View: 4381|Reply: 1
|
Spotcheck telefon maid, Bibik lebih banyak momen dengan anak
[Copy link]
|
|
Sebagai seorang ibu yang bekerja, salah satu cabaran terbesar adalah mencari keseimbangan antara kerjaya dan tanggungjawab terhadap keluarga, terutamanya jika melibatkan anak kecil.
Bagi kebanyakan ibu, keluar bekerja adalah suatu keperluan lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi yang serba mencabar ketika ini.
Justeru mereka tiada pilihan dan terpaksa meninggalkan anak-anak dengan pembantu rumah atau pengasuh.
Situasi ini sememangnya berat kerana mereka akan 'terlepas' momen-momen berharga bersama anak sebagaimana perkongsian seorang wanita di laman sosial.
Menurut wanita tersebut, dia pada mulanya hanya mahu memeriksa telefon bimbit kepunyaan pembantu rumah namun tidak menyangka terlihat sesuatu yang amat memberi tamparan hebat buat dirinya.
"Tersentak hati aku sebagai seorang ibu bila aku tiba-tiba ambil handphone bibik aku kononnya nak buat spotcheck.
"Bila buka photo gallery penuh pic dia dengan anak-anak aku. Dari kecil sampai besar. Dalam hati aku, pic aku dengan mereka boleh kira dengan jari saja.
"Sedar-sedar mereka dah besar. Rasa nak lari peluk depa (anak-anak). Banyak masa habis kerja cari duit sampai aku lupa nak simpan kenangan kami sama-sama," tulisnya dalam hantaran berkenaan.
Menurut wanita tersebut, sama seperti kebanyakan ibu berkerjaya lain, dia juga tidak banyak masa melihat anak-anak membesar depan mata.
Namun ujarnya, dia sedaya upaya cuba menguruskan anak-anak dengan tangan sendiri khususnya selepas bekerja kerana tidak mahu melepaskan tugas menjaga mereka 100 peratus kepada pembantu rumah.
"Orang boleh suruh resign la, jaga anaklah. Lain orang lain situasi. Ada sebab kenapa saya pilih untuk menjadi ibu bekerjaya.
"Sebab ada komitmen yang tak boleh harapkan 100 peratus daripada husband. Dilema tinggal anak dengan orang lain sambil kerja," kongsinya lagi.
Perkongsian wanita berkenaan mengundang reaksi pelbagai daripada warga maya.
Namun ramai yang tampil dengan kata-kata semangat selain berkongsi kisah masing-masing yang juga bergelar ibu bekerjaya.
"Kita selalu spend time dengan diaorang selepas kerja cuma phone tak selalu dekat tangan, tak sempat nak capture.
"Inilah pengorbanan puan. Hanya Allah yang tahu. Tersentak tu mungkin Allah hadirkan kerana bibik puan seorang yang baik. Tak semua mampu berkasih dengan bibik.
"Tumpang simpati dengan awak. Somehow aku ni pula diuji dengan dihimpit kemiskinan dan kata-kata tak manis orang sebab tekad nak jugak jadi suri rumah sepenuh masa," demikian antara komen netizen.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
true.. masa tak boleh dibeli.. nowdays iolss mmg suka capture moment dengan mak. sebab waktu arwah ayah dulu ada tak sempat nak ambil banyak banyak gambar dan video buat kenangan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|