alan-Aina. Its sound nice kan?” ujar Alan tidak mengendahkan apa yang diucapkan oleh gadis itu.

Aina diam tak terkata apa-apa. Malunya dia. Semuanya gara-gara mulut celapur angah dan adik. Sikit pun tak boleh simpan rahsia. Teruja sangat berjumpa dengan orang popular barangkali.

“abang jom main layang-layang. Tak yah layan along tuh. Tak best main dengan dia” laung Angah. Selamba dia jer.

“siaplah kau nanti ngah. Jaga kau nanti” laung Aina geram.

“boleh gak. Abang pun dah lama tak main layang-layang nie” sambut Alan sambil melangkah menuju kea rah angah yang sedang menarik-narik tali layang-layangnya itu.

Aina memerhati dari tempat dia berdiri. Tak pula dia melangkah untuk menghampiri mereka. Setia dia memerhati dari jauh. Tingkah laku Alan diperhatikan dari jauh. Entah mengapa hatinya berdebar dan darah menyerbu ke wajahnya apabila setiap kali mata mereka beradu dari jauh. Kenapa hatinya terlebih suka apabila dia tidak kekok untuk bermain bersama-sama mereka. Seakan mereka telah lama kenal walhal baru pagi tadi je mereka terserempak dan berkenalan. Itu pun tak rasmi.

Segala-gala tentang lelaki itu Aina tahu. Setiap maklumat yang dibaca di dalam internet diingatinya. Betapa dia memuja lelaki itu dari jauh. Yerlaa gadis mana yang tak memuja lelaki itukan. Bermula dari seorang model dia mula terkenal sebagai supermodel antarabangsa. Banyak iklan dibintanginya. Dan Aina sangat teruja untuk melihat penampilan pertama Alan di dalam filem. Begitu dia mengagumi lelaki itu.
Tetapi kagum dari jauh jelaa. Bukannya harap sangat bersua muka pun. alaa semua remaja sekarang memang tergila-gilakan lelaki ini. bukan dia je. Jadi tak ketara sangatlah kan. Tapi angah tu je, saja buat gempak. Saja buat dia malu. Tambahan pula si pujaan hati di depan mata sekarang ni.

Penampilan dia di dalam iklan dan sekarang ini memang ketara berbeza. Lagi hensem sekarang ini. pulak tu sempoi je dengan seluar pendek separas lutut dan juga baju T. pulak tu tak kisah melayan kenakalan adik-adiknya. Dalam Aina berangan tanpa disedari mereka bertiga menghampirinya. Dengan lagak selamba Alan mengambil tempat di sisi Aina. Angah dan Adik tersenyum-senyum melihat mereka berdua.
Bagaikan baru tersedar, Aina berpaling ke sisi kirinya. Barulah dia perasan Alan duduk agak rapat dengannya. Segera dia menginjak jauh sedikit. Perasan dengan tingkah laku Aina, Alan tersenyum. Teringat dia dengan apa yang diberitahu oleh angah dan adik tentang kakaknya itu. tak sangka pun, dia salah seorang dari ribuan pengikutnya di dalam Facebook yang aktif. Tak pe..balik nanti dia akan buka fanpage facebooknya.

“long..dahaga airlah” adu adik.

“dah tu pergi lah balik amik” suruh Aina.

“alaaa along laa amik, adik letih. Tak larat nak jalan. Lapar lak nih” pinta Adik dengan muka kasihan sambil memeluk lengan Alongnya.

“jauhlaa busuklah adiknya, dengan berpeluh tu. Ada hati nak meleser ngan along lak” ejek Aina sambil cuba meleraikan pelukan di tangannya.

“eleh long…abang Alan dok dekat-dekat tak delaa busuk plak erk. Lagi wangi lah yer. Tahulaa siapa kami ni” usik Angah sambil buat muka kasihan. Alan telah tersengih-sengih. Aina lagilah merah lagi mukanya.

“haalaaa..dia lagi wangi dari korang yang liat nak mandi nih” bidas Aina. Geram. Terkekeh-kekeh angah dengan adik. Alan tersenyum Cuma. Walaupun dalam hati dia ketawa terguling-guling. Angah ni ada je peluang terus diperli si kakak. Tak bagi peluang langsung. Menyakat orang nombor satu.

“alaa long, along marah lagi lawakan bang” usik adik pula.

“tengok abang alan pun suka tengok along kami yang lawa dan cute ni, lagi cute kalau along boleh ambilkan kami air. Kami dahaga ni, please long. Tak pun, kasihan pada  abang 1 Malaysia terchenta tuh” usik angah lagi. Tak habis-habis.

“sudah lah ngah. Tak habis-habis nak kenakan Along. Along nak baliklah. Malas nak layan korang lagi” terus sahaja Aina berdiri dan melangkah pulang ke rumah mak tok. Walaupun angah dan adik memanggil-manggil namanya, dia buat tak peduli. Terus melangkah.

