CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pinky_pink

TercipTa UntuKKu...-[U]

[Copy link]
Post time 20-5-2011 03:10 AM | Show all posts
kalo ada, teringin juga nak buat menantu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-5-2011 09:04 AM | Show all posts
Post Last Edit by mawarbaiduri at 20-5-2011 09:05

Reply 168# pinky_pink


    x sabar nak tggu jawapannya....
bak kata tagline - 'jgn biar misteri menyelubungimu' (betullah kot )
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2011 03:02 PM | Show all posts
tp kalau Anum ske kt Iskandar, mcm mana lak ngn Danny? mesti ada konflik sbb Danny kan da lama nak kt Anum....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2011 07:07 PM | Show all posts
lantakola+ilham_daisy....

kalo baca buku n suka ngn watak y ada, mmg slalu terbayang+terfikir, ada ke oang mcm ni erk? tambah2 lg bila bab hero y hensem,baik+romantik... sentiasa berangan kan best kalo btl2 jumpa lelaki mcm ni, kan? kan? kan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2011 07:08 PM | Show all posts
Reply 182# mawarbaiduri


yaaaa... jgn biarkan hidup ini diselubungi kisah cinta misteri... keh..keh..keh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2011 07:13 PM | Show all posts
tp kalau Anum ske kt Iskandar, mcm mana lak ngn Danny? mesti ada konflik sbb Danny kan da lama nak k ...
gurlgals Post at 20-5-2011 15:02



Danny - lelaki y sudah bertahun2 berada di samping Anum & menjadi sahabat y baik kpdnya selama ini...
Iskandar - Lelaki yang baru dikenali ttp telah berjaya membuatkan hati Anum berdegup kencang+jatuh tergolek...

"siapakah y layak menjadi hero pilihan Anum?"

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-5-2011 08:28 PM | Show all posts
Bab 16 (Uik da bab 16 dah?)
ANUM membuka kelopak mata. Perlahan-lahan dia menggosok kedua-dua belah mata lalu diselak kain selimut yang menutupi badan. Dipandang sekeliling. Aik? Bila masa pulak aku tidur dalam bilik aku ni? Lalu Anum bangun dari katil. Terus saja matanya menangkap sehelai kertas yang terselit di sebelah bantal tidurnya. Kertas pengesahan nama bintang Anum Danisha…
     Anum senyum. Sepuluh kali dia telek isi kandungan kertas ni pun tetap rasa tak puas dan masih lagi terasa teruja. Teringat kenangan malam tadi. Kenangan di mana dia dan Iskandar sama-sama berkelah sambil menikmati panorama malam melihat bintang-bintang berkelipan di langit. Mereka berbual panjang, bergelak-ketawa dan usik-mengusik. Tak pernah lagi dia duduk berdua-duaan dengan mana-mana lelaki seperti mana dia lakukan bersama-sama dengan Iskandar itu. Berbual hingga tak sedar masa berlalu menghampiri waktu subuh. Langsung tak perasan bila masa dia tertidur di atas tikar.
     Eh, a’ah la… kalau tak silap, dia terlelap dekat atas tikar, dekat laman rumah kosong tu. Tapi macam mana pulak bila terjaga pagi ni dia ada atas katil dalam bilik sendiri pula? Bila masa dia balik rumah? Tidur mati ke apa sampai tak sedar langsung? Macam orang hilang ingatan pula tak ingat apa-apa lepas bangun dari tidur…
     Anum meletakkan kertas tersebut di dalam laci meja solek. Walaupun dia rasa pelik, tapi dia malas nak fikir lagi. Lantaklah walau macam mana sekalipun. Janji dia terjaga dekat atas katil rumah sendiri, bukan atas katil orang lain.
     Anum bergerak menuju ke bilik air. Dalam bilik air, dia sengih dan berangan lagi. Berangan tentang hadiah yang baru dia terima malam tadi. Tak pernah dia dihadiahkan dengan sesuatu yang istimewa seperti itu. Walaupun bukan hadiah yang mewah, walaupun bukan sesuatu yang berharga beribu-ribu ringgit, namun rasanya lebih seronok dan indah berbanding dengan semua itu. Hanya dengan sebutir bintang, cukup untuk dijadikan kenangan penuh bermakna di dalam hidup.
     Puas dia berlama di dalam bilik air, Anum keluar dan menyiapkan diri. Hari ini kalau boleh dia mahu keluar mencari kerja. Dah berapa lama dia duduk melepak tanpa memikirkan tentang dirinya yang bergelar penganggur terhormat ni. Kalau tak kerja sekejap tak apalah. Tapi kalau dibuatnya sampai berbulan-bulan, macam mana? Siapa nak tanggung makan minumnya? Duit rumah, duit kereta, siapa nak bayar? Ingat hidup dekat atas dunia ni percuma ke semua benda tu?
     Selesai bersiap, Anum keluar. Mula-mula ke kedai buku membuat salinan fotokopi segala sijil-sijilnya dan kemudian mula bergerak mengelilingi Bandaraya Kuala Lumpur. Berpandukan alamat yang dia cetak dari laman web yellow pages, dia singgah dari satu syarikat ke satu syarikat. Dari satu bangunan ke satu bangunan. Biarpun syarikat-syarikat tersebut tidak ada mengeluarkan iklan untuk mencari pekerja, namun dia tebalkan muka juga menghantar resume. Dari Ampang dia ke Kelana Jaya. Dari Bandar Sunway ke Bandar Tun Razak, dari Sentul ke Sungai Besi, semuanya dia jelajah. Semuanya dia redah. Dari pagi sampailah ke petang hinggalah masuk ke senja. Nak dekat sepuluh syarikat yang dia masuk. Dengan harapan moga-moga adalah dua tiga syarikat yang akan panggil interview. Dan kalau boleh bukan setakat temuduga sahaja, kalau boleh biarlah sampai dapat kerja tu. Dah tak larat nak duduk bertapa dekat rumah tanam anggur dah...
