CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pinky_pink

TercipTa UntuKKu...-[U]

[Copy link]
 Author| Post time 10-5-2011 02:35 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinky_pink at 12-5-2011 14:55

******
PERBINCANGAN dengan Nashvin dan Adi selesai setelah hampir dua jam mereka berada di dalam bilik Anum. Hasil kerja yang ditunjukkan oleh Adi amat menarik dan di luar jangkaan. Nashvin sendiri berulang-ulang kali menyatakan yang pelanggan berkali-kali menyuarakan kekaguman pada hasil kerja anak muda tersebut. Kembang-kuncup hidung Adi mendengarkan pujian yang ditaburkan kepadanya.
     Anum bersandar di kerusinya. Contoh skrip iklan minuman berperisa yang baru saja diberikan oleh Adi dan Nashvin berada di tangannya. Helaian-helaian kertas yang mengandungi gambar-gambar dari mula hingga habis jalan cerita iklan tersebut dibelek dan dinilai. Macam mana camera angle, bagus ke tak bagus jalan cerita, mana nak ditapis dan ditambah, salah atau tak ejaan dan macam-macam lagilah.
    Kalau diikutkan, dia tak perlu sebenarnya nak membelek dan meneliti kerja-kerja ni semua. Tugas yang sepatutnya dilakukan oleh editor. Kalau dulu-dulu sebelum jadi naib pengerusi ni memang patutlah dia semak benda-benda ni semua. Itu masa dia masih lagi jadi art director, tapi sekarang jawatan tersebut dah diserahkan pada Zubaidah. Patutnya kerja si Zubaidah la menyemak benda-benda ni semua.
     Tetapi disebabkan Zubaidah baru aja letak jawatan kelmarin, jadi untuk sementara tugas tersebut terpaksa dilakukan oleh Anum. Jawatan dan tugas yang ditinggalkan oleh Zubaidah tu dibiarkan kosong sampai Danny balik dan tunggu sama ada nak cari orang baru atau lantik orang lain aje ganti tempat dia. Tak tahulah kenapa si Zubaidah tu tiba-tiba hantar surat berhenti. Dah dua tahun kerja sini, elok-elok baru naik pangkat, dah berhenti pulak. Tak pasal-pasal Anum kena take over kerja dia. Nak suruh orang lain buat, tak sampai hati. Kerja dia orang sendiri pun berbukit-bukit nak kena siapkan. Penat pun penatlah… letih mata pun letihlah… janji kena check dulu benda ni sebelum proceed.
    Perut Anum tiba-tiba rasa berkeroncong minta diisi. Disapunya perut perlahan berulang-ulang kali. Diteguk air milo panas yang tinggal separuh sehingga habis licin. Mengharapkan agar kehangatan milo itu dapat melenyapkan seketika rasa laparnya. Memang sejak tengah hari tadi dia tak makan apa-apa. Dia tak berkesempatan untuk makan lantaran terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang berlambak. Hanya pagi tadi saja sempat menjamah roti bakar sebelum keluar rumah.
    Sampai pejabat, terus saja dia berurusan dengan Puan Laila berhubung dengan Cd Interaktif kanak-kanak yang mengikut perancangan akan dipasarkan tiga bulan lagi. Buku kanak-kanak keluaran syarikat Puan Laila akan dikartunkan, diilustrasikan dan dimasukkan ke dalam cd bagi membolehkan pasarannya dilakukan dengan lebih meluas. Shamsul sebagai marketing excecutive telah memastikan yang cd-cd tersebut sekurang-kurangnya diedarkan kepada lebih lima puluh buah tadika di sekitar Kuala Lumpur ini. Termasuk juga di setiap kedai-kedai buku di seluruh Malaysia. Baguslah tu… budak-budak ni kadang-kadang kalau kita nak suruh baca buku memang malas, tapi kalau kita suruh tengok kartun, memang luas aja biji mata.
    Nak berurusan dengan Puan Laila ni bukan senang. Cerewet sangat orangnya. Ada saja yang tak kena di matanya. Sebab itu dari pukul sepuluh mereka berbincang, sampai habis waktu makan tengah hari pun tak sudah lagi. Dan bila hilang saja kelibat dia, si Ruziana pula masuk dengan membawa tiga empat fail akaun untuk diteliti oleh Anum. Sampai ke maghrib tak habis belek lagi fail-fail tu semua. Dan sekarang ni pula, nak kena semak hasil kerja Adi pula. Kalau tak disebabkan kerna terpaksa, mahu saja dia tinggalkan dulu tugas editor yang meminarkan mata ni…
    Sekali lagi perut Anum berkeroncong. Tak tahan lapar, dia keluar mengambil Maggie in my cup di bilik pantri. Direndam selama dua minit lalu dibawa masuk ke bilik. Boleh buat alas perut sambil-sambil nak siapkan kerja membelek. Makan Maggie pun Maggie lah… apa nak buat. Janji dapat tahan lapar sejam dua lagi.
     Masuk ke dalam bilik, dengan jelas kedengaran bunyi telefon bimbitnya berkumandang. Nama abang Iqram terpampang di skrin telefon.
    “Kenapa tak sampai lagi ni? Dah lama tunggu!” Terus saja soalan itu diaju selepas selesai memberi salam.
    Anum tepuk dahi. Dikilas jam di pergelangan tangan. 8.45 malam. Langsung tak ingat tentang janji nak balik makan malam hari ni.
   “Banyak kerjalah… Tak sempat nak balik,”
    Terdengar keluhan dari hujung talian.
    “Orang tu dah lama tunggu. Anum ni buat abang malu dengan dia ajalah…”
    Orang? Orang mana pulak ni?
    “Kalau Anum balik sekejap sekarang tak boleh ke? Sempat lagi ni, abang suruh dia tunggu lagi sejam.”
“Anum banyak kerjalah… Tak boleh nak tinggal. Abang halau ajalah orang tu balik. Suruh dia datang masa hari raya nanti, baru Anum ada masa nak duduk rumah!” Anum membalas. Walaupun dia sebenarnya kurang pasti siapakah orang yang dimaksudkan oleh abang Iqram tu, tapi dia malas nak tanya banyak-banyak. Suruh ajalah orang tu balik. Tak ada masa nak balik rumah, tinggalkan kerja yang melambak-lambak ni semata-mata sebab ada orang yang tengah menunggu dekat rumah. Tak kuasa nak layan!
    “Semalam masa abang tanya, nak confirm betul-betul Anum boleh balik ke tak, Anum tak cakap pun hari ni sibuk. Dah susah-payah orang tu datang, Anum tak balik pulak!” Ada nada yang kecewa kedengaran dari suara abang Iqram.
   “Mana Anum tahu tiba-tiba hari ni nak sibuk pulak! Dahlah bang… Anum malaslah nak cakap telefon lama-lama. Anum banyak sangat kerja sekarang ni. Abang pergilah layan tetamu terhormat abang tu. Cakap dekat dia, lain kali kalau nak buat jumpa dengan manusia sibuk macam Anum ni kena buat appointment sebulan lebih awal. Nak jumpa Anum, samalah tarafnya macam nak jumpa Perdana Menteri, tahu?” confident saja ayat sama taraf dengan Perdana Menteri tu keluar dari mulut Anum.
    “Anum ni…”
    “Dahlah bang! Bye!”
    Terus saja Anum mematikan talian. Tak kuasa nak cakap lama-lama dengan abang Iqram lagi. Sudahlah kerja masih banyak yang nak kena siapkan. Nak buang-buang masa lagi bergayut dekat telefon. Bukannya perkara penting sangat pun. Setakat nak bagitahu ada orang yang tengah tunggu dekat rumah, langsung tak hairan pun. Kalau Presiden PBB yang tengah menunggu dia dekat rumah tu lainlah. Barulah boleh nak terkocoh-kacah nak berlari balik. Ini takat-takat entah makhluk mana yang menyibuk nak menyemakkan kepala otak dia ntah…
    Biar ajalah dia tunggu sampai esok pagi. Kalau tak sanggup, balik ajalah. Orang tu tunggu ke, balik ke, ada aku kisah??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2011 03:20 PM | Show all posts
wah.... kemain lagi si anum nie....... ego bonar org nya.....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 03:59 PM | Show all posts
sempoilah ANUM nie...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 04:03 PM | Show all posts
Reply  sejuk


