CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7510|Reply: 0

[Sabah] KUSKOP salur pembiayaan RM1.084 bilion kepada PMKS, koperasi di Sarawak sepanjang 2024

[Copy link]
Post time 29-1-2025 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 29-1-2025 03:15 AM



LUNCUR: Ewon semasa majlis peluncuran Program Digital Desa Bank Rakyat 2025 di Gedong, Sarawak yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari.
GEDONG, SIMUNJAN: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyalurkan pembiayaan sejumlah RM1.084 bilion kepada perusahaan, mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dan Koperasi sepanjang tahun 2024.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata, pembiayaan itu memberikan manfaat kepada seramai 42,689 usahawan PMKS dan Koperasi di Sarawak.

“Manakala pada tahun 2023, KUSKOP telah menyalurkan pembiayaan sebanyak RM731.205 juta kepada 42,006 usahawan di sini.

“Ia disalurkan melalui tujuh agensi di bawah  KUSKOP iaitu Bank Rakyat, SME Bank, Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Pernas, SME Corp dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis peluncuran Program Digital Desa Bank Rakyat 2025 di Gedong, Sarawak yang disempurnakan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Haji Abdul Rahman Zohari.

Ewon yakin, susulan kerancakan pembangunan ekonomi di Sarawak, jumlah pembiayaan itu akan meningkat, tahun ini.

“Saya amat yakin kita boleh menambah lagi pembiayaan yang diperlukan oleh usahawan-usahawan PMKS dan koperasi di Sarawak di bawah inisiatif Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara kita.

“Dasar ini membolehkan kementerian kita memberi fokus tambahan kepada pembangunan usahawan dan koperasi di Sarawak dan Sabah,” katanya.

Beliau berkata, antara geran pembiayaan yang disediakan untuk usahawan PMKS ialah geran khas usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak, premis Tamu Desa dan Program Digital Desa Bank Rakyat.

Terdahulu ketika berucap Ewon berkata, Program Digital Desa Bank Rakyat merupakan inisiatif Bank Rakyat membawa perkhidmatan perbankan digital dan perkhidmatan digital lain kepada rakyat di luar bandar.

“Sejak kunjungan hormat pertama saya kepada Premier Sarawak pada awal 2023 sebaik diberi amanah di kementerian ini, saya telah menyatakan tanpa mengurangkan fokus sedia ada di kementerian seluruh negara, saya mahu memberi fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak.

“Dengan kerjasama penuh kerajaan Sarawak, banyak inisiatif kita laksanakan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata melalui Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara, kementerian memberi  fokus tambahan di wilayah Borneo, antaranya melantik  Ahli Lembaga Pengarah dari negeri ini untuk menganggotai lima agensi di bawah KUSKOP bagi memastikan perkhidmatan kementerian dan agensi-agensi itu dapat mencakupi keperluan di Sarawak.
Selain itu katanya, KUSKOP buat pertama kali pada tahun lepas, melaksanakan projek premis Tamu Desa khusus untuk Sabah dan Sarawak.

“Setakat ini sebanyak 39 tapak melibatkan peruntukan RM7.6 juta telah dibina dan dinaiktaraf di Sarawak.

“Manakala di bawah geran khas usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak yang juga diperkenalkan buat pertama kali oleh KUSKOP, sebanyak 50 usahawan Sarawak menerima geran melibatkan peruntukan sebanyak RM4.91 juta.
“Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) juga telah membuka pejabat perkhidmatannya di Sarawak pada tahun 2023,” katanya.

Ewon mengulangi komitmennya untuk mengukuhkan kerjasama antara KUSKOP bekerjasama erat dengan Kerajaan Sarawak bagi membangunkan gerakan keusahawanan dan koperasi di negeri ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 02:01 PM GMT+8 , Processed in 0.044230 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list