CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5239|Reply: 6

"Dah mati kot,"- ramai yang berhutang dengan Anzalna, lima tahun senyap

[Copy link]
Post time 21-2-2025 11:07 AM | Show all posts |Read mode
Anzalna Nasir terpaksa menanggung kerugian gara-gara sikap murah hati meminjamkan wang kepada rakan-rakannya.

Anzalna atau Nur Anzalna Md Nasir, 37, berkata, ada di antara mereka berhutang dengannya sejak lima tahun lalu dan masih belum ada tanda-tanda mahu membayar kembali wang dipinjam.

Kata Anzalna dia pula berasa malu untuk meminta kembali wang miliknya selain enggan bersikap seperti penggemis.



“Saya pun ada kawan-kawan yang berhutang dan tak reti bayar. Saya senyap sebab malu nak minta sebab ingatkan mereka boleh fikir sendiri tapi masing-masing senyap.

“Dah lima tahun senyap, mungkin sudah meninggal kot sebab itu senyap sahaja,” katanya.



Anzalna berkongsi perkara itu menerusi Instastory miliknya yang turut memuat naik artikel mengenai pelawak Zizan Razak yang mengalami kerugian jutaan ringgit selepas menjadi mangsa penipuan beberapa pihak termasuk kenalan rapat.

  


Ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut memberitahu dia mudah rasa simpati apabila rakan-rakan lamanya muncul meluahkan kisah sedih mereka.

Malah dia tidak menyangka mereka mempunyai niat tertentu apabila menghubunginya.

Anzalna bagaimanapun tidak berkongsi lanjut jumlah kerugian yang dialaminya.

  


"20 tahun tak berhubung, tiba-tiba muncul, ingatkan rindu, rupanya nak pinjam duit.

"Bila dengar cerita merintih dia, saya pun jadi kesian, terus bagi pinjam duit. Lepas dapat duit terus hilang. Hebat hidup awak," luahnya.

  


Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2025 11:58 AM | Show all posts
bukan artis jer trkono, umah biasa2 pun trjadi juga spt ini..
lumrah dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2025 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Pastu yg bagi pinjam ni pulak bila mengemis duit sendiri, terus kena cop jahat. Babi eh
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2025 12:56 PM | Show all posts
Dah lah meminjam, malas membalas. Xde usaha nak byr. Byr sikit2 at least bergerak lah hutang  tu. Ni tak, org yg bagi pinjam pulak kena menagih dah mcm ape. Haaa contoh terdekat ita kokdiang yg umur dia statik je setiap tahun
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2025 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila ko nmpk berada ramai lak nak meminjam… klu nmpk sengkek xde la org nk meminjam pandang pun x sudi…
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2025 03:07 PM | Show all posts
jgn sesekali bagi kawan2 pinjam duit even supermod
klu ada masalah duit pinjam dgn mak bapak dlu bukan dengan org luar... ikat dgn keluarga sri dlu bkn dgn org luar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-2-2025 03:10 PM | Show all posts
"20 tahun tak berhubung, tiba-tiba muncul, ingatkan rindu, rupanya nak pinjam duit.

"Bila dengar cerita merintih dia, saya pun jadi kesian, terus bagi pinjam duit. Lepas dapat duit terus hilang. Hebat hidup awak," luahnya.



hahaha sebijik... nk pinjam diit mengendeng.. mcm nak mengorat...dah dpt duit terus fly...ajak makan bau rajin muncul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.087367 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list