     Bila masuk senja, Anum mengorak langkah menuju ke Restoran Bora Ombak. Melepaskan lelah sambil-sambil nak mengisi perut. Lapar gila dan penat gila!
     “Ad?” Tegur satu suara dari belakang apabila dia selesai membuat pesanan.
     Anum berpaling. Memandang kelibat orang yang menyapa. “Oh… Danny…” dia bersuara acuh tak acuh.
     “Ad, you buat apa dekat sini?” Soal Danny sebaik saja menghampiri Anum.
     “Datang nak makanlah… takkan I datang sini nak mintak kerja jadi tukang cuci pinggan pulak kut,” Anum membalas bersahaja.
    “How are you, Ad? Lama tak dengar khabar…” Danny menarik kerusi di hadapan Anum lalu terus melabuhkan punggung.
     “I’m fine… as you can see I’m right in front of you and still alive. Walaupun tak lagi bergelar naib pengerusi sebuah syarikat, tapi sekurang-kurangnya I belum mati kebulur. Masih lagi mampu nak makan dekat restoran macam ni…”
     Danny menggeleng kepala. “Kenapa you cakap macam tu Ad? You tahu bukan I yang pecat you kan? You yang berhenti sendiri…”
     Anum mendengus sinis. Memanglah bukan kau yang pecat aku. Tapi kata-kata kau yang buat aku terpaksa berhenti.
     Seketika mereka berdua hanya duduk melayan diri masing-masing. Terasa seperti ada satu kejanggalan di antara mereka. Seolah-olah macam tak tahu nak cakap apa. Sunyi dan bisu saja suasana sebelum kesunyian itu dipecahkan dengan bunyi sms dari telefon bimbit Danny.
     “Mel dah sampai… I memang ada janji nak makan sekali dengan dia. Come and join us?” Pelawa Danny.
     Anum menggeleng.
     “No thanks… just enjoy yourself,” Anum menolak. Tiba-tiba nak ajak join dia dengan Melinda makan. Tak ingin aku!
     “Jomlah Ad… Sampai bila nak macam ni? Jom I baikkan you dengan Melinda,”
     “I tak nak,” Anum menolak lagi.
     “Baby…” ada nada pujuk yang mulai keluar dari mulut Danny.
     “I cakap tak nak, tak naklah Danny! Jangan nak paksa-paksa I boleh tak?” Anum mula meninggikan suara sedikit.
     “I bukan paksa, cuma nak perbaiki keadaan saja. Cubalah kalau…”
     “Eiii… Dah lah!!” Anum cepat-cepat memotong. Siap dengan nada menengking. Tak kuasa nak dengar bila Danny dah mula nak keluarkan ayat syarahan.
     “You tak payah nak membebel dekat sini pulak. I malas nak dengar. Kerja you ni dari dulu asyik nak memaksa orang aja. I dah kata tak nak jumpa Melinda, you nak paksa lagi, kenapa? I dah kata jangan panggil baby, you tetap panggil juga dan I dah kata tak nak tengok muka you lagi, you muncul juga depan mata I. You ni pekak atau bodoh yang tak faham apa yang I cakap?!”
     Anum betul-betul meninggikan suaranya kali ini. Menjerit memarahi Danny hingga membuatkan lelaki itu terkejut. Begitu juga dengan beberapa pengunjung restoran yang lain. Terpinga-pinga mereka melihat gelagat Anum yang mengherdik Danny. Nasib baik tak ramai orang dekat dalam restoran waktu-waktu macam ni.
     Danny menundukkan muka. Mungkin cuba untuk melindungi wajah yang malu akibat ditengking oleh Anum. Kelihatan dia menggeleng-gelengkan kepala sedikit seolah-olah tidak percaya yang Anum sanggup memarahinya sebegitu kuat di hadapan orang ramai. Beberapa saat dia begitu sebelum kembali mengangkat muka.
     “I tak sangka you sanggup marah dan tengking I depan orang ramai sampai macam ni sekali…” Danny bersuara perlahan dan terus saja melangkah pergi.
     Anum memerhatikan langkah Danny. Dapat dia melihat Danny menuju ke luar sebelum langkahnya terhenti apabila bertembung dengan Melinda yang baru saja masuk ke dalam restoran. Mereka berbual seketika. Nampak seperti Melinda memandang ke arah meja tempat Anum duduk sebelum berpaling mengikut jejak Danny keluar dari restoran.
      Huh! Tak jadi makan dekat sinilah tu…
      Kenapa? Tak berselera nak makan dalam satu tempat yang sama dengan penganggur macam aku ni? Dah rasa tak setaraf nak berada dalam restoran yang sama dengan aku dah? Pergilah… Pergilah makan dekat tempat lain. Makan dekat hotel lima bintang ke, lapan bintang ke atau tiga puluh bintang sekalipun, aku tak heran!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2011 08:32 PM | Show all posts
******
“KENAPA tadi tu?”
     Anum terperanjat. Baru saja nak buka pintu kereta dah dikejutkan dengan suara orang menegur dari belakang. Cepat-cepat dia berpaling.
     “Awak ni… buat terkejut saya ajalah…” Anum mengurut dada. Dalam pada samar-samar lampu dari restoran dan juga lampu dari tiang yang berhampiran, dapat Anum melihat kelibat Iskandar yang berada beberapa tapak dari tempat dia berdiri sekarang ini.
     “Apa hal yang jadi tadi tu?”
