CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: pinky_pink

TercipTa UntuKKu...-[U]

[Copy link]
Post time 18-5-2011 02:03 PM | Show all posts
urff..misterinya iskandar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2011 02:14 PM | Show all posts
Reply 140# aprilsix


    bgs2... teruslah menyokong sy... ahaks!

btw, mmglah Iskandar ni misteri, kata nk buat citer ala2 romance mystery...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 02:22 PM | Show all posts
Bab 14
ANUM melihat lagi jam di dinding. Pukul 9.30 malam. Sudah lebih dua jam dia terbaring atas katil dengan wajah yang lesu. Bosan! Boring! Sejak empat hari lepas tak ada langsung aktiviti yang dilakukannya melainkan tidur, tengok tv, makan dan tidur balik. Pagi-pagi sudahlah bangun lambat. Jam dah cecah sebelas pagi baru terkulat-kulat nak bangun dari katil. Lepas tu mandi dan makan roti bakar. Itu kira dah rajin dah tu. Kalau datang angin malas, bangun tidur tak mandi langsung terus melantak biskut. Nak buat roti bakar pun malas. Apa lagi nak masak. Bila petang-petang sikit baru mandi. Itupun kalau siaran tv tak ada cerita menarik. Kalau dibuatnya HBO, Star Movie, Star World ataupun Cinemax ada siarkan cerita best, dia akan melekat depan tv tu sampai malam. Perut lapar pun boleh buat bodoh. Sumbat aja air milo dengan nestum 3 in 1 yang memang sedia ada dalam almari kabinet dapur tu. Pemalas tahap langit ketujuh!
     Anum mengeluh. Buat pertama kali dalam sejarah hidup, empat hari dia duduk bertapa dekat dalam rumah tanpa jenguk langsung dunia luar. Tak pernah-pernah lagi dia buat perangai macam ni. Selalunya hidup dia sentiasa saja ligat. Aktivitinya sentiasa saja aktif. Hari-hari sibuk dengan kerja. Kalau hari minggu tak bekerja, dia akan keluar shopping. Malam pula enjoy dekat kelab, disko atau melepak dekat mana-mana parti yang happening. Tapi entah kenapa sekarang ni tak ada mood pula nak buat tu semua. Dia sedang dilanda penyakit malas. Sampaikan rasa malas nak gosok gigi pun ada. Kemalasan melampau. Tak tahulah kenapa tiba-tiba boleh diserang penyakit malas sampai macam ni sekali. Malas tahap gaban, tahap ultraman dan tahap suria perkasa hitam!
      Anum mengeluh. Dipusing badan menghala ke arah syiling. Berkedip-kedip mata memandang ke arah lampu syiling yang tidak bernyala. Nak hidupkan lampu pun malas. Nasib baik lampu tidur memang dekat dengan katil. Senang nak on. Kalau tak, nescaya sekarang ni dia sanggup berbaring dalam gelap semata-mata sebab malas nak nyalakan lampu. Aduh… Nazak betul keadaan dia ni. Malas, lesu, bosan, tak bertenaga dan tak bermaya. Semuanya gara-gara kes kemalangan tempoh hari punya pasal! Kena kemalangan, langsung badan yang sihat dan cergas jadi lembik tak bermaya.
      Betul ke alasan yang dinyatakan itu, wahai cik Anum Danisha…?
      Memanglah betul awak baru aje lepas kemalangan. Tapi bukankah sekarang ni segala sakit-sakit badan, segala luka-luka dekat kaki dengan tangan dan calar-balar dekat muka tu dah sembuh? Dah sihat. Bengkak dekat dahi tu pun dah surut dah… sakit apa lagi ni?
Rasa-rasanya awak tu jadi malas dan lesu sekarang ni bukan disebabkan sakit badan dek kemalangan, tapi sebab sakit rindukan orang yang menolong masa kemalangan… Betul tak?
     Anum menghela nafas panjang. Isy… Betul ke rasa tak bermaya ni disebabkan rasa rindu? Rindu dekat Iskandar? Kenapa nak rindu dekat dia pula? Apa yang ada dekat lelaki tu yang menyebabkan rasa rindu ni tiba-tiba datang menghinggap? Baru tengok muka orang tu sekali saja dah  terus rasa rindu? Rindu kenapa?
     Rindu nak tengok muka dia yang redup dan tenang tu kan? Ataupun rindu nak tengok dia yang bersungguh-sungguh menjaga masa tengah sakit? Ha, tak pun rindu nak makan dan kemas dapur sama-sama. Atau rindu pada… ah! Pendek kata sebenarnya memang rindu dekat dialah! Rindu pada semua yang dinyatakan di atas. Cuba nyanyi lagu Spoon sikit. Rindu… rindu…. serindu-rindunya… Oooh… apa lagi sambungannya? Maaf, hanya itu saja lirik lagu tu yang dia tahu…
      Aduh… tak pernah rasa rindu dekat orang macam yang dia rasa sekarang ni. Berminggu-minggu Danny pergi outstation dekat luar negara pun tak pernah rindu dekat dia seperti mana rasa rindu dekat Iskandar sekarang ni! Kalau Danny pergi Belanda, Korea, Jepun atau mana-mana ceruk muka bumi ni sampai sebulan dua pun rasanya dia takkan terkena penyakit rindu ni. Ini baru empat hari berlalu dah mula rasa macam ni?
     Hairan bin ajaib…
     Pelik bin musykil…
     Kenapa boleh rasa perasaan macam ni erk? Satu perasaan yang sangat-sangat menyeksakan jiwa raga. Mahunya tak terseksa? Sudahlah rasa rindu. Tapi tak boleh nak buat apa-apa. Nak telefon, tak tahu nombor telefon dia. Nak cari, tak tahu nak cari dekat mana. Eiii…. Benci betul tau! Hari tu dia cakap dia akan cari aku. Jangan risau, kita akan berjumpa lagi. Tapi ini dah empat hari. Dah empat hari berlalu tanpa dengar apa-apa berita pun pasal dia. Kenapa tak datang cari? Kenapa tak datang jenguk sini dan tengok sama aku ni dah betul-betul sihat ke belum. Aku tengah sakit sekarang ni… sakit rindu!
     Anum Danisha… stop it!
     Eiiii… ini apa pula rindu-rindu ni? Jiwang karat betul! Bencilah dengar perkataan rindu ni. Orang dia pun tak kenal betul-betul. Orang dia pun tak tahu jenis macam mana, tiba-tiba nak rasa rindu pulak. Yerks! Ini ke Anum Danisha yang dulu-dulu sibuk cakap tak mainlah perasaan rindu dendam ni. Ini ke Anum Danisha yang dulu-dulu bukan main kuat, bukan main keras lagi hatinya. Dah lembik semacam aja jadinya ni. Bukan kuat macam besi, tapi lembik macam agar-agar!
     Okey, that it! End it up and stop it right now!!!
     Tak ada rindu-rindu ni. Sekarang ni, bangun cepat… pergi mandi, pakai baju cantik-cantik lepas tu keluar! Disebabkan dah berhari-hari berkurung dalam rumahlah perasaan bodoh tu boleh datang menyerang. Baik keluar dan hiburkan hati sikit. Biar hilang rasa bosan, hilang rasa malas dan hilang rasa rindu. Come on, wake up!
     Lantas macam terkena kejutan elektrik, dia bingkas bangkit dari katil. Berlari masuk ke dalam bilik air. Lupakan… lupakan makhluk asing yang entah dari mana datangnya tu…
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 02:29 PM | Show all posts
akhirnya... Iskandar suda muncul!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 02:31 PM | Show all posts
akhirnya... Iskandar suda muncul!
gurlgals Post at 18-5-2011 14:29