  Anum ego, degil, keras kepala + garang bebenor... kan? kan? kan?
pinky_pink Post at 10-5-2011 14:27



    lps ni mst ade laki yg ubh die kn??
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 04:05 PM | Show all posts
Reply  sejuk


  Anum ego, degil, keras kepala + garang bebenor... kan? kan? kan?
pinky_pink Post at 10-5-2011 14:27



    mmg pon,,,lps ni mst ade something yg ubh die kn
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2011 05:09 PM | Show all posts
heh...heh..heh... yakin ke ada orang y akan ubah perangai Anum ni? Manalah tau kut2 citer sy ni lain dari y lain ke...

kalau sy bt, perangai Anum berubah, tp bkn berubah menjadi baik malah jd lebih teruk+jahat, agak2 ok ke? kut2 lps ni dia bergaduh ngn ayah dia pas2 dia bunuh ayah dia ke, dia x sengaja tertolak akak ipar dia y tgh sarat mengandung tu jatuh tangga ke... pas2 sume oang tmbah benci ngn dia then dia x tahan, kepala otak jd makin psiko+gila... hahahahaaaa....:@:@:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2011 05:19 PM | Show all posts
Reply 86# pinky_pink


    ok je......sebab nampak gaya cam anum ni tak dak perasaan....jiwa kacau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-5-2011 05:47 PM | Show all posts
Reply  pinky_pink


    ok je......sebab nampak gaya cam anum ni tak dak perasaan....jiwa kacau
redsentra Post at 10-5-2011 17:19



Really??? Kang tetiba oang nyampah pulok nk baca watak utama otak masuk air.... huhuhuuu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2011 06:07 PM | Show all posts
Reply 88# pinky_pink


    bleh aje... last2 sekali baru la buat dia sedar dari lena panjang & ada la insan/ sesuatu yang membuatkan dia berubah

cthnye: mcm ada dtg mimpi ke bawa dia jenjalan2 & lihat semua salah silap dia buat dia jadi insap ... hehehhe... cth je la... tapi pakai la idea pinky sendiri ...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 06:51 PM | Show all posts
Terpulanglah kepada writer nak continue camna kerana setiap sesuatu tu tentu ada reason... Anyway so far it's ok... Good Job.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2011 06:55 PM | Show all posts
nexttt.............
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 11:26 AM | Show all posts
kalau baca sinopsis ada sebut nama Iskandar... tp watak dia x muncul2 lg, tgh tunggu dia muncul nie... X sabar!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 03:06 PM | Show all posts
tak de n3 lagi ....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 03:25 PM | Show all posts
Terpulanglah kepada writer nak continue camna kerana setiap sesuatu tu tentu ada reason... Anyway so ...
etysujak Post at 10-5-2011 18:51



  Tp kalau nk bg cdgn pun ok jugak, manalah tau boleh diguna pakai, copy paste idea pembaca2 sume kn? hikhikhik....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 03:26 PM | Show all posts
Reply  pinky_pink


    bleh aje... last2 sekali baru la buat dia sedar dari lena panjang & ada  ...
redsentra Post at 10-5-2011 18:07



ok, ok... boleh dipertimbangkan idea tersebut... ada persamaan sket2 la dgn idea y sy nk bt neh... saba eh... saba...
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2011 03:29 PM | Show all posts
******
PERBINCANGAN dengan Nashvin dan Adi selesai setelah hampir dua jam mereka berada di dalam bi ...
pinky_pink Post at 10-5-2011 14:35



pinky, kau buat spacing sikit kasi clear dari satu para ke para seterusnya , mudah nak baca
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-5-2011 03:29 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinky_pink at 11-5-2011 15:57

