View: 43605|Reply: 9
|
Atikah Suhaime sakit hati, kawan cakap dirinya buruk masa hamil
[Copy link]
|
|
Cakap tidak berlapik, pelakon Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa kecewa apabila sering menjadi mangsa ‘face shaming’ orang terdekat yang mempersoalkan penampilannya semasa hamil.
Atikah atau nama penuhnya Nur Atikah Mohd Suhaime, 33, berkata, insiden itu berlaku apabila rakannya datang melawat dan terkejut melihat perubahan fizikalnya yang lebih berisi disebabkan sarat mengandung.
“Baru-baru ini, ada kawan rapat datang rumah selepas lama tak jumpa. Dia tengok saya dan terus cakap, ‘Wow, tak lama nak bersalin ke ini?’
“Saya jawab, Insya-Allah Mac nanti saya bersalin. Tapi, dia tambah pula, ‘Saya ada kawan, walaupun dia mengandung, nampak cantik sangat, glowing. Biasalah sebab awak anak perempuan, akan tarik seri mak dia.’
“Saya tak pasti kenapa dia cakap begitu, tetapi rasa macam dia sengaja nak beritahu saya nampak buruk sangat waktu mengandung,” katanya dalam TikTok.
Kata pelakon filem Tantiana itu lagi, kejadian tersebut membuatkan dia lebih selesa menghabiskan masa bersama keluarga berbanding dengan sahabat kerana bimbang berdepan situasi sama.
“Sebab itu saya jarang lepak dengan kawan-kawan. Saya lebih suka habiskan masa dengan Amir, adik ipar atau ibu mertua.
“Setiap kali keluar dengan kawan, mesti ada sahaja yang buat saya terasa hati. Saya jadi kagum bagaimana orang lain boleh simpan kawan ramai-ramai.
“Tapi saya, kalau lepak dengan kawan, selalu rasa sakit hati sahaja,” ujarnya.
Atikah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh pada Januari tahun lalu.
Pada September 2024, Atikah berkongsi khabar gembira dirinya hamil empat bulan selepas video mukbang memaparkan dirinya kelihatan berisi mendapat perhatian ramai.
Sumber: Kosmo
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Humble brag ke caner...muka dia lawa je |
|
|
|
|
|
|
|
Dah masuk bulan 2 ni mcm lama sangat nih bunting
Selagi tak beranak selagi tu thread wanita mengandung ni akan ada eberidei
|
|
|
|
|
|
|
|
Ye le sakit ati bila lepak dgn kawan2 sbb awak rasa awak paling terpaling kan so org lain tak leh lebih. Mungkin juga just hormonal tu sbb kuat sensitip. |
|
|
|
|
|
|
|
Bodoh apa nak dapat validation dari kawan kawan. Kalau kawan aku ckp aku buruk depan muka dia aku cakap muka engko pun sama. Apa benda laa marah ke kawan luah kat socmed. Itulah punca sakit mental. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku la kan...dulik apa aku org nak kata buruk, janji laki kaya haha |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa mcm over plk sikit2 nk sentap. Bosan klu ada kawan gini. Kita mksdkn lain dia phm ke lain. Overthinking..
Iols perasan retis bila kawen dgn orka atau omputeh suara dia terus didengari ya. Cth datin senduk, acik pamela anderson. Walhal dulu2 thp rempit je. |
|
|
|
|
|
|
|
cuba chill2 je kaka
kesah pulak dgn org nak kata apa psl hang
janji rambut hang kepuk2 depa ada tak |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi memang muka dia kusam je sepanjang preggy ni. Idung pun kembang setaman. Maybe gegirl kot dlm perut tu. Seri mak kena tarik dek anak dlm perut. |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaamak org baru kata lebih classy & relax banding dgn tintan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|