Huhuhuuu... kemunculan y secara tiba-tiba...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 02:35 PM | Show all posts
******
PINTU kereta dibuka. Dengan langkah malas dia melangkah keluar. Sebuah keluhan panjang dilepaskan. Badannya terasa penat setelah berjam-jam menari tanpa henti. Lepas habis satu lagu, satu lagu lagi dia berjoget. Biar badan penat, janji puas. Dapat rilex sikit kepala otak ni ar…
     Anum merenung dada langit yang gelap. Dah lama pula hobi menelek bintang ni tak dilakukannya. Baru-baru ni dengan hujan pula yang sering turun, lagilah susah nak nampak bintang. Nasib baik hari ni cuaca baik. Jadi dia memang sengaja meletak kereta jauh sikit dari tempat parkir selalu. Sengaja letak di kawasan tidak berbumbung semata-mata nak tengok langit. Padahal dekat balkoni rumah pun boleh duduk mengira bintang. Entah angin kus-kus apa pula yang datang melanda, nak suruh jalan jauh sikit malam-malam ni.
      Beberapa butir bintang begitu cantik bersinar menghiasi dada malam yang pekat. Bulan yang mengambang penuh di dada langit itu kelihatan tidak ubah seperti sebiji bola kristal yang memancarkan cahaya terang. Menandingi segala sinaran bintang-bintang yang mengelilinginya.
     Cuaca begitu terang tetapi tidak berangin. Suhu agak hangat malam tu. Anum yang hanya mengenakan skirt pendek paras peha dan baju ketat tanpa lengan tetapi masih lagi terasa bahang. Panas betul cuaca sekarang! Sehangat perasaan yang tengah melanda sekarang ni…
     Anum berdiri bersandar di pintu kereta. Tak berkelip-kelip melepas pandang ke langit lepas. Nak kata keluar rumah hiburkan hati, dah keluar… Nak kata pergi berseronok lupakan masalah diri, dah bukan main seronok layan muzik tadi. Dan nak kata lari dari terperuk dalam rumah pun dah dia buat. Tapi kenapa dalam hati ni masih terselit lagi rasa semacam? Kenapa dalam diri ni masih lagi timbul rasa lain? Macam tak memadai pula treatment berjoget dan melonjak-lonjak tadi. Rasa macam benda-benda tu semua tak mampu nak merawat kegelisahan hatinya sekarang ni…
     “Saya dah banyak kali perasan yang awak ni suka sangat telek langit waktu malam. Memang kagum sangat ke dengan keindahan bintang ciptaan Allah tu?”
     Anum terenjut sedikit. Rasa terperanjat pula bila terdengar ada suara lelaki yang bercakap tiba-tiba. Nasib baik suara lelaki bercakap, kalau tiba-tiba terdengar suara perempuan menangis atau mengilai, mahu bukak langkah seribu terus…
    “Awak?” Anum seakan-akan terkejut melihat kelibat lelaki yang sedang melangkah perlahan menuju ke arahnya. Yeay… hilang rasa rindu aku nak tengok muka dia!
Lelaki itu tersenyum. Sungguh manis senyumannya. Rasa macam nak pengsan bila tengok dia tersenyum. Hai… nasib baik dia ni tak jadi artis. Kalau tak, mesti ramai budak-budak perempuan yang kena histeria bila dia senyum sambil sign autograph. Kalau Shout Award ada buat kategori senyuman paling menawan, gerenti dia boleh sapu anugerah tu.  Anugerah artis lelaki kacak ataupun hot guy pun ada harapan jugak ni. Boleh masuk senarai juga apalagi dengan ketinggian dia yang sempurna. Habislah… tak boleh cari makanlah Norman Hakim, Aaron Aziz, Fahrin Ahmad kalau dia ni jadi artis…
     “Apa awak buat dekat sini?” Soal Anum dengan rasa tidak percaya melihat gerangan lelaki yang berada di hadapannya ketika ini.
     “Saja… datang nak jumpa awak,” jawabnya pendek.
     “Nak jumpa saya? Tengah-tengah malam buta ni?” Anum mengerling sekilas jam Seiko di tangan. Datang jumpa pukul satu pagi?
     Lelaki itu tergelak. Menyedari yang Anum seakan pelik melihat kehadirannya waktu-waktu begini.
