CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 36235|Reply: 4

[Tempatan] Kadar pengangguran Malaysia terendah dalam tempoh hampir 10 tahun

[Copy link]
Post time 10-2-2025 03:32 PM | Show all posts |Read mode



KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran Malaysia pada Disember 2024 mencecah paras terendah sejak 116 bulan iaitu 3.1 peratus, dengan 544,000 penganggur, demikian menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Mengulas prestasi itu, Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata ekonomi Malaysia menunjukkan daya tahan dan pertumbuhan yang kukuh menjelang penghujung 2024.

"Oleh itu, pasaran buruh juga menunjukkan prestasi yang baik, dengan kadar pengangguran terus menurun pada bulan Disember 2024.

"Guna tenaga mencatatkan perkembangan yang stabil, dan bilangan penganggur terus berkurang. Oleh itu, bilangan tenaga buruh pada bulan Disember 2024 kekal berada pada trend menaik dengan peningkatan sebanyak 0.1 peratus kepada 17.32 juta orang, merekodkan kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) yang lebih tinggi iaitu 70.6 peratus berbanding 70.5 peratus pada bulan yang lalu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau turut menyatakan bahawa bilangan penduduk bekerja pada bulan Disember 2024 terus menunjukkan trend positif, mencecah seramai 16.78 juta orang, dengan peningkatan sebanyak 0.2 peratus.

Sementara itu, katanya bilangan penganggur pada bulan berkenaan turun sebanyak 0.4 peratus daripada 546,700 orang pada November 2024 kepada 544,300 orang.

"Kadar pengangguran pada Disember menurun kepada 3.1 peratus, merekodkan kadar terendah dalam tempoh hampir satu dekad," katanya.

Mengulas lanjut mengenai situasi guna tenaga, Mohd Uzir berkata pada bulan Disember 2024, kategori pekerja yang mewakili 74.9 peratus daripada jumlah keseluruhan penduduk bekerja, menunjukkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus kepada 12.56 juta orang.

Begitu juga, kategori penduduk bekerja sendiri juga berada pada trend menaik, dengan peningkatan sebanyak 0.4 peratus kepada 3.12 juta orang.

Dari segi sektor ekonomi, bilangan penduduk bekerja dalam sektor perkhidmatan meningkat dengan stabil, terutamanya dalam aktiviti perdagangan borong & runcit; kesenian, hiburan & rekreasi; serta penginapan dan perkhidmatan makanan & minuman.

Pada masa yang sama, sektor pembuatan, pembinaan, dan pertanian juga mencatatkan pertumbuhan guna tenaga yang positif, manakala guna tenaga dalam sektor perlombongan & pengkuarian berkurang pada bulan terbabit.

Kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 24 tahun turun sebanyak 0.1 mata peratus kepada 10.3 peratus, merekodkan 299,700 penganggur belia pada bulan Disember 2024.

Begitu juga, kadar pengangguran bagi belia berumur 15 hingga 30 tahun turun 0.1 mata peratus kepada 6.1 peratus, dengan 410,800 penganggur belia berbanding bulan sebelumnya.

Sementara itu, Selangor dan Kedah merekodkan kadar pengangguran terendah iaitu pada 1.7 peratus pada suku tahun keempat 2024, diikuti oleh Melaka (1.8 peratus), Johor dan Pulau Pinang (2.2 peratus).

Sebanyak sembilan negeri mencatatkan peningkatan dalam KPTB, menunjukkan lebih banyak penyertaan buruh dalam pasaran.

Selangor merekodkan KPTB yang tertinggi iaitu pada 76.4 peratus, diikuti oleh Kuala Lumpur (74.9 peratus) dan Pulau Pinang (73.2 peratus).

Mengulas prestasi keseluruhan 2024, Mohd Uzir menyatakan bahawa berdasarkan data purata bulanan, KPTB pada 2024 meningkat sebanyak 0.4 mata peratus kepada 70.4 peratus berbanding 70.0 peratus pada tahun 2023.

Sementara itu, katanya kadar pengangguran turun 0.1 mata peratus kepada 3.3 peratus pada 2024, berbanding 3.4 peratus yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

"Ekonomi Malaysia dilihat kekal pada trajektori pertumbuhan positif pada 2024, didorong oleh prestasi ekonomi yang kukuh meskipun berdepan dengan ketidaktentuan luaran yang berterusan," katanya.


Sumber – Berita Harian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-2-2025 03:34 PM | Show all posts
di malaysia ni sepatutnya tiada yang menganggur...pekerja asing pun dtg malaysia cari kerja...kalau rakyat tempatan takde kerja, it goes to show memang dasar pemalas
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 10:49 PM | Show all posts









Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2025 11:31 PM | Show all posts
cantik statistiknya
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2025 08:09 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 01:23 PM GMT+8 , Processed in 0.046169 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list