“along buat gempak je tuh. Cayalah lepas ni mesti dia bawa air ke sini” beritahu Angah.
“yer ke ngah. Nampak macam along marah sangat tuh” balas adik gusar. Manalah tahu along marahkan mereka betul-betul. Susah pulak mereka nanti. Nanti malam ni siapa nak temankan dia tidur. Angah tak leh harap. Pentingkan diri sendiri je. Bukan nak temankan dia tidur. Momokkan dia dengan hantu adalah. Along jugak yang baik.

“angah gerenti along bawakkan kita air. Tunggu kejap lagi. Pasti dia datang” cakap Angah dengan confident.

“abang rasa along kamu marahlah ngah. Kau asyik dok usik dia je” ucap Alan setelah lama mendiamkan diri.

“alaa bang, angah tahulaa sikap along macam mana. Marah-marah dia pun tak sampai hati nak biarkan adik-adik kesayangan dia ni kehausan. Plus pujaan hatinya ada kat sini jugak” jawab angah. Masih lagi confident.

“ye ke?”

“yer betul. Kalau betul apa yang angah cakapkan ni, abang nak kasi apa kat angah” tanya angah sambil menaikkan keningnya sebelah.

“angah nak apa? Kalau boleh abang kasi, abang kasi k”

“hmmm..angah nak jadi adik angkat abang boleh?”

“itu jer? Ingatkan nak apa tadi. Jadi abang ipar pun boleh ngah”

Kedua beradik itu terlompat bangun secara tiba-tiba.

“betul ke ni bang? Along kami yang garang tu, abang alan nak ke?” soal angah untuk kepastian.

“garang? Comel je along kamu tu. Cute. Tak banyak cakap pulak tu” puji Alan.

“tak banyak cakap abang cakap. Sekali dia membebel bang, sehari tak berhenti tau. Dah laa cerewet lebih dari mama. Lebih kurang mak tok je perangai along tu bang. Patutlah mak tok lebih sayangkan dia” beritahu Angah dengan di sokong oleh adik.

“lagipun along muda lagi. Baru je lepas SPM. Lagi satu abang bukan islam. Boleh ke nak kawin dengan along. Mesti maktok, tok ayah, mama dan papa tak kasi” beritahu adik pula.
Tersenyum-senyum Alan dibuatnya. Sungguh mereka mengambil serius dengan kata-katanya tadi. Bukan sekaranglaa adik-adik oi. Mungkin tujuh tahun lagi ker. Abang ni dah jatuh cinta pandang pertama dengan along kamu tuh” bisik hati kecil alan.

“bukan sekaranglah…suatu hari nanti kot.” Beritahu Alan.

“kalaulah betul bang, kamilah yang paling bertuah dapat abang ipar yang femes macam ni”

“syyyyy..along dah datang, jangan bagitahu dia apa yang abang alan cakapkan tadi erk”

“doakan suatu hari nanti impian korang menjadi kenyataan yer” bisik Alan kepada mereka berdua sambil mengaitkan jari kelinking tanda janji terpatri.

Sedikit tanda tanya menghuni benak Aina. Apatah lagi kelihatan mereka tersengih-sengih melihatnya datang ke situ sambil menatang sejag air kelapa muda dan juga sepinggan French fries.

“kan angah dah cakap tadi. Gerenti along tak sampai hati membiarkan adik-adiknya kelaparankan?” diangkat keningnya ke arah Alan. Tersenyum alan melihatnya.

“so giliran abang pula kotakan janji abang. Suatu hari nanti kami akan tuntut tau”

“wait and see” ucap Alan sambil mengangkat keningnya juga. Ke dua adik beradik itu tergelak-gelak. Aina melihat mereka. Confused. Conspiracy apa pulak mereka bertiga nih?

Macam misi nak kenakan dia je?

“kenapa korang ni?” soal Aina ingin tahu.

“tak ada apa-apa. Tadi kami bet, angah cakap mesti along tak sampai hati melihat kami kelaparan kan. Pasti lepas ni, along akan bawakkan minuman untuk kami. Tapi abang alan dan adik tak percaya. See kan betul cakap angah” ujar angah sambil tersengih-sengih. Alan terangguk-angguk. Begitu juga dengan adik. Rahsia biar pecah diperut di mulut jangan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 10:03 AM | Show all posts
best arr citer ni..dulu i pun ada tulis cerpen camni tp sekerat jln aje..he..he..
harap shima buat lg best..
cuma i nk tanya alan yeoh ni bapa dia org inggeris kan?
nape dia guna nama keturunan mak dia lak? sorilah kalau i silap.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2011 10:12 AM | Show all posts
hehehehe...shima pun x perasan ..cuma dia nk kekalkan identiti malaysia kot..coz tu laa dia guna nama mak dia..
Reply