     “Saya datang dah lama la… dari pukul sepuluh tadi. Ketuk pintu rumah tak ada orang buka. Jadi saya balik, pergi makan kejap. Lepas makan, saya singgah sini balik. Rasa macam tak sedap hati bila awak tak buka pintu tadi. Manalah tahu kut-kut awak dah berapa lama pengsan dekat dalam rumah tu. Tapi bila sampai sini, tengok kereta awak pun baru park. Rupa-rupanya tak buka pintu rumah bukan sebab pengsan, tapi sebab keluar enjoy…” Dia memberi penjelasan.
     “Oh…” Anum terangguk-angguk. Sambil-sambil itu terukir sedikit senyuman simpul di bibirnya. Rasa macam seronok pula dengar ayat tak sedap hati bila awak tak buka pintu tadi. Ha… rasa tak sedap hati sebab tak dapat tengok muka aku kan? Kau datang sebab rindu nak tengok muka aku juga kan? Kan?
     “Awak ni tengah sakit ke?”
     “Sakit apa pula? Tak ada sakit apa-apa pun. Kenapa tanya macam tu pulak?” Anum pelik.
     “Tak adalah… Tadi saya tengok bukan main terkebil-kebil tengok langit, lepas tu mengeluh panjang. Muka sedih macam banyak sangat masalah. Tapi sekarang ni bukan main tersenyum-senyum pula. Manalah tahu kalau ada side effect dari kemalangan hari tu. Teruk juga kepala awak terhantuk. Ada wayar mana-mana yang dah tercabut ke?”
      Mata Anum membulat. Wayar yang dah tercabut?
     “Awak ingat saya ni dah tak betul ke? Dah gila?”
     Sekali lagi dia tergelak. “Manalah tahu… gila bayang agaknya?”
     Kali ni Anum terdiam. Tak jadi pula nak naik angin. Tadi masa dengar perkataan wayar dah tercabut tu rasa macam nak marah. Tapi bila dengar pula ayat gila bayang, terus terkedu pula. Hilang angin marah, yang datang angin malu pulak…
     “Memang sahlah ada wayar yang tercabut dekat kepala awak ni. Putus fius. Tadi mula-mula tengok muka sedih, lepas tu muka marah sekarang ni muka tersipu-sipu pulak. Bahaya ni…”
     Mana dia tahu aku tersipu-sipu pulak ni? Rasanya dah control habis dah… Maintain aje… Kalau setakat muka merah padam tak mungkin dia nampak. Kalau siang mungkinlah, tapi malam macam ni tak cukup terang nak tengok muka blushing sekarang ni…
     “Saya ada satu rawatan yang boleh ubati wayar awak yang dah tercabut tu,”
     “Apa dia?”
     Eh! Cara aku tanya ni macam dah mengaku pulak yang memang ada wayar dah tercabut dekat dalam kepala otak.
     “Erm… tak boleh beritahu sekarang. Rahsia. Kalau nak tahu, esok malam kita jumpa. Saya gerenti awak akan dapat rawatan yang terbaik untuk penyakit macam ni…”
     “Esok malam?”
      Lelaki itu mengangguk. “Esok malam, kita jumpa lagi…”
     “Habis tu, maknanya sekarang ni awak dah nak balik ke?”
     “Yelah… takkan awak nak jemput saya tidur sekali dekat rumah awak kut?”
     Boleh jugak!
     Eii… Anum. Tak senonoh nak cakap macam tu? Nasib baik cuma cakap dalam hati je…
     “Oklah, saya balik dulu. Datang ni cuma nak make sure awak okey… nanti kita jumpa lagi ya? Assalamualaikum…”
     “Waalaikumussalam…” Anum membalas perlahan. Sayu aja bunyinya. Macam tak rela nak lepaskan orang tu balik. Kejap sangat rasanya ni. Tak puas lagi. Rasa macam tak sampai lima minit dia ada depan mata, dah nak balik. Baik tak payah datang kalau macam ni. Tak berbaloi langsung!
     Sewaktu lelaki tersebut menghadiahkan senyuman terakhir sebelum dia melangkah meninggalkannya, rasa macam nak tahan aja supaya dia tak pergi. Janganlah balik dulu. Kita berbuallah dulu. Borak-borak, tengok bintang, tengok bulan, tengok muka saya, tengok muka awak.
      Awak tengok muka saya, saya pun tengok muka awak. Kita tengok muka masing-masing. Sampai puas. Sampai esok pagi. Sampai bila-bila…
     Ya Allah, Anum Danisha! Memang sah ada wayar yang dah tercabut dekat dalam kepala kau sekarang ni…
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-5-2011 02:41 PM | Show all posts
anum dh jatuh tergolek
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 02:48 PM | Show all posts
anum dh jatuh tergolek
sejuk Post at 18-5-2011 14:41