Bab 9
     MESYUARAT dengan pekerja-pekerja bahagian pemasaran belum lagi selesai walaupun sudah memasuki dua jam lebih lamanya. Pelbagai isu dibincangkan dan ada di antaranya yang membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan mereka. Business development executive yang seramai empat orang itu nampaknya tidak berapa setuju dengan tindakan Anum yang ingin menyekat duit komisyen mereka selagi bayaran tidak dibuat oleh pelanggan.
     Mesyuarat ini dilakukan oleh Anum setelah selesai dia membelek fail-fail akaun yang Ruziana serahkan kepadanya. Dua hari dua malam dia bertapa menyemak fail-fail tersebut. Apabila khatam saja menyemak fail tersebut, serta-merta dia mengarahkan agar mesyuarat dengan bahagian pemasaran dilakukan. Ada tindakan drastik yang ingin dilakukan olehnya ke atas mereka semua.
    “Mana boleh macam ni, Ad… gaji basic kitaorang bukannya besar sangat. Tak sampai seribu. Harapkan duit komisyen ajalah nak tampung hidup. Tapi kalau itupun you nak sekat, macam mana kita orang nak bayar duit kereta, duit rumah, tambah-tambah lagi bagi orang yang dah kahwin macam I ni. Banyak tanggungan, Ad…” Shamsul bersungguh-sungguh menyatakan ketidak persetujuannya mengenai langkah Anum yang ingin memperkenalkan syarat baru terhadap mereka.
     “Dulu you dah sekat duit claim milage kita orang. Elok-elok tiap-tiap bulan boleh claim sampai tiga empat ratus sebulan, sekarang ni nak claim dua ratus pun dah susah. Kali ni you nak sekat duit komisyen pulak. Lepas ni entah apa yang you nak potong lagi. You nak kasi kita orang mampus agaknya, Ad!” kata Shamsul lagi dengan wajah yang merah. Mungkin menahan rasa marah.
     “Sham, you janganlah nak emosional sangat. Tadi kan I dah cakap, I bukan nak sekat terus duit komisyen tu. I tahu itu duit titik-peluh you all semua. Tujuan I buat macam ni ialah supaya you all rajin kejar payment. I tak nak company ni nama aja banyak projek keluar-masuk tapi duit satu sen pun tak dapat. Kalau company tak ada duit, macam mana nak bayar gaji staf-staf semua?” Anum mempertahankan kewajaran di atas tindakannya itu.
     “I emo sebab I rasa tindakan you ni tak wajar! You cakap senanglah sebab you tak ada anak bini nak tanggung. Tapi kita orang ni? Lepas satu, satu benda yang you nak sekat. Pelanggan yang susah nak bayar, kenapa kita orang pulak yang nak kena tanggung?” balas Shamsul lagi. Nampaknya di antara empat orang business executive yang ada di dalam bilik mesyuarat ini, hanya Shamsul saja yang sedari tadi berani hendak mempertikaikan tindakan Anum. Yang lain-lain nampaknya lebih senang mendiamkan diri. Menjadi pemerhati kepada pertelagahan pendapat kedua-duanya.
     “Eh Sham, takkan you tak tahu yang kerja nak dapatkan bayaran dari pelanggan ni memang kerja BDE? As Business Development Executive, memang awal-awal lagi dah diberitahu yang you all kena keluar cari projek dan bila projek dah siap, pastikan client bayar kos-kos tu semua secepat yang mungkin. Kenapa sekarang nak merungut pulak? Itukan memang kerja you?” Anum memandang tepat ke arah Shamsul yang duduk bertentangan dengannya. Tajam dan tepat dia melihat wajah lelaki itu.      Banyak mulut puluk mamat ni!
      Anum menambah lagi kata-katanya. “I tengok payment yang belum dibayar ni banyak sangat yang tertunggak. I tahu you all semua memang bagus kalau bab nak cari projek, berduyun-duyun kerja yang dibawa masuk. Tapi kalau setakat projek aja yang masuk… duitnya tak masuk sekali, nak buat apa?”
Kali ini Anum beralih pandangan pada kesemua sekali mereka yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut. Satu demi satu. Shamsul, Nashvin, Amran dan Khadija. Anum turut juga memandang ke arah Ruziana yang duduk di sebelahnya. Gadis yang hanya berdiam diri. Tidak menyampuk selagi suaranya tidak diperlukan.
     “Sebab tu I kena ambil tindakan drastik macam ni. I dah decide, selagi client tak jelaskan full payment, selagi itulah company akan tahan semua duit komisyen. Kalau ada lima projek you all yang tertunggak, maknanya duit komisyen untuk kelima-lima projek itu you all tak akan dapat. Nak dapat duit, rajin-rajinlah kejar payment,”
     “Eh Ad… I nak tanya you sikit, yang you pandai-pandai nak tetapkan syarat ni Danny dah tahu ke?” Kali ini, Shamsul pula yang memandang tajam pada Anum. Seolah-olah merasakan bahawa dia telah menyoal Anum dengan satu soalan maut yang mungkin tak terjawab oleh gadis itu.
