CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2627|Reply: 0

Cegah Keracunan Makanan Di Bulan Ramadan

[Copy link]
Post time 3-3-2025 01:00 PM | Show all posts |Read mode

Ketibaan bulan Ramadan bukan sahaja dinantikan sebagai bulan ibadah, tetapi juga sebagai pesta makanan yang menggamit selera terutamanya dengan kewujudan bazar Ramadan yang akan dibuka di pelbagai tempat seluruh pelusuk negara.

Pelbagai juadah tradisional dan moden menjadi pilihan orang ramai.

Terdapat juga makanan yang selama ini tidak pernah dijumpai, ditambah dengan pelbagai bahan ramuan serta menggunakan bahan pembungkus yang kreatif supaya menjadi tular dan menjadi tumpuan umum.

Bagaimanapun, di sebalik keenakan hidangan berbuka ini, aspek keselamatan hendaklah sentiasa diutamakan.

Bagi memastikan makanan yang dijual selamat untuk dimakan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) komited menjalankan pemantauan rapi sebelum dan sepanjang Ramadan.

Aktiviti pemeriksaan ini merangkumi keseluruhan rantaian makanan termasuk sumber bahan mentah sehinggalah ke tempat penyediaan dan penjualan makanan.


Tanggungjawab pengusaha dan pengendali makanan

Menjadi tanggungjawab setiap pemilik dan pengusaha premis makanan untuk sentiasa mengutamakan keselamatan makanan di premis masing-masing.

Semua pengendali makanan hendaklah mendapatkan pelalian anti tifoid serta telah menjalani Latihan Pengendali Makanan di Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang diiktiraf oleh KKM seperti yang diperuntukan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Nasihat juga ingin diberikan kepada semua pengendali makanan terutamanya di bazar Ramadan untuk memakai pakaian perlindungan diri yang lengkap semasa menyediakan dan menjual makanan seperti memakai apron, penutup kepala, kasut bertutup dan pakaian yang bersih.

Amalan pengendali makanan turut harus dititikberat seperti tidak merokok, kerap membasuh tangan dengan tujuh langkah cuci tangan, memegang makanan dengan peralatan seperti penyepit dan lain-lain.

Setiap kali tibanya Ramadan juga menyaksikan peningkatan aduan berkaitan keselamatan makanan seperti makanan basi, penggunaan dawai kokot pada kuih tradisional, gerai bazar Ramadan yang kotor dan tidak dilupakan bermacam-macam gaya kreatif makanan sehingga mengabaikan aspek keselamatan makanan.

Semua pemilik dan pengusaha premis makanan harus menggunakan peralatan yang bersesuaian untuk menyimpan dan menghidang makanan.

Jangan gunakan akuarium untuk menjual air balang atau menggunakan tong sampah untuk menyimpan bahan mentah.

Ini semua boleh menyebabkan risiko kesihatan disebabkan bahan kimia yang tidak diketahui boleh mencemarkan makanan dan minuman tersebut.

Selain itu, makanan yang dijual juga hendaklah sentiasa bertutup dan tidak disediakan melebihi empat jam pada suhu bilik.

Makanan yang berisiko tinggi seperti lauk berkuah dan hidangan berasaskan santan tidak sepatutnya disediakan terlalu awal sebelum waktu jualan bagi mengelakkan pembiakan bakteria berbahaya.

Cuaca panas yang mungkin melanda negara semasa bulan Ramadan juga boleh menyebabkan makanan cepat basi dan rosak.

Elakkan pembaziran

Kepada orang ramai terutamanya kepada yang beragama Islam, bulan Ramadan adalah bulan yang paling sesuai untuk sama-sama kita belajar erti kesabaran dan mengelakkan pembaziran.

Jangan kerana dek nasfu, makanan dibeli terlampau banyak dan akhirmudah untuk mengelakkan keracunan makanan.

Kempen keselamatan makanan secara meluas melalui media massa dan media sosial akan dipertingkat oleh KKM untuk meningkatkan kesedaran orang ramai dalam mengutamakan keselamatan makanan.

Jangan jadikan Ramadan yang mulia ini disia-siakan begitu sahaja dan paling merisaukan menjadi tragedi keracunan makanan yang menjadi igauan sepanjang hidup.
nya terbuang begitu sahaja.

Paling dirisaukan adalah apabila makanan tersebut dimakan semula selepas tempoh yang lama dibiarkan pada suhu bilik.

Sentiasa berhati-hati dalam memilih juadah berbuka puasa dengan mengamalkan ‘perhati dan pilih’ dan ‘lihat hidu rasa’ sebelum menjamah juadah berbuka puasa kerana ia langkah paling
Selamat menyambut Ramadan Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.

Semoga Ramadan kali ini menjadi bulan ibadah terbaik buat kita semua dan diterima oleh yang Maha Esa. Keselamatan makanan tanggungjawab bersama.-UTUSAN

Norrani Eksan adalah Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Keselamatan & Kualiti Makanan) Program Keselamatan dan Kualiti Makanan


Sumber: Utusan


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 11:00 PM GMT+8 , Processed in 1.536870 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list