CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11530|Reply: 0

[Sarawak] Nelayan mengeluh Sungai Krangan sesak dengan serpihan balak

[Copy link]
Post time 5-2-2025 11:06 AM | Show all posts |Read mode


Gambar yang dikongsikan oleh Snowdan menunjukkan serpihan balak di Sungai Krangan, Balai Ringin.

KUCHING: Penduduk Kampung Melayu Balai Ringin khususnya nelayan mengeluh tentang kesesakan yang disebabkan serpihan balak di Sungai Krangan.

Serpihan itu menyebabkan pukat mereka tersangkut di sungai, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin Datuk Snowdan Lawan.

Menurutnya, ini adalah kali keempat kejadian seumpama itu berlaku dan beliau menyatakan bahawa sebuah syarikat perladangan di situ yang telah menjadi punca kepada permasalahan berkenaan.

“Syarikat itu telah dihukum oleh pihak berkuasa pada tahun lalu kerana menyebabkan masalah yang sama. Kini ia berlaku sekali lagi untuk kali keempat, justeru tindakan tegas perlu diambil segera.

"Syarikat perladangan yang menyebabkan kesesakan balak di Sungai Krangan nampaknya tidak mengambil iktibar daripada apa yang pernah berlaku sebelum ini," katanya semalam menjawab aduan penduduk, khususnya 47 nelayan.

Tambahnya, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan itu juga mendakwa semua serpihan yang mengalir ke dalam sungai itu berasal daripada penebangan hutan di hulu sungai.

“Tindakan tegas dan drastik perlu diambil oleh pihak berkuasa bagi memastikan kejadian yang menyusahkan nelayan tempatan ini tidak berulang lagi.

“Sekarang 23 jaring ikan terendam dalam sungai berpunca daripada kesesakan balak. Penduduk tempatan mahu saya campur tangan segera,” katanya.

Snowdan berkata setiap kali hujan lebat atau banjir, seperti yang melanda baru-baru ini, kayu mati dari ladang berhampiran akan hanyut di sepanjang Sungai Krangan dan menyekat aliran, mengakibatkan bukan sahaja kesesakan tetapi juga menjejas loji rawatan air di situ.

“Ini boleh memudaratkan kerana sungai merupakan sumber utama pengambilan air di Balai Ringin.

“Saya harap NREB (Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar) dan agensi lain seperti pejabat daerah, pejabat daerah kecil dan JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) bertindak tegas dalam membendung masalah ini,” katanya.

Snowdan berkata penalti nampaknya tidak menghalang syarikat perladangan itu daripada menjalankan aktiviti penebangan hutan sesuka hati.

Beliau seterusnya mendakwa bahawa syarikat itu mengetepikan kesusahan penduduk kampung.

“Menurut penduduk kampung, ini (kesesakan balak) adalah yang paling teruk. Sudah tiba masanya untuk tindakan pencegahan yang lebih ketat diambil oleh pihak penguat kuasa.

“Sementara itu, saya mahu mendapat maklum balas segera daripada NREB, syarikat perladangan dan pihak berkuasa berkaitan perkara ini,” tegasnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:56 AM GMT+8 , Processed in 0.046864 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list