CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3967|Reply: 1

Suami menggatal nak pergi majlis iftar ex girlfriend

[Copy link]
Post time 10-3-2025 03:57 PM | Show all posts |Read mode


Dalam kehidupan rumah tangga, kepercayaan dan kejujuran terhadap pasangan adalah tunjang utama kebahagiaan.

Namun, tidak dinafikan perasaan tidak yakin dan rendah diri boleh timbul apabila ada kisah silam pasangan yang masih tidak dapat dilupakan.

Begitulah perasaan seorang wanita yang meluahkan kekecewaan apabila suaminya berkeras untuk menghadiri sebuah majlis berbuka puasa yang turut dihadiri bekas teman wanitanya.

"Suami nak hadiri iftar yang ada bekas kekasih (bekas kawan rapat saya juga). Majlis berbuka puasa tahunan juga dengan kawan-kawan lain.

"Saya dan suami kahwin selepas setahun mereka putus hubungan. Sudah tiga tahun pun kami berumah tangga dan ada anak. Lepas kahwin, hubungan saya dengan bekas kekasih dia tak rapat.

"Jadi bila ada majlis tu saya tak bagi suami hadir... entah la sebab inferior (rendah diri). Macam mana nak jelaskan ya perasaan tu," katanya memulakan cerita.

Wanita itu juga mendedahkan bahawa perasaan sebegitu mula timbul selepas dia secara tidak sengaja terjumpa barangan lama milik suami yang masih menyimpan kenangan bersama bekas kekasihnya itu.

"Lepas kahwin, masa kemas barang, saya  terjumpa gambar-gambar dia dengan ex-GF (bekas teman wanita), surat cinta dan segala perbualan mereka di WhatsApp serta Instagram.

"Lebih menyakitkan hati, caption gambar kahwin kami di Instagram pun guna ayat kegemaran ex-GF dia dulu. Sejak itu, saya selalu rasa yang saya ni cuma rebound (tempat lepas kesepian selepas putus cinta) je untuk suami," tambahnya dengan nada kecewa.

Situasi ini membuatkan dia semakin ragu-ragu dengan keikhlasan suaminya dalam perkahwinan mereka.

Dia turut meluahkan rasa kecil hati kerana suaminya tidak mempertimbangkan perasaannya dan berkeras menghadiri majlis berbuka puasa tersebut setiap tahun.

"Jadi sekarang ni saya tengah rasa 'down' (kecewa) sangat sebab dia teruja nak pergi iftar tu setiap tahun tanpa fikirkan perasaan saya. Mungkin saya je fikir terlebih-lebih," jelasnya.

Luahan wanita ini mencetuskan perbincangan dalam kalangan netizen yang memberikan pelbagai pendapat.

Ada yang bersimpati dengan nasibnya dan menyarankan agar dia berkomunikasi secara terbuka dengan suami.

"Tidak, jangan menidakkan perasaan awak. Awak bukan overthinking. Tapi kalau suami nak pergi, apa kata awak pun ikut sekali? Tunjukkan yang awak tenang dan boleh bergaul juga.

"Jangan tunjuk rasa inferior, stay composed (kekal tenang). Masa tu awak boleh tanya dia dengan baik kenapa masih simpan semua benda tu.

"Awak boleh tanya kenapa masih simpan barang awak terjumpa tu. Cakap je awak tak suka tapi jangan mengamuk. Kalau tak bagi dia pergi, takut lagi dia buat benda belakang awak," komen netizen.

Untuk makluman, rebound relationship bermaksud hubungan yang berlaku secara 'segera' setelah seseorang putus cinta, biasanya sebagai cara untuk mengatasi rasa sakit atau kesepian.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2025 08:08 AM | Show all posts
...Suami nak hadiri iftar yang ada bekas kekasih (bekas kawan rapat saya juga)...


kes sailang bf kawan ke sis? hahahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-3-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 1.419355 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list