     “Hal apa pulak ni?” Anum buat-buat tak faham.
     “Lelaki tadi, kenapa awak marah dia?” Soalan Anum dijawab dengan soalan juga.
     “Mana awak tahu ni? Awak ada ke dekat situ tadi?” Nampaknya masih lagi sesi soal dan menyoal. Bukan soal dan jawab.
     “Saya tengah makan dengan kawan tadi. Nampak awak bertekak dengan lelaki tu. Kenapa?” Walaupun sudah ada soalan yang dijawab, namun ia masih lagi disertai dengan soalan yang tak putus sudah.
     Anum mengela nafas. Kalau macam ni sampai bila soal dan menyoal ni tak habis-habis. Baik jawab sajalah soalan Iskandar ni.
     “Tak ada apa-apalah… ada hal sikit dengan dia,”
     “Kalau tak keberatan, boleh saya tahu hal apa? Besar sangat ke sampai terpaksa bertekak tadi?”
     Anum diam.
     “Okey, I’m sorry… sorry kalau saya busy body. Tak nak cerita tak apa… saya saja nak tahu…” Menyedari yang mungkin Anum tidak selesa hendak membuka cerita, cepat-cepat pula Iskandar beralah dan tidak terus bersoal.
     “Dia tu Danny, my ex-boss. Also my ex-friend…” Jawab Anum sedikit mendatar. Nak pula dia menjawab. Tadi macam tak nak cakap apa-apa.
     “Erm… Kalau ex-boss tu saya boleh faham… Tapi kalau ex-friend, baru pertama kali saya dengar. Ex-boyfriend selalulah…”
     Anum ketawa kecil.
    “Dulu dia kawan saya. Tapi sekarang ni kita orang dah tak berkawan dah,” Jelasnya.
    “Aik? Kenapa sampai macam tu sekali? Apa benda yang dah jadi sampai boleh putus sahabat ni?”
     Sekali lagi Anum menghela nafas. Kali ini panjang sedikit berbanding tadi. “Saya tak nak berkawan dengan orang yang tak pandai nak kenang budi dan jasa saya selama ni…”
     “Cuba awak cerita betul-betul… saya tak faham ni…”
     “Macam ni…” Anum tarik nafas.
     “Dulu saya dengan dia kawan dari kolej. Lepas habis belajar, dia buka company dan ajak saya kerja dengan dia. Dah tujuh tahun saya kerja keras dan tungkus-lumus majukan syarikat, tiba-tiba hari tu dia boleh cakap saya ni tak matang, kebudak-budakan dan suka pentingkan diri sendiri. Saya pun marahlah… tak puas hati, saya pun berhenti kerja. Tak kuasa nak kerja dengan orang macam tu lagi!”
     “Jadi maksud awak, apa yang dia cakap tu semuanya tak betul?”
     “Mestilah tak!” Dengan penuh yakin Anum membalas.
     “Kalau tak betul, kenapa awak berhenti kerja? Tak rasa ke itu satu tindakan yang kebudak-budakan dan tak matang? Seolah-olah macam mengiakan apa yang dia cakap. Orang yang matang selalunya akan fikir panjang dulu sebelum buat apa-apa keputusan…”
     Kali ini Anum terdiam. Rasa macam tak dapat pula nak jawab soalan Iskandar tu.
     “Masa dekat dalam restoran tadi… mesti si Danny tu datang jumpa awak sebab nak kutuk-kutuk awak dan sengaja nak sakitkan hati dengan cakap yang bukan-bukan lagi kan? Sebab tu awak mengamuk sakan…” Iskandar  menduga.
     “Dia datang tanya khabar dan ajak saya makan sekali dengan Melinda,”
     “Melinda? Siapa pulak Melinda ni… ?” Iskandar tayang muka pelik.
     “Melinda tu pun kawan saya jugak. Dialah yang sibuk-sibuk mengadu dekat Danny macam-macam sampai si Danny tu sebelahkan dia. Geram betul! Saya tak nak makan semeja dengan Melinda. Tak ingin nak duduk sekali dengan orang yang kuat mengadu macam dia tu!”
     “Isy, isy, isy… ” Iskandar geleng kepala.
     “Yang si Danny tu tak kenang budi, si Melinda pula kuat mengadu. Teruk betul perangai dia orang tu kan? Memang tak sesuai langsung nak berkawan dengan orang yang matang dan baik macam awak ni. Nasib baik awak mengamuk bila Danny ajak makan sekali. Itu memang betul-betul menunjukkan sifat matang tu… bila orang ajak makan, kita terus mengamuk. Excellent move…” Iskandar berkata sambil terselit ketawa kecil di hujung kata-kata. Membuatkan Anum jadi kelu. Kata-kata itu macam penuh bermakna saja diucapkan. Mendalam gila bunyinya…
      “Ingatkan kena kutuk ke, kena perli atau si Danny tu cakap benda-benda yang tak senonoh. Rupa-rupanya ajak makan sekali dah kena amuk sampai macam tu? Isy… isy…isy…” Iskandar tak habis lagi geleng kepala. Tersengih-sengih dia sambil memandang   Anum yang ketap gigi tak menjawab apa-apa.
      Tiba-tiba rasa macam pelik juga dengan diri sendiri. Itu aje alasan tengking si Danny tadi?
      “Kadang-kadang kan… kita ni sebagai manusia selalu ingat diri kita dah cukup sifat… Tapi sebenarnya terlalu banyak kekurangan dalam diri. Kadang-kadang kita rasa kita dah cantik, tapi sebenarnya tak lawa mana pun… kadang-kadang kita rasa kita pandai. Tapi dalam pada pandai, banyak juga perkara yang kita tak tahu. Kita rasa umur kita dah lanjut, dah dewasa tapi sebenarnya perangai tu mengalahkan budak-budak tadika dan kadang-kadang kita rasa perangai kita dah cukup sempurna tapi kalau kita berdiri depan cermin, kita boleh nampak yang terlalu banyak perangai yang perlu kita ubah…”
      “Awak perli saya ke ni?”