    a'ah... kunun ati keras tp tiba2 bley cair meleleh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2011 03:03 PM | Show all posts
Reply 147# sejuk


Anum = Love at the first sight... hikhikhik...
wawaweeeiiii, cinta pandang pertama!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 03:07 PM | Show all posts
As salam.... Anum dah jatuh cinta....... suka2....
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 03:11 PM | Show all posts
Reply 150# naufal2705


a'ah... nk suka jugak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 03:27 PM | Show all posts

2la, oang tua2 kata, jgn suka ckp besar kan? kan skang da kena sakit angau...

ada dah next chapter, perlukah sy masukkan n3 tersebut skang? Ingat nk kasi tunggu sok sok ke kan... ahaks!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 03:48 PM | Show all posts
Reply 152# pinky_pink


    masuk kan lah n3 baru tu........
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 03:52 PM | Show all posts
Reply 152# pinky_pink


    Dialu-alukan.... sila2... x saba!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 04:02 PM | Show all posts
huhuhuuu.... sib baek ari ni baik ati, nah! n3 baru... ;););)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 04:04 PM | Show all posts
Bab 15
“PERGI mana?”
     “Semenyih,”
     “Semenyih?” Rasa macam terpinga-pinga pula bila dengar ke mana haluan kereta ini dituju.
     “Buat apa dekat Semenyih? Ada apa dekat situ?”
     “Ada rumah saya,”
     “Ha? Rumah awak?” Jika tadi terpinga-pinga, sekarang ni terkejut beruk pula.
     “A’ah… rumah saya…” Bersahaja sahaja dia bersuara.
     Anum ketap bibir. Tak berkelip mata memandang lelaki yang sedang tekun memandu di sebelah.
     “Kenapa nak pergi rumah awak malam-malam ni? Pergi esok siang aje tak boleh ke?”
     “Saja… kalau pergi siang tak boleh buat benda yang kita nak buat kejap lagi…”
     Anum diam. Rasa macam pelik. Tak boleh buat benda yang kita nak buat kejap lagi…
Benda apa yang akan kita buat kejap lagi ni? Benda yang hanya boleh dilakukan pada waktu malam. Kalau siang, tak boleh. Isy… benda apa pulak tu eh? Perkara apakah yang si Iskandar ni nak buat sebenarnya? Kalau setakat nak ajak datang makan dekat rumah dia, tak semestinya waktu malam kan? Waktu siang pun aktiviti tu boleh dilakukan. Jadi, apa benda lagi? Cu pikir… cu pikir…
     Aduh… tak mampu nak berfikir apa-apa! Makin difikirkan, makin benda yang bukan-bukan masuk dalam kepala otak. Pening kepala.
     “Jangan takutlah… Saya bukan nak buat benda yang tak betul. Don’t worry. I guarantee you will like it…”
     Dia ni, macam tahu-tahu ajalah apa yang ada dalam kepala otak aku ni fikir. Apa yang baru saja terlintas dekat dalam hati, semuanya dia boleh teka. Dia ni keturunan cucu-cicit kaum-kerabat nujum Pak Belalang ke? Hairan betul aku dengan mamat ni…
Sudahlah hari tu masa dekat parking lot dia cakap nak datang malam kelmarin. Tapi ditunggu-tunggu tak juga muncul-muncul. Sampai naik biol menunggu dekat rumah, batang hidung dia langsung tak nampak. Nak telefon dan cari memang tak tahu macam mana dan dekat mana. Bila dah dua malam tunggu tak datang-datang, malas nak tunggu lagi. Siap-siap nak keluar. Tapi bila buka pintu rumah saja, terpacul pula bayang dia depan rumah. Tersenyum-senyum ajak keluar.
     Ingatkan nak ajak keluar dekat-dekat sekitar rumah untuk pergi makan aja. Ini sampai ke Semenyih pulak. Tak pernah aku jumpa mamat yang pelik macam dia ni!
Erm… ramai sangat ke lelaki yang dah jumpa dalam hidup ni cik Anum? Rasanya tak banyak pun. Danny sorang saja dari dulu sampai sekarang. Jadi boleh pula nak cakap tak pernah jumpa lelaki pelik macam ni. Entah-entah memang ramai lelaki yang berperangai pelik macam si Iskandar ni dekat luar sana tu…
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 18-5-2011 04:08 PM | Show all posts