     “Sebelum you buat apa-apa keputusan, at least you kena bincang dengan Danny dan Big dulu kan? Sebagai senior marketing executive dekat syarikat ni, Big mesti kena tahu dulu. You tak boleh buat benda ikut kepala otak you aja tanpa berbincang dengan orang atasan kita orang,” Shamsul mengangkat sedikit sebelah keningnya yang hitam dan lebat. Mengharapkan agar Anum berasa sedikit gusar dengan kata-katanya. Pandai-pandai buat keputusan sendiri. Ingat bagus sangat?
Anum terkedu sedikit. Diperhatikan Shamsul yang tersenyum sinis padanya. Di dalam hati mula menyala api kemarahan.  Nampaknya lelaki sorang ni memang sengaja nak kasi aku bertambah naik angin. Tanya soalan macam nak perli-perli orang! Dia tak tahu ke aku tengah lapar ni? Dari siang tadi aku tak makan apa-apa. Sudahlah dua hari aku memang sibuk sampaikan waktu makan pun tak tentu. Duk telan Maggie aja hari-hari. Tengok muka kau, macam tengok ayam panggang. Kang tak pasal-pasal dekat sini jugak aku baham kepala kau. Nak melawan nampak…
     “I ingat you tak boleh nak sekat duit orang sesuka hati sebab you tak ada hak nak buat macam tu. Syarikat ni bukan syarikat you…” sekali lagi terdengar suara Shamsul seakan-akan ingin memerli Anum.
     “Encik Shamsul… you sedar tak you tengah bercakap dengan siapa sekarang ni?” Kali ini suara Anum juga kedengaran berlainan sedikit berbanding dengan tadi. Ada getaran yang kedengaran. Getaran bagi menahan marah barangkali. Anum menjungkit sedikit keningnya. Melawan kembali kening Shamsul yang terangkat-angkat tadi. Nak lawan? Jom….
     “I nak remind pada you, Encik Shamsul… orang yang tengah duduk depan you sekarang ni adalah orang nombor dua paling tinggi dekat syarikat ni. Bukan lagi taraf designer atau art director macam dulu. Jadi, kalau you nak melawan atau membantah, lebih baik you fikir panjang! Manalah tahu silap-silap haribulan, tak pasal-pasal ada warning letter yang melekat atas meja you esok pagi…” sinis saja kata-kata itu dilontarkan oleh Anum.
      Mendengarkan kata-kata itu terus saja Shamsul terdiam tidak menjawab apa-apa. Nada sinis yang keluar dari mulut Anum membuatkan lidahnya terus saja terkelu. Yang kelihatan hanyalah riak terkejut di wajahnya. Nampak sedikit pucat lalu dia menundukkan muka.
      Ha… cuak nampak!
      “Kalau setakat nak berbincang dengan Big, apalah yang dia boleh buat? You ingat dia boleh bantah cakap I? You ingat dia boleh ubah semua keputusan I? Kalau I kata komisyen kena tahan, maknanya kena tahanlah. Kalau I kata claim kena potong, maknanya kena potonglah. Dia tak boleh kata apa…” semakin sinis dan bersahaja kata-kata Anum kedengaran.
      “Dan kalau you all rasa nak mengadu hal ni pada Danny, silakan… I tak kisah. Sebab I tahu apa yang I buat ni hanya untuk kebaikan syarikat dan semestinya Danny akan faham. Apa yang baik pada mata I, for sure akan baik juga di mata Danny. Nak mengadu, mengadulah! I loose nothing…” tambahnya lagi.
      Suasana hening seketika. Jika seketika tadi hangat dengan perdebatan di antara Anum dan Shamsul, kini lelaki itu seakan-akan kehilangan suara untuk berkata-kata. Tenggelam terus keberaniannya untuk mempertikaikan setiap baris ayat yang keluar dari mulut Anum. Nak angkat muka pun macam dah tak larat, apa lagi nak bertegang urat melawan kata. Mungkin menyedari bahawa apa yang keluar dari mulut Anum itu memang terkandung kebenarannya. Anum Danisha – naib pengerusi syarikat ini. Siapa yang boleh nak melawan atau mempertikaikan keputusan dia? Hanya Danny saja yang layak! Tapi Danny bukannya ada dekat sini pun sekarang…
      Anum menyandarkan badan. Sekali lagi dia memerhatikan kesemua mereka yang berada di sekelilingnya. Bermula dengan Shamsul yang tiba-tiba membisu, diikuti dengan Amran yang sememangnya tidak pernah kedengaran bersuara di dalam mesyuarat, kemudian Nashvin yang selalunya lancar membuat lawak, bertukar pula memandang Khadija yang merupakan satu-satunya marketing executive wanita di sini dan akhir sekali memandang Ruziana, pengurus bahagian akaun yang nampaknya lebih banyak menunduk dari tadi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 03:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinky_pink at 11-5-2011 15:59

