CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8602|Reply: 4

[Jenayah] Lelaki didakwa bunuh ibu mentua, mayat ditutup dengan kain batik

[Copy link]
Post time 12-2-2025 11:44 AM | Show all posts |Read mode



JOHOR BAHRU – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh ibu mentua di sebuah rumah di Taman Sri Skudai, di sini awal bulan ini.

Tertuduh, Zuraidi Zakaria, 51, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atifah Hazimah Wahab.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Epah Daik, 79, di sebuah rumah di Jalan Tembaga Merah, Taman Sri Skudai pada pukul 4.20 petang, 5 Februari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara maksimum 40 tahun dan sebatan minimum 12 kali, jika tidak dikenakan hukuman mati

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nik Noratini Nik Azman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 28 April ini untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan asid deoksiribonukleik (DNA).  

Sumber : Kosmo

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 12:10 PM | Show all posts
motip? knp bunuh org tua tu? mencuri ke
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 12:28 PM | Show all posts
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh dengan menyebabkan kematian Epah Daik, 79, di sebuah rumah di Jalan Tembaga Merah, Taman Sri Skudai pada pukul 4.20 petang, 5 Februari lalu.

Kadang-kadang kita raikan kedatangan orang baru dalam hidup kita, tapi kita tak tahu satu hari orang itulah yang akan habiskan kita. Takziah pada manga Dan keluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 12:57 PM | Show all posts
mesti ada cerita... apakah?  rebut reta pusaka ke, membebel ke, biawak ke,
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama kawin ke dgn anak makcik nie? Laporan takde details cam tinggal serumah ke atau asing ke...tunggu laporan selanjutnya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.255194 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list