CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5967|Reply: 0

[Johor] LKIM jamin ikan cukup pada Ramadan, Aidilfitri

[Copy link]
Post time 2-2-2025 05:49 PM | Show all posts |Read mode


Muhammad Faiz menyampaikan bantuan pada Program MADANI Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah di Batu Pahat, hari ini. - Foto NSTP/Alias Abd Rani

BATU PAHAT: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan dan hasil laut mencukupi sepanjang Ramadan dan Aidilfitri tahun ini.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil, berkata ini kerana LKIM menjalankan kerjasama dengan pelbagai pihak untuk memastikan bekalan ikan mencukupi ketika waktu kritikal.

Beliau berkata, ini termasuk LKIM mengadakan kerjasama dengan syarikat swasta untuk menyediakan bekalan agar simpanan dan juga pengeluaran ikan sentiasa ada terutama ketika musim perayaan dan monsun.

"Ini menunjukkan bekalan kita mencukupi dan harga berjaya diatasi. Insya-Allah, saya yakin ada bekalan mencukupi terutama menjelang Ramadan dan perayaan nanti," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan Program MADANI Anak Nelayan Kembali Ke Sekolah di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah LKIM Johor, Intan Suhaila Othman.

Program kembali ke sekolah itu dilakukan dengan kerjasama Petronas yang mana ia menyumbang sebanyak RM50,000 bagi bantu anak-anak nelayan.

Batu Pahat adalah lokasi ketiga selepas Krian, Perak dan Kuala Nerus, Terengganu dengan lokasi seterusnya selepas ini adalah Sarawak dan Sabah.

Menerusi program ini, Muhammad Faiz berkata, mereka yang menerima bantuan terdiri 100 pelajar daripada keluarga nelayan yang dikategorikan B40.

Katanya, sumbangan itu bukan sahaja membantu meringankan beban sebaliknya memberikan motivasi kepada mereka, menyuntik semangat untuk berjaya dalam pelajaran serta mengubah kehidupan keluarga.

"Rekod yang kita perolehi mendapati, hampir 10 peratus anak-anak nelayan tercicir dalam pendidikan teras. Mereka disediakan kelengkapan sekolah daripada Petronas dan baucer RM50 untuk belikan pakaian sekolah," katanya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:11 PM GMT+8 , Processed in 0.096185 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list