“I nak you all dengar baik-baik kenapa I ambik keputusan nak sekat duit komisyen ni…” Anum kembali menyambung kata.
     “Untuk satu projek, company akan bayar komisyen 10%. Maknanya kalau projek dalam range sepuluh ribu, you all akan dapat komisyen seribu. Itu untuk satu projek. Kalau dalam sebulan you all boleh dapat at least tiga projek, maknanya dah tiga ribu.  Hanya untuk seorang. Sekarang ni kita ada lima orang marketing yang keluar cari projek termasuk dengan Big. Jadi kalau tiga ribu kali lima dah bersamaan dengan lima belas ribu. Itu baru untuk projek kecik yang harga sepuluh ribu, kalau untuk projek lima enam puluh ribu ataupun seratus ribu, macam mana pulak? Berapa banyak yang company kena keluarkan duit semata-mata untuk bagi komisyen aja? Tak ke cecah puluh-puluh ribu? Kalau rasa-rasanya tak pandai mengira, bolehlah tanya Uzi berapa banyak duit yang keluar semata-mata nak bayar komisyen you all aja!”
      Semuanya terdiam mendengarkan fakta matematik yang telah dikeluarkan oleh Anum itu.
      “Projek masuk, komisyen dah bayar tapi full payment tak dapat pun dari client! So how this company supposed to bear the cost? Can you imagine? Itu baru cerita pasal duit komisyen. Belum bukak akaun untuk claim milage, claim untuk entertain client, claim outstation dan macam-macam lagilah! Sampaikan bil telefon pun syarikat tolong bayarkan dua ratus tiap-tiap bulan. Kos keluar banyak, tapi kos masuk? Ciput!” tambah Anum lagi dengan nada tegas. Penuh panjang-lebar dia memberikan syarahan kepada mereka semua.
      “Jadi, tolonglah jangan nak pertikaikan apa yang I buat ni sebab I bukan suka-suka hati nak sekat duit orang! I cuma nak pastikan yang syarikat ni takkan lingkup semata-mata nak puaskan hati you all aja!” Sambil mengetuk meja Anum melontarkan suara dengan penuh ketegasan.
      “Selama ni you all dah terlalu dimanjakan sangat… apa yang mintak, semuanya dapat. I macam nak kena heart attack bila Uzi tunjuk fail akaun claim you all ari tu… Beribu-ribu! Especially you, Shamsul… kalau tengok you punya claim untuk entertain client, tak sah kalau tak ada resit Starbuck, Coffe Bean, karaoke...  kedai-kedai mamak tak main... macamlah confirm sangat yang you akan dapat projek kalau bawak orang-orang tu pergi minum dekat situ…” Anum menjeling pada Shamsul dengan ekor mata.
     “But so far, my performance was good, right? Seingat I, belum pernah lagi I keluar habiskan duit syarikat tapi hasilnya kosong! Tiap-tiap bulan projek yang datang dari I tak pernah kering Never!” Rasa tidak puas hati mula menular apabila Anum menujukan kata-kata sebentar tadi kepadanya. Dia benar-benar rasa sakit hati apabila Anum mempertikaikan tentang kredibilitinya. Sedangkan selama ini dia adalah di antara executive marketing yang sering membawa projek-projek besar kepada syarikat. Projek dari Korea tu, siapa yang dapatkan? Aku! Iklan dengan pihak-pihak kerajaan, siapa yang sibuk keluar melobi? Aku! Jadi bila tindakannya membawa pelanggan keluar berhibur dan makan di tempat yang agak mahal dipertikaikan oleh Anum, maka dia benar-benar rasa tercabar.
     “Selama ni I memang bersungguh-sungguh keluar sana-sini kejar cari projek. Sebab apa? Sebab I rasa seronok kerja dekat sini. Rasa seronok bila tiap-tiap hari nak keluar jumpa pelanggan, keluar untuk dapatkan projek dan bertungkus-lumus untuk pastikan yang syarikat ni sentiasa ada keuntungan yang masuk!” tambah Shamsul. Kali ini dia pula yang mengetuk meja. Ketukan yang agak kuat, mungkin untuk melepaskan segala apa yang terbuku di dalam hati.
      “I know, Sham…”
      “Wait! You listen to me. I belum habis cakap lagi,” lantas Shamsul memotong kata-kata Anum.
      “But you know, Ad… sejak-sejak you naik pangkat ni, sejak-sejak you merasa duduk dekat kerusi empuk dalam bilik you tu, I dah mula rasa tak seronok nak dapatkan projek untuk syarikat. I dah mula rasa bosan nak datang ofis, dah mula muak dengan segala macam syarat, segala peraturan yang you buat dan I dah mula rasa malas nak rajinkan diri nak dapatkan apa-apa projek besar untuk company. Semuanya disebabkan oleh perempuan yang perasan bagus sedangkan dia tak adalah sehebat manapun. Baru berapa bulan naik pangkat dah lupa daratan!” suara Shamsul semakin meninggi. Bukan main panjang lebar dia menyatakan rasa tidak puas hati. Membuatkan Anum rasa terkejut dan tidak menyangka langsung dengan segala apa yang keluar dari mulut Shamsul itu.
      “Dan untuk pengetahuan you, cik Anum Danisha… benda ni bukan I seorang aja yang rasa. Semua staff dalam bangunan ni rasa benda yang sama… you ingat Zubaidah tu berhenti kerja kenapa? Sebab you lah… banyak songeh! Semua orang dah malas nak bekerja rajin-rajin macam dulu sebab kami semua rasa menyampah, rasa meluat dengan vice president yang garang macam singa dan berlagak macam super diva!”
      Bersungguh-sungguh Shamsul meluahkan perasaan. Tak cukup dengan tangan yang terangkat-angkat, mata yang membulat dan nafas juga yang turun-naik. Berkali-kali jari telunjuk dihalakan ke arah Anum.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 03:30 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinky_pink at 11-5-2011 16:01

