CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11139|Reply: 0

[Sarawak] Warga emas maut dilanggar setelah kemalangan motosikal

[Copy link]
Post time 5-2-2025 10:51 AM | Show all posts |Read mode




Mangsa dipercayai mengalami kemalangan kendiri sebelum dilanggar oleh sebuah kenderaan lain di KM96, Jalan Sibu-Bintulu, awal pagi semalam.

SELANGAU: Seorang lelaki warga emas maut dalam kemalangan langgar lari di Kilometer (KM) 96, Jalan Sibu-Bintulu, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata, kejadian berlaku sekitar jam 6.20 pagi melibatkan seorang penunggang motosikal yang dikenali sebagai Mujah Jinggan, 70 tahun.

“Mangsa dipercayai terlibat dalam kemalangan kendiri sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain yang masih belum dikenal pasti.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pihak polis sedang giat mengesan kenderaan yang melanggar mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, saksi kejadian diminta tampil untuk membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Inspektor Mohd Rahmat Jalimin di talian 011-31627137 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.133217 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list