View: 12049|Reply: 1
|
IQ Anak Rendah, Mak Ayah Sila Check Pemakanan Anak
[Copy link]
|
|
IBU bapa sering mengeluh apabila anak mereka menunjukkan prestasi akademik yang kurang cemerlang di sekolah.
Namun, tanggapan bahawa kelemahan ini disebabkan oleh faktor genetik atau ketidakupayaan anak untuk menjadi budak pandai mungkin tidak tepat.
Sebenarnya, makanan yang diberikan ibu bapa juga memainkan peranan penting dalam perkembangan kognitif (otak) kanak-kanak.
Kajian menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang tinggi gula dan diproses boleh memberi kesan negatif terhadap kecerdasan kanak-kanak.
Ulasan mengenai bagaimana pemakanan yang tidak sihat mempengaruhi IQ kanak-kanak itu adalah berdasarkan kajian dilakukan di United Kingdom dan Kanada.
Dalam masyarakat moden, makanan berproses seperti gula-gula, coklat, roti proses, serta daging proses seperti nugget dan sosej menjadi sebahagian daripada diet harian kanak-kanak.
Pengambilan makanan ini sering dianggap normal oleh ibu bapa tanpa menyedari kesan jangka panjangnya terhadap perkembangan kognitif anak mereka.
Makanan yang tinggi kandungan gula dan lemak tepu sering dikaitkan dengan kesan negatif terhadap kesihatan, termasuk obesiti dan penyakit metabolik.
Selain itu, kajian juga menunjukkan bahawa pemakanan tidak sihat ini boleh menjejaskan perkembangan otak kanak-kanak.
Kajian yang dijalankan ini juga mendapati bahawa terdapat hubungan antara pengambilan makanan berlemak dan bergula dengan penurunan tahap IQ kanak-kanak.
Dalam kajian tersebut, ibu bapa diminta menjawab soal selidik mengenai kekerapan pemberian makanan ringan kepada anak-anak mereka.
Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mengambil makanan berlemak dan bergula secara kerap pada usia tiga tahun mencatatkan IQ yang lebih rendah ketika mereka berusia lapan setengah tahun, berbanding kanak-kanak yang mengamalkan diet lebih berkhasiat.
Bagi memastikan perkembangan kognitif yang optimum, ibu bapa disarankan untuk mengubah pola pemakanan anak-anak dengan memperkenalkan makanan yang lebih sihat.
Makanan semula jadi atau 'real food' seperti buah-buahan, sayur-sayuran, protein berkualiti tinggi serta karbohidrat kompleks harus menjadi keutamaan dalam diet harian kanak-kanak.
Sumber: mStar
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
[AceHand SPECTaceLAR]
Makanang yang sihat harus diberikang kepada ibu semasa mengangdong lagi... Bukang kena tunggu lepas beranak baru nak bagi makanang berkhasiat... Genetik tu nombo dua...
Jizzz... Klong! Klong!
|
|
|
|
|
|
|
| |
|