CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9318|Reply: 9

[Tempatan] Pemandu kekal kena jel 16 tahun, punca kematian Syed Daniel enam tahun lalu

[Copy link]
Post time 10-3-2025 05:32 PM | Show all posts |Read mode
RAKAMAN video yang tular menunjukkan seorang lelaki sedang memegang Syed Muhammad Danial (kanan)
selepas insiden kemalangan di Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Southville City pada 13 Ogos 2019.

PUTRAJAYA – Pemandu Toyota Innova yang tular melanggar sehingga menyebabkan kematian kepada pemandu Perodua Axia, Syed Muhammad Danial Syed Syakir dalam kejadian di Lebuh Raya Utara Selatan enam tahun lalu kekal dihukum penjara 16 tahun oleh Mahkamah Rayuan di sini hari ini.

Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Che Ruzima Ghazali selepas menolak rayuan Yew Wei Liang, 47, untuk mengurangkan hukuman penjara 16 tahun selain mendapati keputusan Mahkamah Tinggi yang menjatuhkan hukuman itu adalah betul.

“Mahkamah memandang berat kejadian yang berlaku supaya ia dapat memberi mesej kepada masyarakat. Kita tidak boleh mengambil undang-undang di tangan sendiri dan bertindak sesuka hati. Kami mendapati hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi tidak berlebihan. Oleh itu hukuman dikekalkan dan rayuan perayu ditolak,” kata Hakim Che Ruzima.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin.

Dalam prosiding sama, panel turut menolak rayuan silang pihak pendakwaan untuk mengembalikan kes itu daripada Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan turut menolak rayuan pihak pembelaan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman.

Wei Liang ketika hadir pada prosiding lalu di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Semasa prosiding dalam rayuan silang, Timbalan Pendakwa Raya, Ng Siew Wee berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf apabila menjatuhkan hukuman terhadap tertuduh atas kesalahan menyebabkan kematian.

“Walaupun tempoh itu singkat, ianya tidak menghalang mahkamah membuat inferens terdapat satu niat untuk mencederakan dan menyebabkan kematian mengikut Seksyen 300 Kanun Keseksaan. Tertuduh menyatakan dia rasa nyawa terancam dan ingin melindungi diri sendiri dan isterinya yang ketika itu mengandung yang berada dalam kenderaan itu.

“Namun, berdasarkan rakaman video saksi pendakwaan ke-19 iaitu isteri tertuduh di tempat kejadian, menunjukkan tertuduh bukan dalam keadaan untuk melindungi diri dan harta (kereta), tetapi dia dalam keadaan marah dan ‘to teach the deceased a lesson’,” katanya.

Sementara itu, peguam Datuk N. Sivananthan yang mewakili perayu mengatakan, kejadian berlaku terlalu pantas dan anak guamnya tidak berniat melakukan perbuatan itu.

“Kejadian ‘move car’ adalah untuk mempertahankan diri dari dipukul si mati menggunakan kayu besbol,” kata peguam tersebut.

Pada 7 Disember 2023, Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhi hukuman penjara 16 tahun selepas mendapati Yew Liang yang juga bekas pekerja teknologi maklumat (IT) itu bersalah melanggar sehingga menyebabkan kematian Syed Muhammad Danial.

Mengikut pertuduhan asal, Wei Liang didakwa membunuh Syed Muhammad Danial, 29, yang juga pengurus bank, di Kilometer 293.6, Lebuhraya Utara Selatan pada pukul 1 tengah hari hingga 2 petang, pada 10 Ogos 2019.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, ketika membaca keputusan kes, Hakim Julia Ibrahim mensabitkan tertuduh mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 30 tahun dan denda jika perbuatan itu dilakukan dengan niat hendak menyebabkan kematian.

Hakim itu, berkata, dalam menentukan hukuman yang wajar dikenakan ke atas tertuduh, mahkamah mengambil kira faktor-faktor mitigasi, antaranya latar belakang, kesalahan pertama dan kerjasama tertuduh semasa siasatan. – KOSMO! ONLINE

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2025 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat lagi, dulu ramai yang backup pembunuh tu

Kebenaran terpancar jua akhirmyaaaaaa ah ah ahgitchihiew
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2025 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tered bakalan sendu.
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 01:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Penjara 16 tahun. Berbanding keluarga kematian anak/bapa . Entah siapa syed daniel i tak igt kes ni. Tapi bila baca seram betul yach. Murahnya harga nyawa. Pasal jalanraya pun boleh jadi berbunuh2
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau anak/hb balik lambat i kadang2 risau juga kalau2 ada kes macam ni seram nya lahai. Byk cara nak mati, tapi mati cara macam ni sgt tak masuk akal ,& also hukuman penjara 16 tahun tu macam tak brp nak adil pun
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 02:01 PM | Show all posts
bunuh orang hukumannya penjara, lepas tu bebas...gitu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-3-2025 02:24 PM | Show all posts
type c yg sohaiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 02:31 PM | Show all posts
bila amarah menguasai diri.. kesian pada arwah dan keluarga juga ksian tk pasal2 masuk penjara bebelas tahun.. yg tekap org sampai mati pun bebelas tahun ..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-3-2025 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bersabar lah sikit.. sesungguhnya sabar itu mahal
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2025 08:14 PM | Show all posts
Panel tiga hakim diketuai Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dalam keputusan sebulat suara menolak rayuan Yew Wei Liang, 47, terhadap sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 7 Dis 2023.


lebih kurang setahun dah kena penjara sekiranya terus dipenjara lepas jatuh hukuman..

ada 15 tahun lagi hidup dipenjara... lebih kurang 2040 baru keluar .. bila keluar badan dah sakit2 tinggal tunggu mati..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.365814 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list