Use magic Report

Post time 26-4-2011 02:03 PM | Show all posts
ok gak cite ni..harap dapat disambung lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2011 07:46 AM | Show all posts
Bab 4

Dua minggu terasa begitu cepat berlalu. Tak sia-sia percutiannya kali ini. perkenalan dengan tiga beradik itu benar-benar membuatkan percutiannya menarik. Sikap angah dan adik yang nakal. Yang tak habis-habis mengusik along mereka membuatkan Alan jatuh sayang dengan mereka. Sikap along yang pemalu kadangkala agresif itu lebih menarik perhatiannya. Seringkali dia mencuri pandang. Wah dah pandai pulak si abang satu Malaysia nie yer. Dulu bukan main lagi cakap tentang hati ini belum lagi bersedia. Sangat sibuk dengan tawaran kerja yang tak putus-putus. Tetapi setelah berkenalan secara tak langsung dengan si gadis kecil ini, hatinya bagaikan telah dibawa lari olehnya.

Dengan sokongan padu angah dan adik tentu sahaja peluang terbuka luas. Tambah pula dia tahu, si gadis kecil itu amat memuja dirinya. biarpun bila dekat bagaikan tak ada apa. Tak kesah langsung dengan hero pujaan ini. tapi tak apa, si hero ni tak kisah. Sebab entah bila si gadis kecil ini telah mengambil peranan sebagai heroin di dalam taman hatinya.

Dia berharap, larian masa yang bakal memisahkan mereka esok, Setelah tamatnya percutian dua minggunya di sini, takkan memisahkan hati mereka. Alan pasti dia akan merindui si gadis kecil itu. dan walaupun tak pasti, tetapi bagaikan terasa ada orang kini sedang merinduinya. Demi masa. Demi kehidupan kita di masa hadapan, Abang Alan takkan ganggu Aina buat masa sekarang, biarlah abang menjadi memuja Aina dari jauh.

Moga-moga hati Aina terus setia memuja Abang Satu Malaysia ini. bisik Alan pada malam terakhir di Laman Desa Resort. Esok pagi dia akan pulang ke Kuala Lumpur meneruskan kerjayanya sebagai seorang model. Banyak tawaran sedang menantinya dan kehidupannya akan diteruskan seperti biasa.

Teringat janji dengan angah dan adik. Mereka akan selalu keep in touch. Tak susah untuk terus berhubung dengan kemajuan teknologi sekarang ini. walaupun selepas ini mungkin mereka takkan bertemu lagi. Dengan adanya Facebook, Yahoo Mesengger  dan kemudahan lain tentunya mereka akan sentiasa berhubung. Pertemuan terakhir petang tadi, Alan dan angah juga adik saling bertukar-tukar alamat email. Tentunya sahaja mereka akan sentiasa berhubung tak kira di mana sahaja. Bila-bila masa terluang. Dan tentunya tidak ketinggalan Alan meminta alamat facebook si gadis kecilnya itu.

“janji tau bang, sentiasa kontek kitaorang kat dalam Facebook tuh. Lagi satu jangan lupa janji abang nak jadi abang ipar kami. Lapan tahun lagi kami tuntut tau. Jangan mungkir
janji”Angah mengingatkannya.

“Promise”. Tuturnya sambil menggosok-gosokkan kepala dua beradik itu. tak padan dengan umur 10 tahun, angah nampak lebih matang dari usianya.

“pagi esok kami akan balik. Papa dan mama dah sampai semalam.”beritahu Adik.
“abang balik bila?”

“esok jugak. Cuti abang dah habis. Banyak kerja sedang tunggu ni. Lepas ni tak ada masa lagi nak berehat”

“susah jugak jadi orang femes nie erk, ingatkan senang je” kata angah perlahan. Alan tersenyum mendengarnya.

“tak susah angah kalau kita minat. Macam abang ni, memang dari kecil abang minat dengan modeling ni. Bila ada peluang tentu sekali abang takkan lepaskan. Tetapi bidang ni banyak buruk dari baiknya. Kena pandai jaga diri, sentiasa selalu berpijak di bumi. Sebabnya bukan apa tau, banyak kawan-kawan abang bila dah femes terus lupa diri. Terlibat dalam benda-benda tak elok” beritahu Alan.

“macam mana abang boleh cakap melayu dengan fasih erk. Padahal parents abang bukan orang melalu pun” tembak Adik secara tiba-tiba. Sebenarnya dia kagum dengan abang Alan ni. Muka macam mat saleh tapi cakap melayu. Tak de slang plak tuh.