******
“COME on, don’t be scared…”
     Anum telan liur. Rasa tak berapa yakin nak melangkah. Masih lagi berdiri tegak bersebelahan dengan pintu kereta. Rumah banglo setingkat yang tersergam indah di depan mata diperhatikan. Kelihatan seperti rumah tersebut kosong tidak berpenghuni. Tiada sebiji kereta yang kelihatan di depan rumah mahupun di garaj. Pintu utama juga tertutup rapat. Lampu di dalam rumah juga tidak menyala. Yang terang hanyalah lampu luar dan lampu tepi pagar. Rumah ni memang rumah dia ke atau dia bawak aku pergi rumah kosong? Jangan main-main Anum… Bahaya ni!
     “Awak nak masuk dalam tengok rumah ni dulu ke atau nak terus lepak dekat luar?”   Soal Iskandar sambil menyeluk poket seluar lalu mengeluarkan kunci rumah.
     “Er… lepak luar!” Dengan cepat-cepat Anum menjawab.
     Tak berani aku nak masuk dalam rumah ni. Kalau dah masuk, macam-macam hal boleh jadi. Sudahlah sepanjang perjalanan nak sampai rumah ni, tak nampak deretan rumah orang lain. Jauh kereta bergerak, baru nampak sebiji rumah. Bergerak lagi satu kilometer baru nampak rumah lain pulak. Lampu dekat tepi jalan raya pun tak ada. Kalau apa-apa jadi dekat dalam rumah ni, jerit sampai pecah anak tekak pun belum tentu orang boleh dengar. Bahaya… bahaya…. baiklah jangan masuk. Walaupun duduk dekat luar ni pun belum tentu lagi seratus-peratus akan selamat, namun sekurang-kurangnya rasa lebih terjamin dari jejak kaki dalam rumah kosong tu…
     “Okey, kalau macam tu awak tunggu kejap. Saya masuk ambil barang.” Terus saja kelibat Iskandar hilang sebaik saja pintu rumah dibuka. Beberapa minit berlalu dia kembali semula sambil tangan kirinya menjinjit sebuah lampu khemah, tangan kanan membawa bakul dan sebuah tikar mengkuang dikepit di ketiak. Nak buat apa pula dengan barang-barang ni semua?
     “Jom!” Pelawa Iskandar. Dia terus saja berjalan menuju ke bahagian tepi rumah.
     Dengan takut-takut Anum mengikut jejaknya. Takut memang takut… tapi tak dapat diberi penjelasan kenapa dalam takut-takut ni boleh aja ikut ke mana langkah orang tu pergi.
     Sampai di tepi rumah, Iskandar menebarkan tikar lalu diletakkan bakul dan lampu. Dinyalakan lampu tersebut. Keadaan gelap-gelita sebentar tadi menjadi terang sedikit dengan bantuan lampu khemah tersebut.
     “Awak tunggu lagi sekejap. Nak ambil barang lagi…” Kata Iskandar sebelum berlalu semula.
     Anum garu kepala. Entah apa bendalah yang si Iskandar ni nak buat sebenarnya? Siap dengan tikar, lampu khemah dengan bakul ni semua? Nak berkelah dekat laman ni? Tahulah laman ni besar, tapi takkan tak ada tempat lain nak berkelah? Baik berkelah tepi sungai ataupun laut. Dah tu, malam-malam buta pulak. Pelik betul dia ni.
     Tapi kalau si Iskandar tu pelik, aku ni lagi pelik. Tak pasal-pasal boleh ikut dia. Tak kenal pun boleh ikut sampai ke Semenyih. Tak tahu latar-belakang dia pun dah berani nak keluar dengan dia malam-malam. Tak pernah-pernah buat perangai macam ni. Aku ni lagi pelik…
     “Okey, sekarang semua dah complete. Kita boleh duduk sini and enjoy the view…”
     Anum berkalih pandang. Kelihatan Iskandar sedang mengeluarkan sesuatu dari beg kanvas. Terkebil-kebil dia melihat Iskandar dan apabila melihat benda yang sedang dikeluarkan oleh lelaki itu, terus saja dia rasa teruja.
    “Teleskop?!” Soal Anum sambil melangkah menghampiri Iskandar.
     Iskandar mengangguk.
     “Awak suka tengok bintang kan? Malam ni kita tengok bintang sepuas-puasnya…” Katanya sambil tersenyum.
     “Kenapa nak tengok bintang dekat sini? Sampai ke Semenyih…”
     “Saja… memang dekat sini tempat saya lepak kalau nak tengok bintang. Nak tengok bintang elok tempat gelap-gelap, baru boleh nampak dengan jelas. Lagipun kalau dekat laman rumah saya ni lagi selesa. Sambil-sambil telek bintang, boleh lepak-lepak makan roti dengan biskut. Dan kalau rasa-rasa tak tahan nak terkincit pun senang aja boleh lari cari doktor Tan…” Jelas Iskandar dan disambut dengan tawa kecil oleh Anum.