“Semua orang tahu, Ad… you dapat duduk dalam bilik tu semata-mata sebab Danny sayang dekat you. Danny nak balas jasa you yang dah lama kerja dekat sini. Not because you deserve it! Kalau ikutkan you nak jadi setaraf dengan Big pun tak layak…”
      “How dare you speak to me like that, Sham?!” Anum yang sememangnya terkejut lantas menjerit sedikit dengan mata yang agak terbeliak. Semakin sakit hati dengan apa yang didengari oleh gegendang telinganya itu.
      “Why not? This is the truth! I’m just telling you what people in this bulding thought about you… you jangan rasa diri sendiri tu hebat sangat bila dapat naik pangkat! You jangan ingat, you boleh buat apa saja yang you nak! You fikir you ada power nak buat semua benda ikut suka hati you? Bullshit!” Shamsul juga meninggikan suara. Mengeluarkan bicara yang pastinya meletupkan segala amarah yang tersimpan dalam diri Anum. Memang azalinya Shamsul ini dikenali dengan lelaki yang agak pemarah. Panas barannya boleh meletus pada bila-bila masa sahaja. Dan ketika ini, letusan amarahnya dilepaskan pada Anum Danisha. Orang yang sememangnya berpangkat lebih tinggi darinya di dalam syarikat ini.
       “Fine! You betul-betul nak tengok I ada power ke tak? Ok, I tunjuk I punya power!” Anum berdiri tegak dan menuding jari ke arah Shamsul.
     “Encik Shamsul, you’re fired! Starting from tomorrow, you are not my staff anymore. You can pack up you stuff and get out from this building now!”
     Semua yang berada di situ terpinga-pinga. Terkejut mendengar arahan yang keluar dari mulut Anum. Begitu juga dengan Shamsul yang memang seratus-peratus tekejut dan tergamam habis ketika itu. Terbeliak biji matanya memandang Anum Danisha yang sedang berdiri sambil bercekak pinggang ketika itu.
     “You tak tahu ke sebagai naib pengerusi syarikat ni, I ada power untuk pecat mana-mana pekerja yang tak memberi sebarang manfaat pada syarikat? Dan buat masa ini you adalah orangnya. I tak perlukan pekerja yang tak tahu nak menghormati pihak atasan, yang tak tahu nak jaga mulut dan tak tahu nak letak diri tu setaraf mana! Don’t worry, petik jari aja I boleh suruh Uzi keluarkan cheque untuk bayar pampasan pemecatan you ni. So one more time I say it very clear, Encik Shamsul… you can get out from my office, now! Get lost!”  Anum melunjurkan tangan kanannya ke arah pintu bilik mesyuarat. Sebagai tanda meminta Shamsul keluar dari bilik tersebut.
       Shamsul saling berpandangan dengan mereka yang lain. Ada juga di antara mereka yang ternganga mulut mendengarkan pemecatan Shamsul yang secara tiba-tiba itu. Memang mengejutkan!
      “Are you listening to me or not? I said, now!!” sekali lagi Anum menjerit. Dihempas meja sekuat-kuat hati dengan kedua-dua belah tapak tangan. Aduh! melihatkan gaya, mesti sakit tangan Anum menumbuk meja sekuat itu. Tapi mungkin disebabkan nak control bagus nak semestinya nak tunjukkan power, terpaksalah tahan kalau sakit pun. Rasa marah lebih tinggi dan mendalam dari rasa sakit tangan ni…
     Shamsul menunduk. Dia diam beberapa saat dengan nafas yang ditahan-tahan sebelum akhirnya bangun dan menolak kerusi. Wajah Anum direnung tajam dengan kepala dianguk-anggukkan. Digenggam kedua-dua belah tangannya.
     “You better watch out, Ad… you ingat senang-senang you boleh pecat dan malukan I depan semua orang?  You will pay for it! One day, Ad… one day…” Dengan kepala yang belum putus terangguk-angguk Shamsul seolah-olah mengugut Anum.
     “You tak layak nak cabar I, Shamsul… you are nobody…” kata Anum dengan penuh sinis. Sengaja menambah rasa geram dan menyiram minyak panas di dalam hati Shamsul yang sedang menggelegak berapi.
      “Sorry, Sham. I need you to get out from my office now! I tak hingin nak tengok muka you lagi dekat sini,” dengan tidak memandang wajah Shamsul Anum menambah. Sekali lagi tangan kanannya diangkat dan digerak-gerakkan menunjukkan supaya lelaki itu keluar. Sedikit pun Anum tidak menoleh ketika Shamsul melangkah keluar dan menghempas pintu sekuatnya. Bagai nak pecah pintu itu dibuatnya.
     Sebuah senyuman sinis menghiasi bibir Anum. Terasa puas dengan tindakan yang telah diambil olehnya sebentar tadi. Nak tengok sangat power aku kan? Ambik kau… Padan muka!
     “Anyone else in this room yang interested nak ikut jejak langkah Shamsul? Kalau ada, dengan segala hormatnya dipersilakan…”  Anum membongkokkan sedikit badan dengan kedua-dua tangan memegang hujung meja. Diperhatikan seorang demi seorang.
Beberapa saat berlalu dan nampaknya tidak ada seorang pun yang berani bangun dan mengikut jejak yang ditinggalkan oleh Shamsul sebentar tadi. Masakan nak bangun dari kerusi, nak mengangkat muka pun tak berani. Menunduk dan menikus kesemuanya…
     “Well…Kalau tak ada yang nak ikut jejak-langkah mamat bodoh tu, baguslah! Senang sikit kerja I…” Anum kembali bersuara mendatar apabila agak lama dia mendiamkan diri dan hanya memerhatikan mereka semua. Sebaris senyuman kepuasan menghiasi bibir Anum. Gembira apabila tiada lagi orang yang berani hendak bertegang urat serta mengherdik segala tindakannya.
     “I nak you all semua tahu yang decision untuk sekat komisyen ini adalah muktamad. Sama ada setuju atau tidak, there’s nothing you can do. So, just make sure your client bayar semua payment-payment yang tertunggak tu. Mulai dari bulan depan, Uzi akan pastikan tiada lagi bayaran komisyen diberi selagi ada bayaran yang tertunggak. Faham?”
Mengangguk tidak. Menggeleng pun tidak. Bersuara apatah lagi… semuanya diam seribu bahasa. Tiada reaksi langsung kepada pertanyaan Anum itu.
      Anum menarik nafas dalam dan dihembusnya perlahan-lahan. Biarlah tiada reaksi setuju dari mereka semua, janji mereka tahu dan faham dengan jelas bahawa keputusan ini adalah muktamad. Lantaklah mereka nak rasa marah ke, sakit hati ke, bengang ke, dia tidak peduli. Lagipun bukannya dia tak nak bagi langsung. Cuma ditahan buat sementara waktu saja. Takkan itupun tak boleh nak terima?
     “I think it’s enough for today. Meeting dismisses.”
     Kata-kata Anum itu disambut dingin oleh kesemua mereka. Masing-masing masih lagi tidak bersuara dan hanya bangkit perlahan-lahan dari kerusi. Seorang demi seorang berlalu meninggalkan bilik mesyuarat tersebut. Pasti di dalam hati mereka semua terbit perasaan lega kerana mesyuarat yang telah berlangsung selama tiga jam lebih itu akhirnya bertemu titik nokhtah. Berakhir dalam suasana yang tidak disangka-sangka. Berakhir dalam keadaan yang tidak menyenangkan serta berakhir dengan seribu satu rasa yang melekat di dalam hati.
     Ada yang menyimpan rasa kecewa dengan berita yang didengari di dalam mesyuarat, tidak kurang yang merasa sedih kerana mesyuarat tersebut berlangsung dalam keadaan tegang dan pastinya terselit juga dengan perasaan terkejut di atas pemecatan Shamsul yang secara tiba-tiba itu. Rata-rata ramai yang tidak menyangka sebegitu sekali tindakan keras yang diambil terhadap lelaki itu. Shamsul yang selama ini banyak memberi sumbangan pada syarikat, akhirnya dipecat sebegitu sahaja. Semuanya gara-gara tak sayang mulut dan berperang dan bertegang urat dengan Anum.
     Hmmm… pandai-pandai mengkritik Anum Danisha, langsung hilang sumber pendapatan. Tak pasal-pasal!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2011 03:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by pinky_pink at 11-5-2011 16:04