Alan tersenyum sebelum menjawabnya. “mummy abangkan keturunan babanyonya? Tentunya kat rumah kami cakap melayu. Sejak kecil lagi mummy asuh kami adik beradik supaya cakap melayu kat rumah. Daddy abang pun pandai cakap melayu tau. Lagi satu sebab daddy jatuh hati dengan mummy kerana tertarik dengan bahasa Melayu yang mummy gunakan. Abangkan orang Malaysia. Mesti kena pandai cakap bahasa kebangsaankan?”

“betul-betul. Tetapi ada gak artis Melayu tak sedar diri. Asyik speaking jer. Kononnya bahasa Melayu tak de kelas.”komen angah sambil mencebik. Menyampah gak dengan perangai perasan bagus sesetengah artis nih.

“along mana?”soal Alan tiba-tiba. Hari ini tak nampak langsung kalibat gadis itu. Cuma angah dengan adik saja yang datang ke chaletnya.

“kat rumah. Mana lagi. Kan mama baru sampai, dok meleser dengan mama laa..lepas ni tiga bulan baru dia akan jumpa mama lagi” beritahu adik.

“manja kan along tuh. Tak padan dengan tua. Kalah adik tau” sambungnya lagi.

“kenapa pulak lagi 3 bulan baru along jumpa mama?”soal Alan ingin tahu.

“sebab along akan tinggal kat sini dengan mak tok dan tok ayah. Kami je yang ikut mama dan papa balik ke KL” beritahu angah.

“ooooo….along kena temankan mak tok dengan tok ayah kat sinilah yer?”soal Alan lagi inginkan kepastian.

“yer..dan kena belajar macam mana jadi seorang anak dara yang serba boleh dalam menguruskan rumah tangga nanti”

“maksud angah?”

“maknanya kat sini nanti, mak tok akan ajar along memasak, menjahit, mengemas rumah” jawab Adik.

“kenapa? Selama ini along tak pandai masak ke?” soal Alan senyum-senyum.

“pandai makan je bang. Mana along pernah masuk dapur tolong mama masak? Selama ni bibik yang masak. Kemas katil pun bibik. Along Cuma tahu tidur dan makan jer”

“sebab itulah mama hantar along ke sini. Biar mak tok ajar along semua tuh. Kalau kat rumah sana, tentu along tak de kerja lain selain keluar melepak dengan member-member dia. Mama takut along buang masa tak tentu arah. Cepat-cepat je mama hantar ke sini dengan kami.” Sengih angah.

“ooooo macam tu yer. Along suka melepak kat mana biasanya?”soal Alan lagi. Interesting. Banyak benda yang ingin dia tahu mengenai gadis itu. tapi malangnya masa amat terhad.

Esok mereka akan terpisah.

“biasanya kat the curve  tu. Tapi tak adalah selalu. Bila member-member dia ajak je. Itu pun weekend jer”

“I see…habis tu along nak ke duduk kat sini sorang-sorang?”

“nak tak hendak kenalah jugak. Arahan mandatory dari mak tok. Lagipun along kan cucu perempuan tunggal mak tok. Tentunya banyak ilmu yang mak tok nak curahkan along tuh. Rela dalam terpaksalaa bang. Nak buat macam mana. Tue lah sejak mama datang ni along terlebih manja. Hahahhaaha” gelak angah.

Sejam selepas itu angah dan adik meminta diri untuk pulang. Itulah kali terakhir mereka berjumpa. Alan tersedar dari lamunan setelah deringan lagu menerusi telefon bimbitnya berlagu.

“hello…yes”

“flight at 10.30 am. See u tomorrow.”

“Ok”
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 11:01 AM | Show all posts
nak lagi..tak cukup tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 11:56 AM | Show all posts
nak lagi jugak....
best + lawak
shimah dah biasa menulis ke?? teruskan ye...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2011 03:27 PM | Show all posts
rasanya penah bace cite ni sampai tamat kat enovel...somewhere la...mmg menarik...
cuma nak tanya..ni kah penulis asalnya..?...
terimakasih kongsi cite ni disini ya...pasti ramai tertunggu tunggu sambungannya
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 05:46 PM | Show all posts
Reply 17# kaypo


    citer ni dah habis kat blog kak shimah (fantasi ceritaku). suka sangat citer nie. sweet jerr.

hana skrg tngah semangat ikut citer berikan aku peluang mencintaimu... best sangat
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 05:54 PM | Show all posts
Reply  kaypo


    citer ni dah habis kat blog kak shimah (fantasi ceritaku). suka sangat citer  ...
shana85 Post at 28-4-2011 17:46


so tuan rumah ni mmg shimah (fantasi ceritaku ) ya...selamat datang shimah...ai pun follow mencintai mu tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2011 06:05 PM | Show all posts
ai pun follow gak berikan aku peluang mencintai mu iteww...bestttt sangattt2 itu cerita...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.074653 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list