     Kali ini bibir Anum sudah boleh mengukirkan senyuman. Hilang terus rasa takut. Oh, rupa-rupanya Iskandar nak picnic sambil tengok bintang. Patutlah kena datang waktu malam. Itu yang dia maksudkan dengan kalau pergi siang tak boleh buat benda yang kita nak buat kejap lagi... Kalau siang mana nak nampak bintang! Anum... Tak baik cepat buruk sangka dekat orang tau...
     Anum kemudian membantu Iskandar memasang segala alat kelengkapan teleskop. Rasa teruja mula bersarang di dalam hati. Jujur dia mengakui, ini adalah kali pertama dia melihat bintang menggunakan teleskop. Selama ni setakat tengok macam tu aja. Tak pernah terfikir sampai nak guna benda alah ni...
     “Awak duduk, biar saya setting teleskop ni dulu.” Arah Iskandar.
     Anum menurut dan dia melabuhkan punggung di tikar. Dibelek isi di dalam bakul lalu dikeluarkan air botol dan roti krim. Perlahan-lahan dia mengunyah sambil menunggu Iskandar menyiapkan kerjanya.
     “Anum…” Terdengar Iskandar memanggil perlahan. “Meh sini saya nak tunjuk…”
     Anum bangun. Menghampiri Iskandar.
     “Okey, cuba awak try tengok. Nampak tak bintang yang sebelah kanan tu?”
     Anum membongkok. Menutup sebelah mata lalu mengintai melalui lubang teleskop tersebut. Mencari-cari bintang yang dimaksudkan oleh Iskandar sebentar tadi.
     “Nampak tak? Bintang yang nombor sebelas kalau kira dari sebelah kanan…” Iskandar memberikan arahan.
     “Oh… nampak!” Jawab Anum.
     “Itu Aquarius. Your birth zodiac…” Terang Iskandar.
     Anum berhenti mengintai. Dipandang Iskandar sekilas. “Macam mana boleh tahu saya bintang Aquarius?”
     “Eh, kan hari tu saya dah tengok i/c awak… Dua Februari kan?”
     Eh, ye tak ye jugaklah kan… Oh… Mana bintang tadi? Nak tengok sikit macam mana rupanya bintang Aquarius ni…
     “Mana awak tahu itu Aquarius? Pandai ke tengok bintang ni?” Soal Anum sambil matanya masih lagi tekun mengintai bintang.
     “Pandai sangat tu taklah. Tapi tahulah sikit-sikit… selalulah juga habiskan masa malam-malam intai bintang pakai teleskop. Perhatikan mana-mana bintang yang baru muncul. Kalau setakat nak tengok mana satu Aquarius, Taurus ataupun Libra, bolehlah…”
     Anum terangguk-angguk. Tak sangka si Iskandar ni pun suka pada bintang. Memang dah sesuai sangatlah dengan dia. Belum apa-apa, dah ada benda yang serasi ni…
     Anum senyum lebar sorang-sorang. Tapi dia sorokkan senyuman dia tu dengan muka yang khusyuk melihat bintang yang dimaksudkan oleh Iskandar sebentar tadi. Wah… nampak jelas cahaya bintang tersebut melalui teleskop ni. Selalunya kalau tengok melalui mata kasar, tak tahu pun mana satu Aquarius, mana satu Leo, semuanya nampak sama aja.
     “Awak suka warna apa? Hijau atau kuning?” Soal Iskandar pada Anum.
     “Hijau,” Jawab Anum. Mata tak lepas dari teleskop.
     “Oh… nampaknya memang sama dengan ciri-ciri bintang Aquarius. Suka warna hijau, suka bau Lavender dan kalau tak silap saya, si bintang Aquarius ni juga merupakan seorang yang agak genius…”
     Anum terhenti dari melihat bintang. Terus saja dia memandang Iskandar. “Lagi? Lagi apa yang awak tahu pasal si bintang Aquarius?” Soalnya berminat.
     Iskandar duduk. Anum juga turut mengambil tempat di sebelah. Berminat betul nak tahu ciri-ciri bintang Aquarius. Sama dengan ciri yang ada pada dia ataupun tidak…
     “Kalau awak nak tahu… mengikut astrologi, bintang Aquarius ini adalah di bawah pengaruh planet Saturn dan Uranus. Dia adalah bintang yang ke sebelas dan juga dikenali sebagai water carrier. Orang yang berbintang Aquarius ni selalunya seorang yang sangat progresif dalam cara berfikir, penuh keyakinan, serius bila buat kerja dan juga keras kepala. Am I right so far?”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 04:12 PM | Show all posts