Bab 10
BUM!
     Sekuat petir kedengaran bunyi pintu bilik ditutup. Fail yang dikepit dicampak kasar di atas lantai. Briefcase dan tas tangan yang dijinjit turut sama dilemparkan merata. Blezzer yang meliputi tubuh juga dibuka rakus lalu dibaling sekuat-kuat hati ke atas katil. Dia mendengus. Bercekak pinggang lalu berjalan mundar-mandir. Dengan wajah mencuka dia mengetap bibir. Tercungap-cungap nafasnya turun naik menandakan keadaan dirinya yang sedang dibelenggu perasaan marah ketika ini.
     Geramnya!!! Dia menjerit di dalam hati. Digenggam kedua-dua tapak tangan lalu dipejamkan mata. Masih lagi berjalan mundar-mandir mengeliling bilik. Tak putus-putus rahang bibirnya diketap kuat atas bawah.
     “Nak suruh minta maaf, takkan itupun tak boleh?”
      Arghh!! Terngiang-ngiang suara Danny bermain-main di gegendang telinga. Sakit hati mendengar suara tersebut. Lebih-lebih lagi apabila suaranya berbicara tentang perkara yang menyakitkan hatinya. Lagilah rasa bingit nak dengar.
     “She is your best friend, right? Sesekali mengalah dan minta maaf, apa salahnya?”
     Masih lagi kedengaran suara itu. Berkali-kali berusaha memujuk dan meminta agar dia berbaik-baik semula dengan Melinda. Tak putus-putus, tak henti-henti menjadi orang tengah dan cuba untuk menasihati agar pertelingkahan yang tidak seberapa besar itu segera diselesaikan. Hal yang hanya sebesar zarah, takkanlah itu pun mahu dijadikan perang dingin hingga berhari-hari lamanya.
     “Bukan I yang cari gaduh, dia yang nak kecik hati tak tentu pasal! Tersalah cakap sikit, takkanlah itupun nak merajuk?”
     “Kalau you yang merajuk, orang lain kena pujuk… kena minta maaf. Tapi kalau you yang dah terlepas cakap, kenapa tak boleh nak minta maaf? Don’t be too selfish, Ad… apa salahnya kalau sesekali you yang mengalah dan minta maaf pulak?”
      Aduh… aku yang selfish? Aku yang pulak yang salah? Argh… ini tak adil! Apa yang aku cakap pada Melinda tempoh hari bukannya satu benda yang tak betul. Memang hakikat. Kau sendiri pun pernah menyuarakan pendapat yang Steven itu sudah seperti sugar daddy Melinda kan?
      Jadi kenapa bila aku menjadi orang yang berani untuk berkata terang-terangan di hadapan Melinda, aku pula yang kelihatan seperti orang yang jahat? Aku pula yang dipersalahkan? Salahkah jika sesekali kita berkata sesuatu yang benar walaupun kebenaran itu memang memeritkan untuk didengari? Selama ni kita hanya pandai cakap belakang, sekali terlepas cakap biarlah Melinda tahu kebenaran tentang apa yang orang-orang sekeliling beranggapan tentangnya.
      Anum menggosok dada. Cuba untuk meredakan sedikit kepanasan di dalam hatinya. Namun kepalanya masih lagi ligat memutarkan semula dialog di antara dia dan Danny petang tadi. Dialog-dialog yang menyebabkan hatinya sakit, marah, bengang dan menyampah. Ingatkan bila baru balik dari outstation, Danny akan membuatkan hatinya ceria. Ini tak, masuk-masuk dalam  bilik dia aja terus bercakap benda yang menyakitkan hati, buat orang naik angin adalah!
     “You tak boleh selalu bersikap macam ni Ad… you have to change! Sampai bila you nak fikirkan tentang perasaan sendiri aja tanpa hiraukan orang-orang sekeliling you… especially orang yang rapat dengan you. Orang yang ambil-berat tentang diri you. Mula-mula you bergaduh dengan ayah, lepas tu dengan abang Iqram dan sekarang ni pula dengan Melinda. Tak penat ke you nak bergaduh dengan semua orang?”
      Danny ini kedengarannya sudah melebih-lebih… mula-mula mempertikaikan tentang hal dia dan Melinda yang berselisih faham. Sekarang ni boleh sebut nama ayah dan abang Iqram pula. Ini tak lain tak bukan mesti Melinda yang dah buka cerita dulu tentang hal ayah dan abang Iqram. Eh, aku dengan abang Iqram dah berbaiklah… kau orang apa tahu?
Budak dua ekor ni memang melampau! Sibuk sangat nak masuk campur hal orang. Suka hati akulah nak bergaduh dengan ayah ke, nak bertegang urat dengan abang Iqram ke, itu semua hal peribadi aku! Yang sibuk-sibuk nak masuk jaga tepi kain orang kenapa? Hal sendiri tak boleh nak jaga?
     “I pelik kenapa you nak bermusuh dengan semua orang. Orang yang tak ada buat salah apa-apa dengan you pun you nak cari gaduh. Pasal hal Shamsul, kenapa you suka-suka hati pecat dia? You tak boleh buat macam tu, Ad…”
     Wah… nampaknya dialog Danny sudah panjang-lebar perginya. Tadi sentuh hal dia dan Melinda sahaja, tapi ni dah ungkit pasal hal Shamsul pula. Banyak sangat nampaknya hal yang terbuku di hati Danny ni. Lepas satu, satu perkara yang dibangkitkannya.
