CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16680|Reply: 0

[Sabah] Sabah Tidak Alami Kerugian Susulan Keputusan PETRONAS Nyahaktif Saluran Paip Gas Sabah – Sarawak: Masidi

[Copy link]
Post time 5-2-2025 06:55 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 5-2-2025 10:56 AM



Masidi ketika ditemui media selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina peringkat negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

KOTA KINABALU: Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun memaklumkan bahawa Sabah tidak akan mengalami kerugian susulan keputusan syarikat Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) yang mahu menyahaktifkan saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP).


Justeru jelas Masidi, pendekatan yang diambil oleh PETRONAS itu adalah berdasarkan pertimbangan kewangan serta keperluan operasi bagi mengoptimumkan sumber tenaga negara.


Katanya, kesukaran yang dihadapi untuk menghantar gas antara Sipitang dan Bintulu telah menyebabkan peningkatan kos pembaikan dan penyelenggaraan yang tinggi.


Selain itu katanya, pembangunan projek ZLNG oleh PETRONAS turut menjadi faktor syarikat dalam membuat keputusan tersebut.


“Pemahaman saya ada dua perkara. Pertama, sejak awal lagi, terdapat kebocoran yang mengakibatkan kos pembaikan yang sangat mahal.


“Bagaimanapun, ia masuk akal dari sudut kewangan kerana kos pembaikan pada kerosakan paip gas yang sangat panjang itu sangat mahal dan tidak masuk akal dari sudut kewangan untuk mereka menghabiskan ratusan juta untuk membuat persiapan setiap kali berlaku masalah pada paip tersebut.


“Kedua, Petronas akan membina kemudahan gas asli cecair (LNG) terbesar di pantai Sabah di Sipitang Oil and Gas,” katanya kepada media selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, hari ini.


Masidi, yang juga pengerusi SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) berkata, Sabah juga boleh mendapat manfaat daripada gas yang dihasilkan di negeri ini tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada penghantaran ke Bintulu.


Katanya, Bintulu merupakan pusat penghantaran LNG terbesar dan sejak awal lagi semua gas dihantar ke Bintulu kerana di sana merupakan pusat pemprosesan utama.


“Namun, memandangkan beratus-ratus juta telah dibelanjakan untuk kos pembaikan setiap kali terdapat masalah pada saluran paip, mereka akihrnya memikirkan keperluan mencari alternatif lain.


Semalam, PETRONAS dilaporkan akan menyahaktifkan saluran paip gas Sabah-Sarawak.


Saluran paip gas asli sepanjang 500 kilometer yang menghubungkan Kimanis di Sabah ke Bintulu di Sarawak itu telah beroperasi sejak awal 2014.


Untuk tiga tahun akan datang, rancangan penyahaktifan PETRONAS termasuk memasang dan meninggalkan kira-kira 153 telaga, selain meninggalkan kira-kira 37 kemudahan luar pesisir, menurut laporan itu.


Pada November tahun lalu, syarikat itu menarik balik ‘force majeure’ pada bekalan gas ke terminal LNG Dua Malaysia selepas ia ditutup pada 2022 berikutan kebocoran dalam saluran paip Sabah-Sarawak.



https://sabahnews.com.my/sabah-tidak-alami-kerugian-susulan-keputusan-petronas-nyahaktif-saluran-paip-gas-sabah-sarawak-masidi/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:04 AM GMT+8 , Processed in 0.032204 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list