Anum berfikir sebentar sebelum menjawab. Kalau serius bila buat kerja tu rasanya betul. Kalau progresif dalam cara berfikir dan penuh keyakinan pun rasanya macam betul juga. Tapi keras kepala? Rasa macam malu nak mengaku aje!
     Iskandar senyum sedikit sebelum menyambung. “Mereka yang berbintang Aquarius ni walaupun dari luar selalu nampak macam tenang, tapi sebenarnya dalam hati penuh dengan rasa takut dan gugup. Suka sangat ikut kata hati bila bersangkut hal-hal berkaitan dengan perasaan. Suka menyendiri, suka barang-barang mewah, cenderung untuk melanggar peraturan –”
     “Amboi… semuanya macam nak cerita yang tak elok pasal Aquarius je ni?” Cepat-cepat pula Anum menyampuk. Macam nak kutuk aku yang berbintang Aquarius pulak dia ni…
     Iskandar ketawa kecil. “Isy… mana ada… saya cuma beritahu apa yang saya tahu pasal si bintang Aquarius…”
     “Awak pulak?” Soal Anum.
     “Saya?”
     “Yelah… awak pulak bintang apa? Nak juga saya tahu.”
     “Gemini,” Jawab Iskandar pendek.
     “Kalau si bintang Gemini pulak, macam mana ciri-ciri dia? Keras kepala dan suka menyendiri jugak ke?” Anum bertanya seolah-olah menyindir.
     “Hmmm… kalau Gemini, selalunya melambangkan simbol kecerdasan. Pandai, berpengetahuan dan cepat dalam berfikir. Banyak idea, murah hati dan memiliki satu pesona dan tenaga yang mampu menarik perhatian semua zodiak.”
     “Eleh… kalau dia punya zodiac, cakap yang baik-baik aje!” Anum tak puas hati. Semua yang Iskandar cakap tu kedengarannya yang bagus-bagus aja tentang si bintang Gemini. Menyampah!
     Kali ini ketawa Iskandar sekali lagi pecah. Agak besar berbanding tadi. “Eh, eh… takkan itupun nak jelous? Dah Gemini memang bagus, nak buat macam mana…”
      Anum mencebir. Diambil satu lagi roti krim di dalam bakul lalu disumbat kesemuanya sekaligus di dalam mulut. Di dalam hati dia mengutuk-ngutuk. Eleh… takkanlah si bintang Gemini ni semuanya yang baik aja? Takkan tak ada satu pun ciri yang tak bagus? Sajalah tu… entah-entah apa yang dia cakap tadi sebenarnya tak betul pun. Pandai, banyak idea, ada pesona la kunun…
      Iskandar tersengih-sengih.
     “Saya rasa ada satu lagi ciri si bintang Aquarius yang patut ada dalam senarai la… cepat merajuk… baru pasal benda ni pun awak dah nak merajuk ke?” Katanya lagi dengan nada mengejek. Membuatkan Anum menjeling tajam.
     “Okeylah… untuk ubati rajuk awak tu… meh ikut saya. I want to show you something,”  Iskandar bangun. Menuju semula ke teleskop. Lalu diintai ke arah bintang dan diubah kedudukan teleskop tersebut.
     “Meh la sini… saya nak tunjuk satu bintang yang sangat istimewa ni…”
     Kata Iskandar lagi apabila melihat Anum langsung tak bergerak dari tempat duduk.
     Anum mencebik. Dengan rasa malas dia bangun lalu mengibas punggung. Entah apa sangat istimewanya bintang yang dia nak tunjuk tu. Semua bintang sama ajalah! Bintang Gemini, Aquarius, Sagitarius, Virgo, Capricon, semuanya tak ada beza. Tak payah tengok pun tak apa. Lebih-lebih lagi bila dengar ciri-ciri yang dah disebutkan oleh Iskandar tadi, lagi rasa malas nak tengok bintang dah!
      “Tu… cuba tengok bintang kecil yang dekat hujung sana tu…” arah Iskandar sambil beralih sedikit. Memberi ruang pada Anum untuk membongkok dan melihat pula.
     “Tak nak tengoklah. Semua bintang sama je!” Jawab Anum acuh tak acuh.
     “Tak… cuba tengok dulu. Bintang yang ni lain… sangat istimewa.” Balas Iskandar.
     Anum buat muka. Dalam pada tak nak tengok, dia bongkokkan juga badan. Mata meliar mencari bintang yang dimaksudkan oleh Iskandar.
     “Bintang yang mana?”
     “Yang kecil sebelah kiri. Dia jauh sikit, tapi boleh nampak sebab keliling dia semua bintang-bintang besar.”
     “Mana? Tak nampaklah!”
     “Hai cik kak ni… kang kalau orang bagitahu koordinat dia lagi pening nak cari...”