      “I pecat Shamsul sebab dia kurang ajar! Tak tahu nak hormat orang. Sekarang ni bila dah tak ada kerja, baru padan muka dia. Biar dia rasa!”
      “Pecat orang sesuka hati bukan penyelesaian pada satu masalah, Ad… mungkin betul dia ada tinggi suara dengan you, ada keluarkan perkataan yang tak sedap untuk didengar. Tapi apa salahnya kalau you take time, fikir apa yang dia cakap instead of terus nak salah guna kuasa macam tu aja,”
     “Excuse me? I salah-guna kuasa?” Bagai nak terkeluar biji matanya mendengarkan dialog Danny yang ini.
     “I cuma buat benda yang sepatutnya sahaja. I’m trying to do the best for this company! I cuba sedaya-upaya untuk pastikan syarikat ni terus maju, terus berkembang dengan baik tapi you tuduh I suka-suka nak salah guna kuasa?”
     “Banyak lagi cara yang boleh you guna untuk majukan syarikat. Bukan dengan bersikap kejam dan tak berhati-perut macam ni. Shamsul tu ada keluarga, ada anak bini yang nak kena tanggung. Kalau you pecat dia macam tu saja, macam mana dia nak berdepan dengan keluarga dia dekat rumah? You have to learn how to respect people and how to control your temper. Try to be mature Ad, don’t be childish!”
      Buk!
      Meja diketuk kuat dengan sepenuh hati. Menggelegak habis hatinya mendengarkan dialog terakhir dari Danny itu. Tadi dia cakap aku ni pentingkan diri sendiri, lepas tu sengaja nak salah guna kuasa, sekarang ni dia keluarkan perkataan bersikap tak matang dan kebudak-budakan pulak. Bukan main sedap aja skrip tu semua keluar dari mulut dia. Tak boleh jadi ni…
     “Fine! Kalau you rasa I ni tak matang, kebudak-budakan, kejam dan tak berhati-perut… buat apa lagi you simpan I lama-lama dekat sini? Buat apa you lantik I jadi pembantu you kalau apa yang I buat semuanya salah, semuanya tak betul? You pecat ajalah I. Kan senang? Tak guna simpan orang yang suka pentingkan diri sendiri macam I ni kalau sepanjang masa asyik menyusahkan you aja!”
      Kali ini lelaki itu terdiam sebentar.
     “Ad… you ni seorang yang sangat berbakat dan bagus. Cekap buat kerja. Tapi…”
     “Tapi, perangai you teruk! You perempuan yang tak sedar diri, tak beradab dan tak reti nak jaga perasaan orang! Itu yang you nak cakap kan?”
     Sekali lagi Danny terdiam.
     “Macam yang I cakap tadi Danny… kalau dah teruk sangat perangai I ni, kenapa you masih nak bayar gaji I kerja dekat sini lagi? You pecat ajalah!” Anum mencabar Danny lagi.
      Danny masih mendiamkan diri. Tak tahulah diam sebab memang tengah fikir ayat untuk pecat Anum atau diam sebab tak sanggup nak pecat orang tersayang dia ni.
     Anum geleng kepala tengok Danny yang hanya membatukan diri. Dah kutuk-kutuk orang, tapi bila suruh pecat tak nak pulak. Pengecut!
     “I know Danny… I know you won’t do that… you takkan pecat orang suka-suka hati sebab you tak macam I. You ni baik, penyayang… tak macam I yang kejam…” ada nada sindiran yang kedengaran.
     “Kalau macam tu, senang cerita biar I ajelah yang berhenti sendiri. Tak perlulah you susah-susah nak jadi orang yang tak berhati-perut. I dengan rela hati letak jawatan hari ni jugak!”
     “Ad…”
     “Don’t say anything because you know I will not hear anything from you now!”
      Jerit Anum spontan mematikan suara Danny yang baru hendak berbicara sepatah. Dengan wajah bengis dia melempar pandangan pada lelaki itu. Terus saja Danny menunduk dengan disertai oleh gelengan kecil.
     “I officially resign 24 hours starting from now. Terima kasih di atas segala layanan yang telah diberikan oleh syarikat ini selama ni dan terima kasih atas tunjuk-ajar yang telah you berikan sepanjang perkhidmatan I di sini… thank you very much!”
     Dengan laju tangannya mengeluarkan handbag dari dalam laci dan mencapai apa-apa yang patut di atas meja lalu dijinjit dan dikepit sebelum melangkah keluar dari bilik. Langsung tidak memandang ke arah Danny sewaktu melintas di hadapannya dan langsung juga tidak menegur sesiapa sewaktu melangkah keluar dari bangunan tiga tingkat tersebut. Nak buat apa tegur budak-budak tu semua. Mesti dia orang suka aku berhenti. Mesti dia orang takkan sedih, takkan susah hati. Malahan mereka pasti gembira. Entah-entah siap bersorak sakan.
      Danny… kau betul-betul buat aku sakit hati!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 08:57 PM GMT+8 , Processed in 0.488401 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list