CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6762|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Mekanik maut terlanggar tayar ganti pikap trak tercampak

[Copy link]
Post time 5-2-2025 02:31 PM | Show all posts |Read mode


Rembau: Penunggang motosikal maut selepas dikatakan terlanggar tayar ganti sebuah pikap trak yang tercampak di Kilometer 232.1, Lebuhraya Utara- Selatan (Plus), dekat sini, tengah malam tadi.

Terdahulu, dalam kejadian kira-kira 12.20 tengah malam itu, pikap trak berkenaan dipercayai terbabit kemalangan dengan tiga kenderaan lain di laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Rembau Superintendan Shaik Abd Kadir Shaik Mohamed berkata, kemalangan itu menyebabkan seorang maut, seorang parah dan lima cedera ringan.

Katanya, siasatan mendapati kemalangan berlaku ketika bas Scania dipandu seorang lelaki berusia 36 tahun dalam perjalanan dari Singapura menghala ke ibu negara melanggar bahagian belakang lori di lorong kiri.

"Rempuhan menyebabkan bas dan lori Hino dipandu seorang lelaki berusia 55 tahun hilang kawalan lalu terbabas ke lorong kanan sebelum sebuah Toyota Hilux dan sebuah kereta BMW di belakang laluan sama (lorong kanan) tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang bas.

"Akibatnya tayar ganti pikap trak yang dipandu lelaki berusia 27 tahun tercampak ke laluan bertentangan dan dilanggar motosikal yang bergerak di lorong kecemasan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal Honda CBR 1000RR, Muhammad Taqiyyuddin Zulkifli, 35, disahkan maut di lokasi kejadian.

"Pemandu bas patah tulang pinggul, penumpang bas seorang wanita berusia 27 tahun cedera di bahu kiri, dua penumpang masing-masing Toyota Hilux dan BMW cedera ringan.

"Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Rembau dan pemandu bas dihantar ke Hospital Alor Gajah, Melaka untuk rawatan lanjut.Mayat penunggang motosikal dihantar ke Unit Forensik Hospital Rembau," katanya.


Disiarkan pada: Februari 5, 2025




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 07:26 PM GMT+8 , Processed in 0.124838 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list