      Iskandar senyum simpul.
     “Tak… saya tak berniat nak perli sesiapa. Sekadar mengucapkan kata-kata yang pernah saya dengar. Kalau rasa ayat tu perlu untuk awak ingat, awak ingatlah. Tapi kalau rasa tak perlu, cukuplah dengan dengar pakai telinga kanan, biar dia keluar ikut telinga kiri…”
      Anum diam.
     Iskandar masih lagi tersenyum. Diperhatikan seketika wajah Anum yang sedang berdiri kaku sambil mengetap bibir.
     “Saya ingat saya nak balik dululah… nanti kalau ada masa, kita jumpa lagi. Awak pun elok balik rumah dan berehat. Tengok muka dah letih sangat. Balik dan tenangkan fikiran tu. Tak elok kalau sepanjang masa asyik nak tension dan hati nak marah aja. Jiwa dan hati yang tenang akan memancarkan wajah yang tenang juga tau…” Katanya masih lagi dengan senyuman. Senyuman yang boleh dikatakan tidak pernah lekang dari bibirnya. Senyuman yang benar-benar membuatkan dia kelihatan tenang sepanjang masa. Adakah senyumannya itu menandakan bahawa jiwa dan hatinya juga tenang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2011 08:38 PM | Show all posts
“Okey Anum… sorry ya kalau-kalau apa yang saya cakap tadi ada buat awak sakit hati. Assalamualaikum…”
     “Waalaikumussalam,” Anum membalas pendek.
     Iskandar mengorak langkah. Anum hanya memerhatikan sahaja tiap langkah yang diambil oleh lelaki itu. Sedikit demi sedikit bayang Iskandar hilang dari pandangan. Dekat mana si Iskandar ni letak kereta dia? Jauh sangat ke? Dekat sini masih banyak lagi ruang kosong untuk meletakkan kenderaan, kenapa tak park kereta dekat sini aja? Tapi yang paling penting ialah, ada kereta ke si Iskandar tu? Tak pernah nampak pun. Malam semalam masa pergi tengok bintang, pakai kereta aku. Bila tanya mana kereta dia, tak jawab pula. Senyum saja. Pelik, memang pelik...
      Sangat-sangat pelik orang yang bernama Iskandar ni. Tiba-tiba muncul dan tiba-tiba juga boleh pergi. Entah-entah dia ni hantu tak? A’ah la… manalah tahukan…? Babak yang dia selalu muncul pun selalunya malam-malam aja. Macam watak hantu. Jadi mungkin saja cerita ni cerita hantu. Dan Iskandar adalah hero yang hanya akan menjelma pada waktu malam sahaja. Bila siang, dia tidur dan malam baru melilau-lilau.
      Tapi tak jugak… masa mula-mula jumpa Iskandar tu, bukan waktu siang ke? Waktu dia hantar sarapan pagi lepas pada kemalangan tu. Jadi macam soalan yang tak mampu nak dijawab ni. Kena buat ujikaji sama ada dia tu hantu atau manusia. Kena ajak dia keluar waktu siang. Kalau betul dia hantu, mesti dia akan terbakar kena matahari. Kalau betul terbakar, habislah retung muka dia yang ala-ala stok hero majalah remaja tu. Dah tak hensem…
     Eh, cakap pasal hensem ni, ada ke hantu yang mukanya kacak lagi mencairkan hati macam tu? Bukan patutnya hantu ni berwajah hodoh dan buruk ke?
      Apa pulak? Tak pernah tengok cerita Twilight ke? Walaupun aku tak pernah rasa Edward tu hensem, tapi tengoklah berapa ramai yang histeria dengan wajah hensem Edward Cullen tu. Menjerit-jerit budak-budak perempuan kalau hero Twilight tu jalan dekat karpet merah. Semuanya sebab apa? Sebab orang tu hensem… jadi Vampire bertambah naik sahamnya. Lantaklah aku sorang je yang tak terpikat, berjuta perempuan yang lain cair gila tengok muka dia tu… aku cair tengok muka Iskandar je.
      Kalau Iskandar jadi hero cerita Vampire, memanglah tersangat layak. Boleh bergandingan Paul Wesley dan juga Ian Joseph Somerhalder dalam drama bersiri The Vampire Diaries. Drama yang aku tak boleh nak tinggal walau satu episod pun. Cerita Vampire Twilight tak minat, tapi kalau drama Vampire yang ni memang gila.  Semua watak puntianak dalam tu hensem-hensem, cantik-cantik dan lawa. Terutamanya Stephen Salvatore dengan Damon Salvatore tu. Adik-beradik puntianak yang sangat kacak dan macho.
     Bagi sesiapa yang tak pernah tengok drama Vampire Diaries, cerita ni ditayangkan dekat 8tv tau, season 1 dah habis tayang, nanti tunggu season seterusnya. Kalau tak tengok 8tv, carilah dekat internet, google kt Youtube, mesti ada. Gerenti akan cakap hero-hero dalam cerita tu hensem dan macho, samalah machonya dengan Iskandar dalam cerita ni...
     Jadi kalau Iskandar tu hensem macam mereka-mereka tu semua, tak mustahil jugalah yang si Iskandar ni pun tergolong dalam kategori hantu atau puntianak macam dia orang. Entah-entah dia sebenarnya datang dari keturunan hantu puntianak tu jugak kut. Nama penuh dia Iskandar Salvatore barangkali? Adik bongsu kepada Stephen dan Damon Salvatore yang telah menjadi Vampire akibat digigit oleh puntianak jahat bernama Katherine masa tahun 1864. Dah beratus-ratus tahun dia hidup dan merayau-rayau atas dunia ni.
