View: 12606|Reply: 25
|
Sekadar jadi duta, Jalaluddin Hassan belum terima panggilan SPRM bantu siasatan
[Copy link]
|
|
Ketika isu sebuah syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky hangat diperkatakan, nama pelakon Datuk Jalaluddin Hassan didakwa antara selebriti bakal dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kerana peranannya sebagai bertindak duta syarikat itu.
Jalaluddin, 71, bagaimanapun memaklumkan, setakat ini dia tidak menerima sebarang panggilan daripada pihak berkuasa berkaitan kes tersebut.
"Tiada apa-apa panggilan daripada pihak SPRM, saya tidak mahu komen apa-apa,” katanya ringkas ketika dihubungi mStar pada Ahad.
Dalam pada itu, Jalaluddin menjelaskan dia hanya menjalankan tugas membuat promosi syarikat perunding kewangan berkenaan dan tidak terbabit dengan perkara lain.
Malah kata Jalaluddin, tiada apa-apa masalah berlaku sepanjang dia menjadi duta syarikat berkenaan.
"Saya cuma duta yang hanya lakukan promosi, selebihnya tiada apa nak dijelaskan," katanya
Pada Ahad, media melaporkan pihak SPRM akan memanggil beberapa selebriti yang didakwa mempunyai kaitan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Ops Sky.
Difahamkan selebriti yang menjadi duta dilaporkan menerima bayaran sekitar RM150,000 hingga RM400,000 daripada syarikat terbabit.
Siasatan terhadap selebriti berkenaan dilakukan susulan penahanan sekurang-kurangnya 27 individu termasuk lapan pengarah syarikat dan 18 pegawai bank oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) dalam Ops Sky hasil kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM).
Lebih mengejutkan apabila hasil siasatan SPRM turut mendapati sindiket itu turut melabur sejumlah wang yang besar bagi penciptaan lagu membabitkan penyanyi tersohor negara.
Pihak SPRM juga mendedahkan sejumlah wang sebanyak RM700 juta pinjaman bank diluluskan kepada peminjam yang kemudian terjerat dengan sindiket kononnya menawarkan bantuan kewangan, tetapi mengaut sekurang-kurangnya 35 peratus daripada jumlah pinjaman diluluskan bank-bank pada satu masa.
Sejak tiga minggu lalu, SPRM berjaya menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan bersama pegawai bank di beberapa institusi kewangan.
Dalam operasi berkenaan, sebanyak 98 akaun syarikat dan individu bernilai lebih RM22 juta dibekukan SPRM berhubung sindiket pengubahan wang haram yang dipercayai didalangi syarikat perunding kewangan.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
F685 replied at 2-2-2025 10:05 PM
DJH
DSMS
ZZ
DJH dan ZZ tu aku kenal la tp DSMS sape plak |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 2-2-2025 10:08 PM
DJH dan ZZ tu aku kenal la tp DSMS sape plak
Angkasawan |
|
|
|
|
|
|
|
Adik heols ex igp takde nasihat apa2 ke kat abangnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
F685 replied at 2-2-2025 10:10 PM
Angkasawan
Downgrade betullah heols ni. Terdesak sangat nak duit ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya Tuhan ZZ pun sama ke tersangkut? Patutlah ada hint dr KP SPRM tadi penyanyi popular pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
F685 replied at 2-2-2025 10:10 PM
Angkasawan
Red flag betul la diorang satu family ni. Dengan adik ipar nya ada kes pedo, si kakak2 jd enabler pd si adik pedo. Ni laki pulak tersangkut kes scammer. |
|
|
|
|
|
|
|
kakasotong2 replied at 2-2-2025 10:15 PM
Ya Tuhan ZZ pun sama ke tersangkut? Patutlah ada hint dr KP SPRM tadi penyanyi popular pun ada :funk ...
Zz ni belum sempat diannounce jadi duta. Cuma company ni akan sponsor konsert zz bulan may nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Lebih mengejutkan apabila hasil siasatan SPRM turut mendapati sindiket itu turut melabur sejumlah wang yang besar bagi penciptaan lagu membabitkan penyanyi tersohor negara.
=====
Siapakah beliau ? |
|
|
|
|
|
|
|
Busy SPRM dgn kes selebriti
Kes Tok AS dgn DBKL pun bakal ke SPRM jgk
|
|
|
|
|
|
|
|
F685 replied at 2-2-2025 10:32 PM
Lebih mengejutkan apabila hasil siasatan SPRM turut mendapati sindiket itu turut melabur sejumlah wa ...
Kat page PW yg baru ada tunjuk sapa retis tu
Sib baik page tu dah kembali lama giler kena ban
Tak larat aku tgk scammer berleluasa |
|
|
|
|
|
|
|
Dibayar jadi duta x Salah
Dibayar tajaan konsert x Salah
Melabur bayar buat lagu x Salah
Yg Salah ialah seleb2 ini menerima bayaran ( wang gubahan Haram) , kmdn wang tersebut di serahbalik (mengikut % perjanjian) kpd sendikit tsb. ?? Cuci laundry ??
|
|
|
|
|
|
|
|
F685 replied at 2-2-2025 10:32 PM
Lebih mengejutkan apabila hasil siasatan SPRM turut mendapati sindiket itu turut melabur sejumlah wa ...
Dulu kan ada dato solat tu faradino ke apa nama dia yg melabur utk buat filem.
|
|
|
|
|
|
|
|
suami sy selalu kena aniaya skim mcm ni
tp tu lah dia pun cepat sgt percaya org |
|
|
|
|
|
|
|
F685 replied at 2-2-2025 10:32 PM
Lebih mengejutkan apabila hasil siasatan SPRM turut mendapati sindiket itu turut melabur sejumlah wa ...
ZZ kot...
Mcm2 kan skrg..mohon kita dijauhkan dr kes2 camni |
|
|
|
|
|
|
|
Anak tiri JH ni CFO kat satu company investment yg sangat2 genuine. Dia x nasihat pak tirinyeee ke cara checking company scammer? Ke dia cuma bg didikan kat apak tirinyee cara terlepas & x terpalit jika terkantoi related ngan company scam? Heheeheh |
|
|
|
|
|
|
|
amyfaha replied at 2-2-2025 11:02 PM
Anak tiri JH ni CFO kat satu company investment yg sangat2 genuine. Dia x nasihat pak tirinyeee ke c ...
Pm tepi company investment mana yg genuine |
|
|
|
|
|
|
|
kakasotong2 replied at 2-2-2025 10:15 PM
Ya Tuhan ZZ pun sama ke tersangkut? Patutlah ada hint dr KP SPRM tadi penyanyi popular pun ada :funk ...
Kan mereka penaja konsert ZZ.. |
|
|
|
|
|
|
|
sharlenetexas replied at 2-2-2025 10:15 PM
Downgrade betullah heols ni. Terdesak sangat nak duit ke?
Dh 1 ank sampai 10 class mSuk mana tak terdesak |
|
|
|
|
|
|
| |
|