View: 25583|Reply: 5
|
[Jenayah]
Kes bunuh: 13 pelajar Kolej Vokasional diarah bela diri
[Copy link]
|
|
TAWAU – Mahkamah Tinggi Tawau di sini, hari ini memerintahkan 13 pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu yang didakwa membunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan pada Mac tahun lalu untuk membela diri.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Duncan Sikodol selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap semua tertuduh di akhir kes pendakwaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Hakim menetapkan prosiding pembelaan itu pada 10 hingga 14 Mac depan.
Mahkamah turut memberi tiga pilihan kepada tertuduh semasa prosiding pembelaan itu nanti iaitu keterangan bersumpah, keterangan tidak bersumpah atau berdiam diri.
Semua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara 30 hingga 40 tahun serta tidak lebih 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Kes pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif, Ng Juhn Tao dan Batrisyia Mohd Khusri.
Terdahulu, semua 13 pelajar lelaki berusia 16 hingga 19 tahun itu didakwa membunuh Mohamad Nazmie Aizzat berusia 17 tahun di Bilik Asrama 7 Resak dan 5 Belian, Kolej Vokasional Lahad Datu pada pukul 9 malam 21 Mac hingga 7.38 pagi, 22 Mac tahun lalu.
Sumber - KOSMO! ONLINE.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ikut hati mati.. ikut rasa binasa! |
|
|
|
|
|
|
|
Ending sama tak nnt dgn kes arwah zulfarhan? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni kes apa pulak ni. Disyaki curi je fon ke |
|
|
|
|
|
|
|
suri33 replied at 2-3-2025 01:03 PM
Ending sama tak nnt dgn kes arwah zulfarhan?
Tak kot. Sebab news kata 'pihak pendakwaan berjaya membuktikan prima facie'. |
|
|
|
|
|
|
| |
|