      Alamak aii… kalau betul dia tu keturunan Vampire, macam mana? Sanggup ke aku jadi macam Bella dan Elena yang rela menjadi kekasih hantu?
      Hello cik kak! Cubalah fikir logik sikit? Vampire tu cuma cerita dalam filem dan tv ajalah. Ada ke nak samakan hantu puntianak tu dengan Iskandar? Tak berasas langsung! Kata diri sendiri tu dah matang sangat… ini ke pemikiran orang yang matang? Terpengaruh dengan cerita wayang?
      Aduh… kebudakan-budakan betul. Memalukan ajalah…!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 11:01 AM | Show all posts
Aik! Anum dah nak suka IS lak ke?...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 01:21 PM | Show all posts
terdiam jap anum bila kena tazkirah dgn iskandar....
agaknya iskandar nie, air kot yg blh sejukkan baran anum....
sian danny kena tengking dpn org ramai...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 02:39 PM | Show all posts
kesian anum... dah naik sasau....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 03:28 PM | Show all posts
Aik! Anum dah nak suka IS lak ke?...
shahrinas Post at 23-5-2011 11:01



a'ah... kan masa memula Iskandar jaga time dia pas accident tu dia da tangkap lentok rindu dendam ngn Iskandar?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 03:29 PM | Show all posts
terdiam jap anum bila kena tazkirah dgn iskandar....
agaknya iskandar nie, air kot yg blh sejukkan  ...
mawarbaiduri Post at 23-5-2011 13:21


terdiam sbb kena perli secara halus... hikhikhik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 03:31 PM | Show all posts
kesian anum... dah naik sasau....
naufal2705 Post at 23-5-2011 14:39



Huhuhuuu... crush la sesangat dgn Iskandar ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 03:33 PM | Show all posts
New N33333.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2011 03:36 PM | Show all posts
Bab 17
SEPASANG kasut tumit tinggi, jenama – Jimmy Choo. Seutas jam tangan, jenama – TITUS. Tas tangan bercoreng-coreng, jenama – Guess. Sebotol minyak wangi, jenama – Victoria Secret dan satu set mekap, jenama – Estee Lauder. Jumlah keseluruhan: RM3500. Itu belum dicampur dengan duit cukai makanan dekat restoran, duit parking kereta dan duit beli tisu tadi…
     Adusss! Habis duit simpanan aku. Hari ni macam air sungai dia mengalir keluar dekat dalam kedai-kedai tu semua. Masuk, pilih barang, gesek kad kredit. Masuk kedai lagi, pilih barang, gesek kad kredit lagi. Bila dah penat satu hari tawaf KLCC sampai senja, sekarang ni duduk melangok dekat kedai Dome sambil minum air coklat. Dengan muka toye, menghadap tasik sambil muncung panjang sedepa dan air mata rasa nak mengalir keluar sama laju macam duit yang dah habis berjoli satu hari suntuk ni.
      Anum menongkat dagu. Jari-jemari sebelah kanan tak habis-habis digerak-gerakkan mengetuk perlahan meja bulat tersebut. Tak berkelip-kelip kelopak mata memandang beg-beg kertas hasil bershopping tadi. Memandang dengan rasa sayu dan sedih. Makin lama dipandang beg-beg tersebut, makin nak mengangis dia rasa. Makin dia belek isi-isi kandungan dalam tu, makin nak melalak sekuat-kuat hati. Dah shopping sakan, bukan rasa happy tapi rasa menyesal pulak. Sudahlah tak kerja, sanggup pula berhabis sakan untuk berjoli hari ni? Joli gila-gila punya. Dah penat-penat simpan duit, hari ni dengan tak berperasaan duit-duit tu semua disalurkan untuk mengkayakan taukeh-taukeh kedai dekat shopping complex ni. Membazir tahu tak? Membazir!!
        Satu keluhan yang maha berat dilepaskan. Menyesal aku keluar pergi KLCC hari ni. Menyesal aku ikut kata hati nak keluar jalan-jalan hari ni. Kalau tak keluar, tak habis duit. Kalau tak pergi KLCC tak akan bershopping. Menyesal! Menyesal! Menyesal!!!
       “Assalamualaikum…”
       Anum mengangkat muka. Berkerut-kerut dia memandang si pemberi salam. Si Iskandar…
      Hadoii…. dia ni lagi sorang! Ingat muncul dekat depan orang sekarang, boleh nak ceriakan hati yang tengah berduka lara ni ke? Tengok muka kau rasa lagi macam nak menambahkan rasa sakit hati. Sudahlah seminggu tak dengar khabar berita, hari ni tup-tup boleh muncul pula dekat sini. Urgh!
       “Assalamualaikum…” Sekali lagi salam diberi apabila salam yang pertama langsung tidak diendahkan oleh Anum.
      “Waalaikumussalam,” Anum jawab mendatar.
     “Kenapa muka sedih aja ni? Tak berseri langsung?” Katanya sambil menarik kerusi berhadapan dengan Anum.
     “Tengah patah jiwa…” Anum menjawab sambil meletak kepala di atas meja. Sedih gila muka dia sekarang ni.
     “Aik? Dah shopping sakan pun patah jiwa lagi?” Dia menggeleng-gelengkan kepala sambil membelek sedikit isi beg shopping Anum.
