CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6092|Reply: 5

Baru seminggu pergi sekolah, dah penuh kutu anak Shila Amzah

[Copy link]
Post time 12-2-2025 01:04 PM | Show all posts |Read mode
Baru seminggu kembali ke tadika, anak lelakinya penyanyi Shila Amzah mengalami masalah kutu dipercayai dijangkiti daripada rakan-rakan di sekolah.

Namun apa mencuit hati ramai apabila gelagat anaknya iaitu Seth Uwais, 6, seolah-olah gembira apabila dia dijangkiti parasit tersebut.



Suami Shila iaitu Ubai, 27, yang berkongsi video mengenai Seth di TikTok bagaimanapun dilihat sempat berseloroh dengan anaknya itu dengan memberitahu masalah kutu bukan satu pencapaian.

"Baru seminggu masuk sekolah sudah ada kutu. Jangan gelak-gelak bro, ini bukan satu pencapaian," kata Ubai.



Menerusi video tersebut, dapat dilihat Shila sedang melumur syampu kutu di kepala Ubai dan Seth.

Selepas selesai melumur, Ubai turut berkongsi beberapa kutu yang sudah mati akibat syampu berkenaan.

  


Tidak hanya Seth, Ubai juga dipercayai dijangkiti masalah serupa malah seisi rumah terpaksa memakai syampu khas bagi menyingkirkan parasit itu kerana bimbang ia akan semakin parah.

Malah Seth juga ada meminta maaf kepada Ubai kerana rasa bersalah menjadi punca dia dijangkiti.

  


"Habislah Tina (pembantu) juga kena, saya pun kena. Satu rumah kena pest control," luahnya.



Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2025 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Comel anak2 shila
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
moga bahagia mereka bersama
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
trauma tu memang default dlm hidup dia ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Uish ada lagi ye kutu sekarang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2025 03:41 PM | Show all posts
mcm jarang dah dgr budak2 berkutu skrg ni.. dulu masa kecik2, budak sekolah mmg sinonim dgn kutu. agaknya skrg ramai budak sekolah dah bertudung, so takde masalah sgt.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.394101 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list