CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4498|Reply: 0

3 Resipi Air Sihat & Menyegarkan Untuk Berbuka Puasa, Tak Manis Potong Kaki!

[Copy link]
Post time 5-3-2025 12:52 PM | Show all posts |Read mode

Salah satu perkara yang paling dinantikan pada bulan Ramadan adalah berbuka puasa. Tapi, kadang-kadang kita mudah terpengaruh dengan minuman manis yang kurang sihat. Jadi, apa kata kita cuba alternatif yang lebih sihat dan menyegarkan dengan resepi air berbuka puasa ini.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan tiga resipi air sihat yang bukan sahaja segar, tetapi juga tanpa menggunakan gula. Resipi-resipi ini bukan sahaja lebih sihat, tapi juga banyak khasiat untuk tubuh badan jadi, jangan lupa cuba ya!

3 RESEPI AIR BERBUKA PUASA YANG SIHAT & MENYEGARKAN

1. Air Kelapa Bersama Chia Seed

Bahan-bahan:

1 cawan air kelapa
1 sudu besar biji chia
Jus 1⁄2 lemon
1 sudu teh madu (pilihan)
Kiub ais

Cara-cara:

Campurkan semua bahan dalam gelas. Biarkan selama 5 hingga 10 minit untuk biarkan biji chia mengembang. Kacau sebati.
Tambahkan ais kerana lebih sedap dinikmati ketika sejuk.


2. Minuman Hidrasi Timun & Yogurt

Bahan-bahan:

1⁄2 cawan yogurt asli
1⁄2 cawan air sejuk
1⁄2 timun (diparut)
Secubit garam
1 sudu teh madu (pilihan)
Beberapa helai daun pudina segar

Cara-cara:

Kisar semua bahan sehingga halus.
Hidangkan sejuk dengan kiub ais.


3. Jus Tembikai Daun Pudina

Bahan-bahan:

1 cawan tembikai yang telah dikisar
1⁄2 cawan air sejuk
Jus 1/2 limau nipis
Beberapa helai daun pudina (dilenyekkan)
Kiub ais

Cara-cara:

Kisar tembikai dan tapis jika perlu.
Campurkan dengan air, jus limau nipis dan daun pudina.
Hidangkan sejuk dengan kiub ais.



SUmber:MyResipi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.032869 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list