     “Dah berminggu-minggu cari kerja. Tak ada orang panggil interview pun! Hukhukhuk… Sedihnya!” Anum memuncungkan mulut. Sambil-sambil itu matanya sempat melirik pada dua orang lelaki yang duduk selang beberapa meja. Saling pandang-memandang ke arahnya. Apa pandang-pandang? Orang tengah patah jiwa ni, jangan main-main. Lebam biji mata tu kang!
     “Duduk minum coklat aja ke? Tak makan?”
     “Tak nak… tengah frust gila ni!” Anum menjawab seperti orang yang dah kena penyakit demam denggi. Lembik semacam.
     Lelaki itu terus ketawa mendengarkan jawapan Anum. “Macam dah teruk sangat ni…”
    “Memang pun! Rasa pelik kenapa tak ada orang nak panggil interview? Berapa lama nak jadi penganggur ni? Sedih tau… Sedih! Hukhukhuk…”
     “Isy… Janganlah buat muka sedih macam tu dekat sini. Jatuh saham nanti. Tak nampak ke ada budak lelaki yang tengah pandang-pandang tu?” Katanya sambil menunjuk dengan isyarat mata ke arah dua lelaki sebentar tadi.
      Anum melirik pandang pada meja tersebut. Tersenyum-senyum kedua-dua lelaki yang berpakaian segak dengan baju kemeja dan berseluar slack. Baru balik dari pejabat agaknya.
     “Dia orang tengah nak usha awak tu… control cun la sikit,” katanya sambil tersengih-sengih.
     “Nak usha apa nya? Tengok muka pun dah tahu budak-budak lagi tu. Atas meja pun ada fail. Entah-entah baru grad dan tengah sibuk nak cari kerja. Belum apa-apa dah ada hati nak senyum-senyum dekat orang! Tak tahu ke saya ni dah pangkat kakak dah!” Anum menjeling. Langsung tak berminat nak membalas senyuman kedua-dua lelaki tersebut.
      “Mana dia orang tahu awak ni kakak… badan kecil molek, muka babyface, comel aja macam budak baru nak masuk sekolah menengah,”
Anum mencebir. Sekali lagi memandang dengan ekor mata pada kedua-dua lelaki tadi. Nampak kedua-dua mereka berbisik-bisik dan diselangi dengan ketawa kecil.
     “Tak berminat nak cari jantan sekarang ni. Lebih berminat nak cari kerja. Mana lagi nak cari kerja ni? Dah tahap ultraman dah penat nak cari kerja tapi tak dapat-dapat! Waaaaaa…” Kali ini kepala diletakkan semula di atas meja. Bila memikirkan pasal kerja, semangat memang langsung layu. Kecewa gila!
       “Tak apalah… nanti-nanti dapatlah kerja tu. Tak ada rezeki lagi, nak buat macam mana…” dia cuba memujuk. Pandangan mata masih lagi tak lepas memandang Anum yang nampaknya betul-betul tengah parah sekarang ni.
       “Kenapa tak ada orang panggil interview… kenapa susah sangat nak cari kerja… kenapa dah shopping macam-macam pun hati masih lagi tak seronok… kenapa… kenapa….” Anum membebel seorang diri. Dengan kepala yang masih lagi ditelungkupkan di atas meja.
      “Ya Allah… frust sangat sampai dah tak larat nak angkat kepala ke? Bercakap pun sorang-sorang ni,” Dia geleng kepala lagi. Anum masih tak angkat muka walaupun dia cakap macam tu.
       “Kenapa dah habis duit banyak pun tak happy lagi… kenapa… kenapa…” Anum membebel-bebel lagi seorang diri.
       “Nampak macam awak ni dah tenat sangat. Tak boleh jadi ni. Kalau shopping dah habis duit beribu pun tak dapat nak pulihkan diri, jom kita cuba pulihkan ikut cara saya pulak,” katanya sambil mengangkat punggung. Mungkin dia sendiri tak tahan melihat penyakit patah jiwa Anum.
      “Nak pergi mana?” Kali ini baru Anum mengangkat muka.
      “Adalah… Jom!” Dia sudah mula mengorak langkah.
       Walaupun rasa macam tak nak ikut, tapi Anum bangun juga. Mengambil beg-beg kertas lalu turut mengorak langkah. Melintasi meja lelaki dua ekor tadi, dapat telinganya menangkap hilai tawa kedua-dua mereka. Ketawa pasal apa entah! Kena angin kus-kus time-time maghrib agaknya…
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 03:38 PM | Show all posts
******
“NAK PERGI MANA NI?”
       “Adalah…” Jawapan yang sungguh rahsia.
       Nak bawak pergi manalah pulak dia ni? Boleh percaya ke cara dia nak pulihkan jiwa yang dah patah ni? Boleh bagi jaminan ke semangat yang hilang ni boleh kembali semula? Sedangkan hobi bershopping yang telah lama dipraktikkan pun tak berjaya nak menyihatkan kepala otak ni, apa lagi kalau dengan kaedah baru yang tak tahu apa bendanya lagi ni? Kang buat tambah rosak sakit jiwa aku kang…
       “Nak buat apa dekat sini?” Soal Anum sebaik saja keretanya yang dipandu oleh Iskandar meluncur masuk ke dalam Bangunan One Utama.
       “Nak lepaskan tension,” Jawabnya pendek. Diletakkan kenderaan lalu melangkah turun. Anum berjalan membelakangkan Iskandar. Masa ni tak ramai orang mungkin sebab dah pukul sembilan malam dan hari orang bekerja pula. Anum dan Iskandar naik ke tingkat atas. Ke bahagian bumbung. Di dalam hati Anum semakin tertanya-tanya. Nak buat apa agaknya si Iskandar ni. Nak kata suruh shopping, kenapa pergi naik sampai ke bumbung pula? Ada jual kain baju ke kat atas bumbung ni?
