View: 1727|Reply: 0
|
Enjin lama Ducati lebih 'power'
[Copy link]
|
|
London: Keputusan Ducati mengenai enjin digunakan ketika perlumbaan menjadi topik utama pada ujian pra musim MotoGP.
Mereka memilih untuk kekal dengan enjin 2024 yang mendominasi kejohanan tahun lalu berbanding versi 2025.
Marc Marquez menunjukkan kehebatan enjin lama itu dengan meninggalkan pencabarnya di MotoGP Thailand.
"Situasinya ialah motosikal 2024 cukup bagus dan pengeluar cuba meningkatkannya lagi tetapi gagal," kata pengulas TNT Sports Sylvain Guintoli semalam.
"Mereka datang dengan enjin 2025 yang diuji di Sepang tetapi pelumba mereka berpandangan lain apabila berasakan jentera itu satu tahap lebih baik dari segi pecutan tetapi dua tahap lebih buruk ketika membrek.
"Perubahan cuba dilakukan pengeluar tak menjadi apabila mereka menjadikannya lebih berat dan saya rasa itu yang berlaku. Untuk tidak mengambil risiko, mereka memutuskan enjin 2024 lebih baik."
Seorang lagi pengulas TNT Sports Neil Hodgson berkata: "Ketika fasa ujian apabila mereka tidak pasti, mereka memberikan peluang kepada semua pelumba Ducati untuk menguji enjin 2025.
"Jadi ia bukan sahaja maklum balas daripada pengeluar dan itu kebaikannya mempunyai enam pelumba yang bagus. Keputusan yang diambil bersama ialah enjin 2024 lebih baik."
Marquez dan Francesco Bagnaia kini komited menggunakan enjin 2024 untuk baki saingan musim 2025 selepas kedua-duanya menguji enjin tersebut ketika sesi ujian pra musim.
Ducati kekal menjadi pasukan untuk ditewaskan menjelang pusingan kedua di Argentina minggu depan.
Sumber: Harian Metro
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|