      Balas Iskandar sambil mengambil semula teleskop tersebut. Diintai sekali lagi ke dalam lubang. Lalu dia memusing-musingkan bulat kecil yang terletak di sebelah tepi teleskop.
     “Nah… saya dah adjust kasi nampak lagi dekat. Ini paling dekat yang boleh zoom. Kalau tak nampak juga, tak tahulah apa masalah dengan mata awak tu…”
     Anum menjelirkan lidah pada Iskandar. Dia yang tak zoom betul-betul, nak cakap mata kita pulak yang sparrow.
     “Nampak tak?” Soal Iskandar setelah beberapa saat Anum membelek langit.
     “Nampak… yang kecik gila tu?”
     “Ha… Nampak pun!” Kata Iskandar dengan sedikit teruja.
     “Apa yang istimewa sangat bintang tu? Dahlah kecik, susah nak tengok pulak tu…”  Kata Anum dengan matanya masih lagi melekap di teleskop.
      “It’s special because it’s yours…”
     “Meaning?”
     “Meaning is… That star is belongs to you… kalau tadi ada bintang nama Aquarius, Gemini, tapi bintang yang awak tengah tengok tu namanya Anum Danisha…”
     “Ha?!” Anum terus terhenti dari melihat bintang kecil itu.
     “Anum Danisha? Bintang tu nama saya?” Soal Anum sekali lagi.
     Iskandar mengangguk.
     “Saya dah daftar bintang tu sempena nama awak. Kalau ikut undang-undang antarabangsa, kita boleh namakan bintang di langit sekiranya bintang tu belum ada nama. Nyatakan koordinat dia dan kalau tak ada orang yang dah booked dulu, maknanya bintang tu milik kitalah…” Jelas Iskandar.
     “Tipu…” Anum tidak percaya.
     “Tak tipu… ini certificated dia,” cepat-cepat Iskandar mengambil sehelai kertas dari dalam bakul dan diserahkan kepada Anum
     “Jangan main-main… sijil ni dah disahkan oleh NASA…” Katanya penuh bangga.
     Anum mencapai sijil tersebut. Terpaku matanya di saat membaca namanya tertulis di atas kertas tersebut.
     “Kalau nak diikutkan, bukan senang benda ni nak dapat. Saya dah lima enam kali cuba daftar pakai nama sendiri. Tapi tak pernah lepas. Nak tunggu kelulusan, sampai berbulan-bulan. Tapi kali ni entah macam mana sekali aja saya mohon terus dapat. Jadi saya namakan bintang tu sempena nama awak. Saya hadiahkan khas untuk awak, Anum Danisha…”
      Anum rasa macam tak percaya.
      “Kenapa… namakan sempena nama saya?” Soal Anum malu-malu.
      Iskandar senyum lebar. Tidak menjawab pertanyaan Anum itu. Hanya berjalan dan duduk semula di atas tikar. Dia berbaring melihat langit dengan kedua-dua tangan dijadikan alas kepala.
      Anum kembali memalingkan badan. Membongkok lalu mencari semula bintang tadi. Dibibirnya tersimpul satu senyuman manis. Bintang itu… memang sangat istimewa. Istimewa kerana seseorang telah menamakan bintang itu sempena dengan namanya.  Wah! Romantiknya…
      Saya hadiahkan khas untuk awak, Anum Danisha…
     Semestinya ini adalah hadiah paling best yang pernah dia dapat dalam hidup.   Sumpah!!!
Reply

Use magic Report

Post time 18-5-2011 04:38 PM | Show all posts
wah lomantik sungguh si iskandar nie.....eh betul ek boleh register bintang camtu..... ilmu baru ni kalau betul...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-5-2011 04:43 PM | Show all posts
wah lomantik sungguh si iskandar nie.....eh betul ek boleh register bintang camtu..... ilmu baru ni  ...
melody1 Post at 18-5-2011 16:38



hehehehehhh.... 2la, mana x cair ek hati Anum kalo romantik cam gini erk... a'ah... mmg boleh, tp kalau nk diikutkan susah gila sebenarnya, mmg makan bulan2, bkn senang nk cari tahi bintang y baru jatuh n blom ada nama lg, tp biasalah, dlm novel nk kasi ala2 hindustan sket, demi utk menunjukkan betapa bertuahnya Anum mengenali Iskandar... sekali apply je da bley tros dpt... agak2 kalo awk nk suh bf/hubby register bintang di langit tu... cubalah, mana tau kut2 bertuah mcm Anum Danisha ke... ahaks!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.072698 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list