       Sampai di atas, Iskandar hulur duit dua puluh ringgit pada Anum dan suruh tukar token dengan orang yang jaga tempat tu. Anum menurut saja dan selesai membayar, sebatang kayu besbol diberikan kepadanya berserta dengan sebuah helmet. Dengan terpinga-pinga Anum mendapatkan Iskandar yang sedang menunggu di tepi gelanggang yang berjaring. Dihulurkan barang-barang tersebut kepada Iskandar.
       “Bukan untuk saya, untuk awak…” katanya lalu menyuruh Anum masuk ke dalam gelanggang. Dipakaikan helmet ke atas kepala Anum. Dia pula berlalu ke tempat di mana sebuah mesin berada. Dimasukkan token ke dalam mesin tersebut.
      “Bila bola sampai, pukul sekuat-kuat hati. Biar hilang semua rasa dekat dalam hati tu,”  Arahnya selepas token dimasukkan. Dilaraskan mesin bola tersebut agar ketinggiannya sesuai dengan Anum.
        Anum ketap bibir. Nak pegang kayu besbol pun tak lepas, nak suruh pukul bola sekuat-kuat hati pulak. Sudahnya, apabila keluar bola dari mesin, terus menuju tepat ke arah Anum. Tak sempat nak buat apa-apa, terus terkena kepala. Aduiii… nasib baik pakai helmet. Kalau tak, mahu benjol kepala dia ni...
       “Tak apa… try lagi…” Kata Iskandar sambil tersengih-sengih.
       Anum tarik nafas dan cuba lagi. Empat kali bola yang datang, empat-empat kali dia dapat pukul. Tapi bukan pukul bola la… pukul angin. Bola belum sampai, dia dah hayun kayu. Kalau tak terlebih cepat, terlebih lambat pulak. Bola dah sampai tapi terhegeh-hegeh nak pukul. Menggeleng-geleng Iskandar tengok dia yang langsung tak reti nak pukul bola besbol.
       “Macam nilah cik kak…” Apabila dah tak tahan tengok bola yang disia-siakan sebegitu mudah oleh Anum, akhirnya Iskandar masuk ke gelanggang. Berdiri di belakang Anum lalu memegang kayu besbol yang sedang dipegang oleh Anum.
        “Dua-dua tangan pegang dekat hujung kayu. Genggam kuat-kuat…” Katanya sambil menggenggam jari-jemari Anum.
        Alamak… dia pegang tangan aku! Eh, bukan, dia pegang kayu besbol tapi kayu besbol ni kebetulan ada dekat tangan aku. Eh, bukan… dia memang sengaja nak pegang tangan aku…  Adus! Apa ni? Kelam-kabut semacam! Rileks lah… dia cuma nak ajar main besbol ajalah!
       “Bila bola datang, fokus betul-betul dan lepas tu… pukul!” Terus saja bola yang datang dapat dipukul dengan tepat oleh Iskandar. Melayang jauh perginya bola tersebut. Wah, pandai juga dia ni main besbol erk?
        “Okey, kita cuba lagi.” Kata Iskandar masih lagi menggenggam erat tangan Anum.   Matanya difokuskan sepenuhnya pada bola yang akan keluar dari mesin di hadapan.
Kena lagi! Tepat mengenai sasaran pukulan mereka. Tiga kali pukul, tiga-tiga kali semuanya kena. Anum menjerit keriangan.
       “Sekarang cuba buat sendiri.” Kali ini Iskandar melepaskan pegangan. Dia beranjak sedikit ke belakang. “Tengok bola tu betul-betul… bila dah dekat, baru pukul.” Ajarnya.
        Anum mengangguk. Dipandang ke hadapan lalu dengan tekun menunggu bola seterusnya. Sampai saja bola, terus dia pukul dengan sekuat-kuat hati. Tepat!
       “Yeay!” Anum menjerit keriangan. Rasa seronok bila dia sudah mulai pandai memukul bola besbol.
        Anum mencuba lagi. Lima kali bola datang, lima-lima kali semuanya dapat diambil. Teruja sungguh dapat main besbol ni. Tak pernah cuba sebelum ni.
       “Kalau nak jerit kuat-kuat masa pukul pun boleh. Sambil pukul, sambil lepaskan semua yang ada dekat dalam hati tu!” Jerit Iskandar dari luar jaring memberi semangat pada Anum.
        Anum mengangguk. Bila bola sampai, dia pukul sambil menjerit.
        "Kuat lagi pun boleh!” Jerit Iskandar lagi.
       Anum mengikut apa yang disarankan oleh Iskandar itu. Sambil pukul bola, sambil tu dia menjerit. Sepuluh kali bola yang datang, sepuluh kali juga dia menjerit. Sambil-sambil tu dia memukul dengan sekuat-kuat hati. Fuh! Rasa sungguh lega lepas menjerit dan memukul. Secara tiba-tiba boleh hilang semua rasa down yang dialami tadi. Dah bersemangat semula rasanya. Dapat pukul bola, lagi seronok daripada habis duit berjoli sakan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2011 03:41 PM | Show all posts
******
“KALAU nak, malam esok kita boleh datang sini lagi lepaskan tension…”
      Kata Iskandar sewaktu Anum mendapatkannya sebaik saja kayu besbol dan helmet dipulangkan.
       “Esok nak datang sini lagi?” Soal Anum teruja. Bagus juga tu. Rasa macam tak puas nak pukul bola sekuat-kuat hati.
       Iskandar mengangguk. “Boleh aja… Manalah tahu kalau-kalau awak dah rasa gian nak main besbol lagi, boleh kita datang sini esok malam.”
      “Kenapa malam? Kalau datang esok siang tak boleh ke? Dah rasa tak sabar nak main lagi ni…” sanggah Anum. Baru aja selesai main, tapi rasa gian dah mula menghinggap.
