CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5136|Reply: 12

[Tempatan] Tanggal Enam Pintu Rumah Penyewa Culas Bayar Sewa

[Copy link]
Post time 3-3-2025 03:30 PM | Show all posts |Read mode

SEREMBAN- Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah menjalankan operasi menanggalkan enam pintu rumah penyewa yang culas membayar sewa di Rumah Pangsa Kos Rendah (PPRT) Lobak di sini, pada Khamis lalu.

Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali berkata, tindakan itu diambil terhadap penyewa yang mempunyai tunggakan tertinggi iaitu di antara RM17,000 hingga RM34,000.

Katanya, notis penamatan perjanjian penyewa terlibat telah tamat pada 31 Januari lalu dan tempoh pengosongan rumah juga telah berakhir pada 26 Februari.

“Setelah tamat tempoh dan peluang yang diberikan, MBS telah mengambil tindakan menanggalkan semua pintu di rumah terlibat sebagai pengajaran supaya mereka segera menjelaskan tunggakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, MBS sentiasa memberi peluang dan membantu penyewa dengan menyediakan pelbagai kaedah supaya penyewa dapat menjelaskan tunggakan sewa dengan kadar sewa RM150 sebulan.

“Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan namun masih terdapat ramai penyewa mengambil sikap sambil lewa untuk menjelaskan tunggakan sewa.

“Bagaimanapun, penyewa masih dibenarkan tinggal di premis berkenaan untuk sementara waktu sebelum dapat menjelaskan tunggakan atau mendapatkan kediaman di tempat lain,” katanya.  – KOSMO! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2025 03:42 PM | Show all posts
baik sita je terus humban semua barang2 keluar
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 04:26 PM | Show all posts
patut cabut sekali dengan tingkap..
ala-ala rumah terbengkalai gitu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 04:46 PM | Show all posts
bulan2 puasa kene ek... raid lps raya tk boleh ke bang ekkekeke
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_PariS replied at 3-3-2025 04:46 PM
bulan2 puasa kene ek... raid lps raya tk boleh ke bang ekkekeke

"tak boleh la kak..bangla nak sewa..10x ganda"-
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 06:09 PM | Show all posts
Datuk Bandar Seremban, Datuk Masri Razali berkata, tindakan itu diambil terhadap penyewa yang mempunyai tunggakan tertinggi iaitu di antara RM17,000 hingga RM34,000.
Beliau berkata, MBS sentiasa memberi peluang dan membantu penyewa dengan menyediakan pelbagai kaedah supaya penyewa dapat menjelaskan tunggakan sewa dengan kadar sewa RM150 sebulan.

RM34K÷150 = 226.67 bulan (18 tahun) tak bayor?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2025 06:18 PM | Show all posts
Apasal tak bawa kes ke mahkamah, kenudian hantar enforcement agent untuk mengosongkan rumah serta merta biar mereka merasa tidur di jalanan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 06:25 PM | Show all posts
kalu boleh letrik dan air pun potong skali, baru rasa mcm rumah terbiar ekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2025 06:25 PM | Show all posts
kalu boleh letrik dan air pun potong skali, baru rasa mcm rumah terbiar ekeke
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
angio replied at 3-3-2025 06:25 PM
kalu boleh letrik dan air pun potong skali, baru rasa mcm rumah terbiar ekeke

kasi kita bangla sewa la kaka...kasi rm1500 pon tada apa..sapluh worang duduk pon vole....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Tuan rumah kaut sewa kaya kaya
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2025 11:29 PM | Show all posts
lepas tu buat cerita sedih
kata aniya org di bulan ramadhan
time ok berjimba tak bayar hutang
tak ingat dosa pahala pula
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2025 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Raya nanti boleh tetamu terjah terus...bedal kuih raya kau
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:35 AM GMT+8 , Processed in 0.399906 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list