CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19154|Reply: 0

[Kedah] Langkawi dipilih lokaliti kajian kanak-kanak bantut

[Copy link]
Post time 24-2-2025 02:09 AM | Show all posts |Read mode
Langkawi dipilih lokaliti kajian kanak-kanak bantut

Oleh Hamzah Osman - Februari 23, 2025 @ 3:35pm [email protected]





Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (dua dari kanan) melancarkan 1,000 Hari Pertama Kehidupan: Kajian Longitudinal di Langkawi (dan Sistem Pengurusan Data Klinik Berasaskan Awan (CCMS) di Langkawi. - NSTP/HAMZAH OSMAN




LANGKAWI: Kementerian Kesihatan (KKM) melancarkan kajian 1,000 Hari Pertama Kehidupan: Kajian Longitudinal di Langkawi (LLS) bagi mengenal pasti faktor tumbesaran terbantut dalam kalangan kanak-kanak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata kajian akan dilaksana dalam tempoh tiga tahun bermula Mac ini, dengan Langkawi dipilih lokaliti dan ibu mengandung sebagai persampelan.

"Kajian malpemakanan ini dikendalikan Institut Kesihatan Umum dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Langkawi dan Hospital Sultanah Maliha (HSM) bermula awal kehamilan hingga kanak-kanak berusia dua tahun.

"Data dikumpulkan menerusi 11 sesi, tiga sesi semasa hamil, kelahiran (satu sesi) dan pasca kelahiran hingga anak berusia dua tahun (tujuh sesi)," katanya pada sidang media selepas melancarkan LLS dan Sistem Pengurusan Data Klinik Berasaskan Awan (CCMS) di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Setiausaha KKM, Datuk Seri Suriani Ahmad dan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan.

Dr Dzulkefly berkata, data menunjukkan 21.2 peratus kanak-kanak bawah lima tahun mengalami tumbesaran terbantut pada 2022, meningkat ketara berbanding 16.6 peratus pada 2011.

Katanya, sebanyak 100 klinik kesihatan di seluruh negara akan dilengkapi sistem CCMS menjelang 2025, sebagai antara inisiatif KKM mempertingkat keberkesanan penyampaian perkhidmatan.

"Bagi Langkawi, sebanyak 13 fasiliti kesihatan dilengkapi sistem ini, merangkumi enam klinik kesihatan dan klinik desa (tujuh), manakala simulasi pelaksanaan dilaksanakan awal bulan ini," katanya.

katanya, HSM dilengkapi Sistem Maklumat Hospital (HIS) sebagai antara langkah strategik diperkenal KKM bagi menangani beban pesakit yang terlalu ramai di hospital dan meningkatkan kecekapan rawatan.

"Ia memudahkan perkongsian maklumat pesakit antara fasiliti kesihatan di seluruh pulau ini, malah ia turut memudahkan proses rawatan pesakit yang dihantar ke mana-mana hospital di tanah besar," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1364789/langkawi-dipilih-lokaliti-kajian-kanak-kanak-bantut





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 11:49 AM GMT+8 , Processed in 2.335290 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list