      “Siang tak bolehlah. Panas! Lagipun siang esok saya memang ada hal,” Jawab Iskandar.
      “Hal? Hal apa? Esok kan hari Sabtu. Kerja ke?” Soal Anum.
      “Tak kerja… tapi adalah hal sikit…”
       Huh! Berahsia la pulak. Sikit-sikit ada hal. Sikit-sikit ada hal. Entah hal apa entah…
Bila siang, banyak pula hal dia. Bila malam tak ada hal pulak. Hal apa la tu? Entah-entah hal nak menyorok dari terkena pancaran matahari. Tadi pun dia dah keluarkan ayat esok siang panaslah… Ha! Ini mesti kes tak boleh kena panas. Jadi dia kena berkurung dalam rumah sebab kalau kena cahaya, nanti badan dia akan terbakar. Macam cerita vampire tu. Entah-entah dia ni…
      “Awak ni hantu ke?”
      “Ha?”
      Anum tutup mulut. Alamak terlepas la pulak!
      “Hantu? Awak tanya saya ni hantu?” Soal Iskandar sambil berkerut-kerut dahi.
       Anum dah kecut perut. Terkebil-kebil dia memandang Iskandar. Habislah… habislah aku kali ni. Tak pasal-pasal terlepas cakap pula. Habislah kalau Iskandar ni betul-betul hantu, tamatlah riwayat aku malam ni. Demi untuk memastikan yang rahsia dia ni hantu tak terbongkar luas, mesti dia akan bunuh aku punya. Mesti dia akan gigit leher dan hisap darah aku… itulah, siapa suruh terlepas cakap! Takutnya… siap-sedialah nak kena gigit ni…
       Dalam pada rasa takut nak kena gigit, Anum dapat menangkap suara Iskandar yang tiba-tiba saja ketawa. Diangkat muka lalu dipandang lelaki itu dengan terkebil-kebil. Ini kes hantu dah naik meroyan ke ni? Tak pasal-pasal ketawa pulak ni!
      “Anum… Anum… Macam manalah boleh terfikir sampai macam tu sekali? Kalau betul saya ni hantu, ada ke hantu yang boleh bagi salam?”
       Anum diam. Sambil-sambil tu dia berfikir.
       “Kalau hantu, mesti tak boleh nak mengucap, nak mengaji. Tapi kalau awak nak dengar, sekarang ni juga saya boleh mengucap dan baca Al-Fatihah…” Terus saja Iskandar berhenti ketawa dan mulutnya lincah mengucapkan kalimah dua syahadah. Lancar dan bersahaja. Tak ada tersekat-sekat pun.
       Anum memerhati dengan tekun. Manalah tahu kut-kut lepas pada mengucap tu ada asap yang keluar dari badan Iskandar. Lepas pada mengucap badan dia terbakar ke. Tapi tak ada pulak. Jangan kata api dengan asap, merah muka pun tak ada. Biasa aja. Tak ada apa-apa yang jadi pun.
       “Tak puas hati lagi dengar saya mengucap? Nak suruh mengaji surah Muqadam pulak ke? Surah yang mana satu?” Iskandar nampak seperti nak mengusik.
      Anum mencebir. Dia ni, nak perli-perli pulak. Nak usik-usik orang.
      “Dari mana awak boleh terfikir dakwaan mengarut ni? Saya hantu? Ada rupa macam hantu ke saya ni?” Katanya tersenyum.
      “Manalah tahu… hantu sekarang dah tak macam dulu-dulu. Hantu moden ni banyak yang hensem. Apa lagi kalau hantu vampire, memang semuanya tak ada yang hodoh. Boleh cair tengok muka dia…”
       “Maksudnya, awak dah cairlah tengok muka saya ni?”
       Anum terdiam. Manakala Iskandar sambung ketawa.
      “Saya cuma pelik… asal jumpa awak aje, mesti waktu malam. Asal terserempak aje, matahari dah terbenam. Tak pernah waktu siang.  Jadi…”
      “Jadi awak rasa saya ni sama macam hantu Vampire dalam tv tu? Terbakar kalau terkena cahaya matahari?”
       Anum terus mengangguk.
       Iskandar masih lagi ketawa. Sambil-sambil itu dia bergelengan. Apabila tawanya berhenti, terus saja dia bersuara,  “Oklah… kalau awak nak tahu, hal yang dimaksudkan oleh saya tadi ialah saya nak pergi memanjat bukit esok. Jadi, untuk menepis spekulasi tak masuk akal ni, apa kata kalau awak ikut saya sama-sama? Saya akan buktikan yang saya ni bukan hantu. Pukul empat pagi saya tunggu dekat basement rumah awak dan kita sama-sama pergi tengok matahari terbit. Kalau betul saya ni hantu, automatic saya akan terbakar masa matahari tu memancar. Macam mana? Nak?”
      “Empat pagi? Awalnya!” Anum menjerit terkejut.
      “Itu dah kira lambatlah tu. Kalau saya ni hantu, tak cukup masa nak cekik awak matahari dah muncul...” Balas Iskandar selamba.
      Anum buat muka. Terus saja mengikut langkah Iskandar dari belakang. Mintak-mintaklah dia tak terbakar esok. Kalau tak, hancur musnah harapan nak keluar dengan dia lagi. Isy... Nak keluar dengan dia lagi ke? Tak takut ke kalau dia ni memang hantu? Kalau terbakar, patutnya cakap Alhamdulillah… Selamat tak perlu berkawan dengan hantu!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2011 03:59 PM | Show all posts
kelakar pulak kat anum nii tapi kecian lagi kat danny....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.089386 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list